"AMMAR!" Begitu namanya dipanggil, Ammar segera mengangkat wajah. Laju dia berlari sambil melantunkan bola di atas lantai gelanggang sebelum dia membaling bola itu ke arah Luth.
"Nice!" Luth tersenyum sumbing. Kali ini giliran Luth membawa bola bersama tiga langkah kemudian dibaling begitu kasar ke arah gol.
"Woo!" Semua penonton bersorak. Makin rancak permainan itu selama tujuh minit dengan melawan batch senior yang lain.
Masing-masing menumpukan perhatian di atas gelanggang bola baling bersama pelbagai lagu sorakan sempena Karnival Sukan yang diadakan di kampus itu. Tak ada yang istimewa melainkan dua jejaka tampan yang sentiasa menarik perhatian para gadis lainnya.
Saat jaringan gol dimenangi oleh kumpulan Ammar, masing-masing menjerit kegirangan. Semuanya berkat Luth, si shooter paling function.
"Kau memang nice lah, Luth." Ammar memuji kehebatan dan kelincahan Luth. Tak hairan kenapa Luth boleh jadi shooter kerana pergerakannya yang begitu pantas dan tenaga yang dikeluarkan itu bukanlah tenaga yang sedikit.
Mendengar pujian itu, Luth tersenyum nipis. Dah biasa sangat dia bermain dengan bola baling memandangkan abangnya merupakan seorang atlet bola baling. Tidak lama kemudian, Ammar mengangkat wajah itu sedikit. Ekor mata mula bergerak ke sana ke sini seakan-akan mencari kelibat seseorang.
"Kau tengah cari siapa?" Soal Luth apabila menyedari pandangan Ammar mula berubah ke tempat lain.
"Rose," jawab Ammar selamba buatkan Luth ketap bibir sendiri. Dia dah agak Ammar akan mencari kelibat Rose memandangkan Rose itu sudah menjadi kegilaan sahabatnya seorang ini.
"Kau ni kalau bab Rose, bukan main laju," kata Luth. Nafas dihembus berkali-kali. Dia turut sama menggerakkan bola mata mencari-cari susuk tubuh gadis idaman Ammar itu.
Saat itu juga, mata Ammar tertancap ke arah satu susuk yang amat dikenali. Bibir laju menguntum senyuman tatkala melihat gadis itu.
Rose Aralyn, seorang gadis yang jelita dan manis. Susah untuk melihat gadis itu memandangkan Rose bukanlah berada di jurusan yang sama dengan mereka.
"Luth, aku gerak lu." Bahu Luth ditepuk perlahan. Meninggalkan Luth berseorangan di tengah gelanggang. Luth pun apalagi, nafas dihembus kasar. Kepala digeleng berulang-ulang kali.
Bertuah betul punya kawan!
"Woi, agak-agak juga lah nak tinggal aku tu!" Tegur Luth. Namun kalau dah angau dengan perempuan, ingat nak ke lagi si Ammar nak mendengar? Memang tak ada langsung. Pantas saja kaki itu melangkah maju ke hadapan tanpa menghiraukan keadaan Luth di belakang.
Melihat itu, Luth hela nafas panjang untuk kedua kalinya. Mahu tak mahu, dia sendiri keluar dari gelanggang itu tanpa sesiapa. Sementara, Ammar masih lagi berusaha mendekati Rose. Rambut dirapikan, peluh yang menitis cuba dikesat menggunakan bajunya sehingga menampakkan otot-otot perut itu.
"Hannan!"
Ammar terhenti sejenak. Kedua-dua kakinya terhenti tatkala mendengar nama itu.
"Hai Rose," sapa Hannan. Sempat lelaki itu melorek senyuman manis bila melihat Rose menyapa.
"Hai..." Rose datang mendekat sambil tersenyum.
Ammar hanya melihat interaksi antara Hannan dan Rose. Walaupun jaraknya dengan jarak mereka agak jauh tetapi dapat Ammar melihat dengan jelas. Rose menunjukkan senyumannya ke arah Hannan.
"I dah lama cari you, mesti you busy sangat sampai I tak nampak pun batang hidung you akhir-akhir ni," Ujar Rose. Melihat sahaja tingkah laku Rose, Ammar sudah menduga.
Menduga perasaan Rose.
"Ya, I busy sangat. Lagi satu sekarang I jadi MPP, mestilah banyak benda I kena buat."
Rose angguk faham. Perbualan itu jelas didengari oleh Ammar, tak hairan kenapa Rose menyukai Hannan memandangkan Hannan merupakan seorang pelajar yang begitu aktif dengan apa-apa aktiviti.
Tak cukup menjadi seorang MPP tetapi juga menjadi seorang ahli pidato, debat, dan sebagainya. Lain pula dengan dia yang hanya aktif dalam acara sukan. Terutama sekali sukan bola baling.
"Am..." tiba-tiba bahunya ditepuk buatkan Ammar tersentak.
"Apa jauh sangat kau termenung tu?" Soal Luth. Laju matanya memandang ke arah pandangan Ammar. Lidah kelu seribu bahasa tanpa mengeluarkan sebarang kata lagi.
Pandang sahaja adegan itu sudah cukup menyakitkan. Tidak terungkap bagaimana rasa sakit itu apabila berada di tempat Ammar.
"Mar..."
"Jom balik." Ammar pusing tubuh kemudian memaut bahu bidang Luth.
"Sekarang?" Luth pandang wajah Ammar yang cukup menunjukkan apa yang lelaki itu rasakan. Sumpah sakit.
"Tak perlu buang masa dekat sini, jom balik." Ammar berkata sekali lagi. Kali ini nada suaranya kedengaran agak lemah. Langkah demi langkah beredar dari kawasan itu.
Luth tahu semuanya yang disaksikan olehnya dah cukup melukakan hati Ammar Ukail. Kalau dulu Ammar yang beria nak dapatkan Rose, tetapi Rose tutup mata. Hannan yang lebih hebat dalam segala hal menjadi tumpuan gadis itu.
"Aku dah suruh kau move on, kau tak nak, Mar. Sekarang kau sendiri rasa sakit bila tengok Hannan dengan Rose?"
"Dia orang cuma kawan."
"Kawan apanya kalau Rose dah tersengih-sengih depan si Hannan. Kau nak kata kawan?" Tanya Luth bersama sedikit perasaan marah. Marah sebab Ammar sanggup butakan mata bila melihat perempuan yang disukai oleh rakannya itu lebih menyukai Hannan.
Tika itu, Ammar cuba kekal untuk diam. Memang betul Rose tersenyum seperti itu di depan Hannan. Tapi gadis itu bukan milik sesiapa. Bukan milik dia dan bukan juga milik Hannan.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...