16 | Ghaith

13 2 0
                                    




6.40 am

"Aiz dah ambil wheelchair Kak Dhia? Mesin oksigen kecil tu jangan lupa. Mama dah charge sebelah TV tu". Mama sempat mengalih pandang pada Ghaith, anak bongsunya itu. Aiz merupakan panggilan manjanya.

Tangannya sibuk menceduk nasi goreng ikan bilis tumbuk untuk dibungkus. Itulah kegemaran Dhia, peneman semasa dialisis nanti. Kalau nasi goreng ikan bilis tumbuk bersama cili padi—
kadangkala sebungkus penuh tupperware juga tetap tidak mencukupi.

"Ni ke ma?" Ghaith menunjuk ke arah objek berwarna putih sebesar kotak cereal namun beratnya hampir 3kg pada pendapat Ghaith ketika cuba menyandang di belakangnya.

'Berat jugak mahu terkehel bahu Kak Dhia kalu angkat ni...'

"Ya. Botol air Kak Dhia kat atas meja tu tolong isikan air cool lepas tu masuk beg". Mamanya menunjuk ke arah botol merah jambu dusty pink di atas meja makan bersebelahan dengan beg sandang berwarna coklat tua. Jelas tergantung keychain bunga daisy kecil.

"Okay ma..."

Ghaith Asyraf bergerak pantas. Menjadi adik bongsu Dhia— inilah yang dia boleh sumbangkan sewaktu cuti sem. Seingat dia sudah lama dia tak bersua muka dengan Kak Dhia. Masa di ICU tempoh hari, dia di Bandung. Terkocoh-kocoh dia minta pelepasan dan izin dari Production House untuk balik ke Malaysia. Mujur tugasnya sudah selesai disana, sempatlah dia mengejar kapal terbang menjenguk Kakak Dhia di hospital.

Namun setiap kali cuti sem pasti dia akan pulang ke rumah bagi menggantikan tugas mama dan papanya untuk menghantar kakaknya, Dhia untuk rawatan dialysis tiga kali seminggu.

Semuanya berubah 2 tahun belakangan ini, sedangkan 10 tahun lepas Dhia akan pergi sendirian sahaja untuk rawatannya itu, namun setelah keluar hospital 2 bulan lepas— Dhia sudah tidak mampu berjalan sendiri lagi kerana berasa terlalu lemah dan cepat penat. Yang Ghaith tahu setakat ini jantung kakaknya itu sudah terlalu bengkak dua kali ganda dari jantung normal—menjadikan aktiviti harian seperti berjalan, makan mahupun mandi menjadi sangat sukar bagi kakaknya, Kak Dhia.

Dhia berjalan perlahan lahan untuk duduk di kerusi rodanya. Ghaith mengambil beg hijau bersaiz sederhana di atas kerusi untuk mengisi bekas makanan, botol air, dan bantal leher Dhia. Beg itu kemudianya diletakkan di atas riba Dhia. Beg oksigen pula diselitkan di kocek belakang kerusi roda.

"Maa, Aiz dan Kak Dhia pegi dulu tauuu". Lambai Ghaith.

"Bye ma. Assalamualaikum". Dhia juga memberi salam.

Mama menghentikan kerjanya di dapur. Dia merapati Dhia dan Ghaith lalu menyambut salam mereka. Tiada apa yang lebih dia syukuri melihat Dhia masih mampu tersenyum walaupun berkerusi roda.

"Okay baik baik ye Aiz, Dhia. Aiz terus keluar jogging kat tasik ke? Jangan lambat pickup kakak nanti". Pesan Mama pada anak bujangnya itu.

"Ya ma. Takkan la lupa. Kalau lupa Kak Dhia sorong sendiri lah kerusi ni haha" Sakat Ghaith sambil mengangguk.

"Kak Dhia call polis kalau Aiz datang lambat. Takut kena culiklah. Kitonyo cantik jelita uhuuuu~" Dhia berseloroh sambil mencubit pipinya sendiri.

"Hahaha Dhia ni. Tak habis habis perasan." Mama melirik tajam.

"Akak jangan risau. Takde siapa nak culik muka akak kalah bibik jiran depan ni haha. Lagipun Aiz memang plan nak lepak di taman. Nak bagi ikan makan sekali. Habistu Aiz pickup akaklah." Geleng Ghaith malas melayan drama kakaknya itu.

"Okay Aiz muahhhh". Dhia memuncungkan mulutnya mengangguk faham. Ghaith menjeluekkan lidahnya tanda kegelian. Mama hanya menggelengkan kepalanya. Pening melihat gelagat anak sulung berlawan mulut dengan si bongsu yang tak pernah mengalah.

DHIAWhere stories live. Discover now