PROLOG II

718 24 0
                                    

SUASANA kampus seperti kebiasaannya, pelajar-pelajar akan duduk di halaman kampus sebelum kelas bermula. Ammar dan Luth seperti biasa duduk di kawasan gelanggang bola baling. Memang tempat lepak dua orang jejaka itu.

"Korang berdua memang tak ada tempat lain nak lepak selain tempat ni, kan?" Tiba-tiba terdengar suara mula menegur mereka. Pantas, Ammar dan Luth menoleh ke arah suara itu berasal. Siapalagi kalau bukan Hannan.

Lihat saja lelaki berpakaian segak. Boleh tahu Hannan si budak MPP dan cerdik akalnya itu.

"Kami tak sama macam kau, Nan. Kau kan MPP, kami ni budak sukan je," tokok Luth penuh selamba. Sedar akan perbezaan karakter mereka. Ramai gadis menyukai Hannan kerana karakter Hannan seperti genius boy.

Beza pula dengan Ammar dan Luth. Sport boy.

"Halah chill lah. Korang berdua kan ada fans sendiri. Macamlah kau tak tahu, aku yang disini pun dah tahu semuanya." Hannan labuhkan punggung bersebelahan dengan Luth. Sesekali dia melepak setelah menyibukkan diri dengan kerja.

"By the way, dengar cerita kau ada girlfriend baru lagi?" Luth angkat kening bila menyoalkan hal itu. Baru aje beberapa minggu yang lepas, Hannan berpisah dengan seorang Diva kampus, Laura.

Tak lama itu, tiba-tiba pula ada kekasih baru lagi. Memang kalau bukan Hannan, takkan sesenang memetik jari mencari kekasih.

"Oh.." Hannan sengih. Luth dan Ammar hanya pandang wajah Hannan.

"Dia yang beria nakkan aku. Aku layankan jelah," kata Hannan. Bersahaja. Raut wajah itu terlihat narsistik. Ammar yang melihat pula hanya mendiamkan diri. Dia sudah masak dengan sikap Hannan.

"Kau memang tak ada perasaan dengan dia ke?" Luth memberanikan diri untuk bertanya. Jika nak dibandingkan Hannan dan Ammar, Ammar lebih baik kalau bab percintaan sebab Ammar tak pernah bercinta.

Ramai aje perempuan mahukan Ammar tetapi Ammar menolak cara baik. Siap reject guna ayat agama. Nak kata alim, tak adalah cukup alim sangat. Cuma Ammar tahu hukum bercinta dengan perempuan yang bukan mahramnya.

"Aku cuma have fun..." Hannan angkat bahu lagi.

Serentak itu, Ammar angkat punggung. Tidak tahan bila dia dengar kata-kata Hannan yang cuma ingin mempermainkan perasaan perempuan.

"Mar, kau nak pergi mana?" Hannan angkat wajah bila melihat Ammar berdiri tegak di hadapan sambil meletakkan tali beg di atas bahu bidang itu.

"Aku gerak lu, assignment aku tak siap lagi. Esok dah nak submit," ujar Ammar sengaja memberikan alasan yang munasabah sikit.

"Oh okey, kalau ada apa-apa roger je..."

Ammar cuma menganggukkan kepala. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, langkah disusun setapak demi setapak maju ke hadapan. Meninggalkan gelanggang bola baling. Makin dia berada di situ, makin dia saja nak menyakitkan hati sendiri.

Lebih sakit bila mengetahui kenyataan Rose menyukai Hannan.

"Tak boleh, dia tak boleh dengan Hannan..." Ammar menggeleng tidak mahu gadis itu berakhir dengan disakitkan oleh Hannan. Walaupun Hannan sahabatnya.

Selangkah demi selangkah, langkah Ammar ikut terhenti bila mata tertancap ke arah satu bilik yang berada di hujung koridor. Setapak lagi dia menghampiri agar dapat melihat apa yang ada di dalam ruangan itu.

Sesaat itu, kedengaran bunyi piano mengikut irama Sekali Ini Saja yang dinyanyikan oleh Glenn Fredly. Sempat Ammar terpaku ketika jari jemari Rose lembut menekan setiap key di atas piano itu. Bukan saja Rose bijak dalam mereka setiap gaun cantik tapi juga pandai memainkan alat musik.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now