BANGUN sahaja pagi itu, suasana hati Rose berubah drastis. Susah betul dia nak pamerkan senyuman bila Ammar mula membangunkannya awal pagi. Hanya semata-mata nak kejutkan solat subuh.
Mahu tidak mahu, Rose terpaksa akur. Solat subuh berjemaah dilakukan. Ammar dengan sukarela menjadi imamnya. Disaat-saat itu juga, Rose dapat mendengar alunan suci ayat Al-Quran yang dialunkan oleh suami sendiri. Merdu dan sedap didengari.
Selesai solat, Rose duduk di atas sejadah kemudian mengucup kekura tangan Ammar. Pandangan Ammar terhadapnya berubah sejak semalam. Dingin dan tak ada lagi mahu mengusik.
Lama Ammar bertingkah seperti itu, lebih menyakitkan hatinya. Rose angkat tubuh lalu melipat sejadah tadi. Telekung turut dilipat kemudian diletakkan di atas katil. Masih menunggu Ammar bersuara.
"Rose..." Akhirnya Ammar kembali bersuara.
Rose pandang lelaki itu dengan riak wajah biasa. Tapi apa yang dipandang hanya pandangan redup. Ammar terasa dengan dia ke?
"Awak ada bawa ubat demam tak?" Soal lelaki itu menimbulkan kerisauan Rose. Berkerut-kerut dahi gadis itu bila melihat Ammar lemah semacam dengan mata kuyu.
"You demam ke?" Rose mendekat kemudian dilekapkan tapak tangannya itu dengan dahi Ammar. Allah, panasnya!
"You demam ni, apasal tak bagitahu I?" nada suaranya naik seoktaf. Tampak sekali dia merisaukan Ammar. Laju-laju dia tarik lengan Ammar lalu didudukkan tubuh Ammar di atas katil.
"Demam biasa. Saya dah biasa. Esok lusa kebahlah dia," Ammar menjawab lemah. Tubuhnya terasa begitu lemah bersama panas membahang di dalam tubuh itu membuatkan lelaki itu sukar untuk bernafas.
Namun, Rose menggelengkan kepala itu. Dengan tak tahu malunya, dia buat suatu perkara yang tak masuk akal. Ya, sangat tak masuk akal!
"Rose! Apa awak buat ni?!" Ammar terkejut dengan tindakan Rose. Bulat mata menatap mata itu. Jaraknya dengan Rose juga hanya tinggal seinci. Dapat dia merasakan deruan nafas isterinya
"You pakai baju tebal-tebal ni, you ingat demam you tu boleh kebah ke? Tak, Ammar. Cepat buka baju you." Desak Rose. Hampir melorot jatuh rahang Ammar dengan tindakan Rose yang terlalu spontan. Namun, dilihat sisi kecomelan isterinya, Ammar tersengih.
"Kalau saya buka baju ni, saya tak nak selimut. Saya nak peluk awak, boleh?" Kata Ammar membuatkan pipi Rose memerah. Gila mamat seorang ni, tengah demam pun sempat lagi jadi anak kucing.
"Ammar, jangan jadi anak kucing."
"Rose, saya bukan anak kucing. Saya suami awak."
Rose mengeluh panjang. Bahagian bawah bibirnya digigit rapat. Cuba mengatur semula detak jantung yang semakin laju berentak. Ammar pun satu suka betul buat dia tak keruan!
"Dah cepat! Buka baju awak!" Serupa mak-mak sedang memarahi anak. Rose tarik pula baju Ammar. Membiarkan tubuh lelaki itu terdedah. Segan memang segan tapi dah jadi suami, buat apa dia nak segan?
"Baring!"
Ammar mengikut arahan. Tubuhnya itu direbahkan di atas katil. Rose duduk di sebelah sambil memandang wajah itu. Hanya dari raut wajah, Rose terlihat penuh kerisauan.
"Sejak bila you sakit?" soal Rose.
"Tak tahu, baru je kut sebab baru je rasa,"
Rose mengangguk faham. Tak lama itu, Rose bangkit dari terus duduk di atas birai katil itu. Namun saat langkah cuba dibuka, pergelangan tangannya sudah digenggam kemas oleh Ammar.
"Apa dia?" Rose kerut dahi memandang Ammar.
"Temankan saya," pinta Ammar sambil menatap Rose dengan tatapan yang begitu hangat.
"You dah besar, takkan you nak I temankan lagi?"
"Saya sakit, Rose. Awak nak jadi isteri derhaka tinggalkan suami yang sedang sakit?" katanya seakan memberikan sedikit ugutan kepada Rose.
"Ammar, you ni memang saja nak ugut I macam-macam betullah." Keluh Rose. Bibir dikemam dengan rapat. Tak sah kalau sehari tu Ammar buat hal dengan dia.
"Saya ugut untuk kebaikan awak,"
Rose jegilkan saja matanya ke atas. Suka ke tak suka, nak tak nak dia kena buat juga. Rose duduk di atas birai katil semula seperti orang tak ada kerja. Ya, kerja dia cuma temankan Ammar.
"Baring sini.." Ammar mengesot sedikit ke tepi, memberi ruang kepada Rose untuk baring.
"Tak payah, you rehat jelah.."
"Saya tak boleh rehat kalau awak tak ada," tutur Ammar lagi. Ada saja alasan yang keluar daripada mulut Ammar.
"Manja.." Rose berbisik malas. Disebabkan mahu melayan karenah orang demam, Rose berbaring di atas katil. Pantas pula Ammar memeluknya dari tepi.
"Jangan peluk I kuat sangat, I tak boleh nafas.." Pesan Rose. Dahlah tubuh Ammar besar. Kalau nak dibandingkan dengan dia, hm tenggelam terus!
Dalam masa itu juga, Ammar mengangguk faham. Pelukan semakin dieratkan dan wangian tubuh Rose dapat dihidu. Setiap wangian yang masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan jiwa itu semakin tenang.
"Rose, awak tahu tak kenapa saya jadi tamak?" Bisik Ammar. Suara parau itu jelas memasuki dinding telinga Rose.
"Tahu.." Rose membalas selamba. Dia tahu jawapan itu. Tubuhnys hanya kaku, dibiarkan saja Ammar memeluknya tapi tak terdetik langsung dia ingin membalas semula pelukan lelaki itu.
"Saya cemburu tengok awak dengan Hannan. Jadi saya tamak. Saya nakkan awak, saya nak awak jadi milik saya."
Rose hanya diam.
"Tak boleh ke sekali ni awak terima saya? Saya tahu saya tak macam Hannan. Tapi saya ikhlas cintakan awak," kata-kata Ammar membekas dalam hati. Rose tahu itu bukan sekadar kata-kata melainkan kata yang dimaksudkan dari hati itu sendiri.
"Ammar..." Rose memanggil dengan nada halus.
"You tahu tak ada kisah cinta yang berakhir dengan kebahagiaan dan ada kisah cinta yang berakhir dengan kedukaan. Tapi duka itu terbahagi kepada dua sama ada kematian dan perpisahan. Perkahwinan kita bukanlah perkahwinan paksa untuk you, tapi you tahu tak perkahwinan ni tak bagi apa-apa untuk I? Baik kebahagiaan ataupun duka, tak ada. Melainkan I rasa terseksa."
"Mama you tak sukakan I, Raudhah bencikan I dan I tak pernah sukakan you dan kenal you, Ammar. You dah taruh perasaan bersalah yang besar dekat diri I terhadap Raudhah." Luah Rose. Sebak di dada cuba ditahan.
Ammar hanya diam. Namun, jauh di lubuk hati dia tahu dia sudah menyeksa hati dan perasaan Rose. Ya, disebabkan ketamakannya.
"I tak nak hidup dengan you.." Kata Rose sekali lagi membuatkan Ammar hilang kata-kata.
"Benci sangat ke awak dengan saya?" Ammar berbisik lagi. Dia tekup wajahnya di atas bahu Rose.
"You seksa I, Ammar.."
"Jadi awak nak saya lepaskan awak?"
"Ya, sangat.."
"Kalau saya lepaskan awak, awak akan bahagia?" Ammar angkat wajah. Matanya terlihat merah seakan mahu mengugurkan air mata. Ammar nangis? Mustahil.
"I tahu ni perit untuk you. Tapi melepaskan adalah jalan yang terbaik.." akhirnya ayat itu terlontar dari mulut Rose.
Hanya satu sahaja jalan penyelesaian kerana cinta ini terlalu banyak halangan. Kerana perasaan, kerana keluarga dan kerana status, melepaskan adalah jalan yang terbaik.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...