10 | NERD

28 2 2
                                    





"Dhia!!!!!''

Belum sempat Dhia membuka daun pintu sepenuhnya, Riya sudah laju meluru masuk merangkulnya. Badannya yang kecil bagai tenggelam dalam pelukan hangat Riya. Dhia hanya membiarkan dirinya membenam dalam dakapan sahabat baiknya itu.

"Kalau iyapun duduklah dulu nak oi." Mama melaung dari ruang tamu. Suaranya sedikit tinggi melawan bunyi hujan yang semakin deras di luar sana. Hujung bulan Januari sebegini—pastinya monsun Timur laut di tahap kemuncak.

Riya tersengih bagai kerang busuk. Dhia cuba membetulkan nasalprong, tiub yang bersambung dengan mesin oksigen concentrator yang kini menjadi peneman setia Dhia. Setiap kali ketika Dhia menyangkut tiub oksigen di telinga dan hidungnya, dia pasti akan teringat filem 'The Fault in Our Stars' & 'Five Feet Apart' di Netflix.

'Agak agak aku cute macam heroin tu tak eh pakai oksigen ni? Ke macam keli sembelit lupa makan ubat lawas?'. Dhia tergelak kecil.

'Jauh betul kau berangan Dhia! Sempat lagi merepek'. Geleng Dhia. Mungkin dirinya undiagnosed ADHD jadi fokusnya senang benar hilang dalam sekelip mata kepada perkara lain.

"Rindunya ngan Dhia...". Riya melepaskan keluhan rindunya sebaik sahaja punggung dilabuhkan. El dan Naddy pula hanya tersenyum. Piya yang berada dalam rangkulan El diletakkan di atas tilam kecil bercorak Hello Kitty yang mama sudah sedia bentang di ruang tamu.

"Kau tahu tak Dhia, masa kitorang dapat berita kau masuk RICU..." kata-katanya terhenti seketika. Riya menyeka air matanya. Drama air mata Riya tak boleh kalah dengan Slot Samarinda TV3.

Dhia, El, Naddy dan mama tergelak kecil—terhibur dengan si Riya ini. Jika boleh diberikan anugerah, pasti Riya akan menjuarai 'Anugerah Pelakon Tanbahan' ABPBH tahun ini. Ahaaaa.

Dhia bersyukur sebenarnya ramai orang baik menyayanginya. Begitulah baiknya Allah. Kurang sedikit bahagian itu, dilebihkan bahagian lain. Memang tak pernah ada manusia yang segala galanya sempurna seumur hidup atau segala galanya buruk dan teruk belaka sahaja.

Sambil berborak, Dhia terkenangkan kawan-kawannya dan junior yang tak putus-putus melawatnya di CCU (coronary care unit) dua bulan lepas. Rakan-rakan, senior serta junior Housemannya sentiasa bertanya khabar dan melawat. Ada yang membawa masakan sendiri, cake, cookies malah ada juga yang membawa bunga dan anak patung Ironman! Comel sangat mereka ni.

'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu....'- (14:7)

Dhia pasti bahawa syukur tu bukan sahaja atas ucapan dari mulut tetapi hatinya harus merasa berlepas dan redha atas apa jua yang ada ketika ini. Juga tanda sebaik baik syukur adalah apabila semakin baik kualiti dan kuantiti ibadah yang Dhia lakukan.

Tanda kita syukur bukan meniti di bibir sahaja, tetapi makin awal dan khusyuk ibadah solatnya, makin banyak dan kerap amal bersedekah, akhlak dan aurat semakin terjaga. Serta semakin kurang dengan perkara yang lalai dan cuba menjauhi maksiat sebaiknya. Itulah tanda syukur sebenar. Dhia berjanji dengan diri sendiri untuk cuba sebaiknya.

Namun, kita juga manusia kadang alpa dan suka memfokuskan pada kekurangan dan selalu lupa nikmat kelebihan yang diberi.

We constantly take everything for granted and whine about what we lack in comparison to others.

Nikmat yang terbesar dalam hidup ni bukan kaya mahupun berjaya dalam tangga karier. Berapa ramai yang kaya dan berjaya tapi tetap merasa tertekan dan tidak pernah cukup. Sedangkan Firaun yang kaya dan tidak pernah sekali pun sakit— hatinya tetap sempit dan tidak bahagia dan membunuh bagi mengekalkan kuasa. Maka nikmat terbesar dalam hidup adalah hati yang merasa cukup dan tenang;

ramai orang miskin yang hidup seadanya, juga ramai yang sakit terlantar tapi masih mengukir senyuman yang bersinar matanya. Itulah nikmat yang terbesar yang diberikan pada hambanya yang bersyukur dan redha atas setiap ujian.

"Kau okay ke? Sekarang kat rumah buat apa je?" Naddy pula bertanya. Riya sudah berhenti bercerita apabila mihun daging dihidangkan. Kecur air liurnya. Sejuk-sejuk sebegini perlu menambah tenaga, supaya boleh meneruskan cerita.

"Tu..." Muncung Dhia menunjuk arah alat sulaman atas meja.

"Itulah kerja orang pencen, Naddy..." Mama pula menyampuk sambil mengunyah kerepek udang.

"Untung ah kau pencen awal. Hahaha..."

"Alhamdulillah...Duit pencen ilat dari SOCSO ni cukup je. Sulaman tu isi masa lapang je. Ramai pulak yang tempah tapi gitulah aku buat ikut mood je hahaha."

"Eh kalau kau free buatkanlah satu untuk Piya. Aku suka design yang ni," pujuk El sambil mengangkat kerja sulaman yang belum siap. Design kalender di tengah, lingkaran bunga di tepi begitu menarik.

"Nanti kau letak tarikh 15 Oktober 2019, birthday Piya comei comeiii..."

"...Lepastu tambah love-love." Sambil El menunjukkan isyarat tangan di udara.

Sedang seronok bercerita, azan asar dari Masjid An-Najihin bekumandang merdu. Masing-masing diam membatu, menghrmati pangggilan solat tersebut.

El tampak begitu asyik dan menghayati. Bait dan kalimah mengajak kejayaan itu benar benar di dalami. Alangkah bagusnya jika semua muslimin benar-benar mengambil serius kepada seruan kejayaan yang dilaungkan lima kali sehari itu.

"Sedap juga suara muazzin ni. Selalu suara sedap ni tak handsome kan?" Sempat lagi Riya bergurau sambil menikmati mihun gorengya setelah kali ketiga menambah.

"Kau kannnn!" Dhia menepuk kuat bahu Riya . Mengingatkannya kepada realiti kembali. Ada ada je yang keluar dari mulutnya.

"Orang kata bukan aku la. Aku share je hehehe"

"Sembang sembang jugak. Jom makan. Sejuk-sejuk ni sedap makan pedas sedikit..." Mama mengajak sekumpulan 'NERD' tu makan. Kalau tak ajak karang tak habis pula mihun tu. Sekuali besar mama masak.

"Acik, kitorang makan, solat, lepatu makan lagi, boleh keee?" El tersengih lebar.

"Jangan kita tak balik je terus tidur sini sampai esok El... Terkejut Ghaith tengok rumah ni penuh burung kakak dara tua, hinggap di jendela..." Riya mencelah. Semua gelak berdekah.

Kini sudah hampir 2 bulan berlalu selepas Dhia dipindahkan dari RICU (Renal Intensive Care Unit). Selepas jantungnya kembali stabil, dia dipindahkan ke CCU (Coronary Care Unit) Di sana dia duduk untuk satu minggu sebelum di pindahkan pula ke CRU (Cardio Rehabilitation Unit) dan kemudiannya ke wad biasa dan benar benar disahkan stabil dan boleh pulang ke rumah.

Mama sangat terkejut ketika Dr Syamil memberitahunya jantung Dhia kembali stabil, tak henti henti mama mengucapkan syukur.

Mereka sekeluarga solat hajat di rumah tanda kesyukurannya. Hampir setiap malam juga mama akan masak dan hatar ke Masjid al Najihin ynag hanya bersebelahan dengan apartment mereka itu. Itulah menifestasi kesyukuran atas peluang kedua yang Allah beri.










2022

"Alhamdulillah jantung Dhia kembali stabil...", belum habis Dr Syamil memberi penerangan, mama sudah meluru dan memeluk Dhia. Dhia cuba memberikan senyuman sehingga menampakkan garis rekahan di bibirnya.

"Encik, kita akan pindahkan Dhia ke CCU selepas ini. Pakar kami akan memantau Dhia dengan lebih dekat. Kita sama-sama doakan keadaan baik ini berterusan, ya." Dr Syamil bersalaman dengan papanya sebelum berlalu pergi meninggalkan Dhia dalam pelukan mama, papa, dan adik beradiknya yang lain. Dr Xin tersenyum sambil menyeka air mata terharunya.

Mungkin inilah keajaiban doa mama yang Allah angkat kerana tidak pernah berputus asa dari rahmatNya...

Mungkin ini pengakhiran ujiannya—
mungkin juga bermula bab baru untuk ujian yang lainnya...

DHIAWhere stories live. Discover now