TASNEEM FELORA.
Nama indah secantik pemilik nama itu. Perasaan rindu semakin lama semakin dirasai buat lelaki itu tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Bertahun-tahun mencari kelibat wanita itu, tidak ada satu petunjuk yang menunjukkan tanda-tanda keberadaan Felora.
"Jumpa?" kepala diangkat sekilas tatkala seorang lelaki berpakaian hitam dari atas ke bawah memasuki ruang pejabat. Namun apa yang diharapkan, langsung tidak terjadi. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.
Satu hembusan nafas dilepaskan. Tubuh itu bersandar di kerusi sendiri. Lelah. Dua puluh lima tahun bukanlah jangka masa yang singkat untuk menemui isterinya semula. Tak ada kata lain selain hanya Felora seorang.
"Tapi Tuan..." Anak buahnya mula bersuara. Ekor mata lelaki itu beralih kembali.
"Apa?" Riak wajah dingin diperlihatkan.
"Kami mendapati bahawa Puan Felora melahirkan anak perempuan dua puluh lima tahun yang lepas."
Perubahan air muka lelaki itu mula berubah. Jangka masa dua puluh lima tahun adalah jangka masa yang sesuai untuk Felora melahirkan anaknya.
"Mana anak tu sekarang?" katanya. Mula ingin tahu.
"Kami masih tak tahu keberadaan anak tu, Tuan. Tak ada anak yang didaftar dengan nama Tuan." Jelas anak buahnya lagi. Walau sudah diperiksa berkali-kali, keputusannya tetap tidak terlihat. Apatah lagi Tasneem Felora, langsung tidak ada jejak wanita itu setelah melarikan diri dua puluh lima tahun yang lepas.
"Cari sampai dapat..." Tegas lelaki itu. Dia yakin Felora meninggalkan seorang anak untuknya. Tidak mungkin perkahwinan dua tahun bersama, Felora meninggalkannya dengan begitu saja.
Tidak mungkin cinta yang dipertahankan akan terlerai begitu saja.
"Aku yakin, Felora ada dengan buah hati kami,"
"THANK you!"
Tanpa memikirkan apa-apa lagi, pantas Rose melahap karipap itu. Lebih sedap bila dimakan ketika masih panas. Terima kasih kepada Ammar yang sanggup keluar membeli karipap beku di kedai 24 jam. Kalau tak, memang merana dia tak makan karipap.
"Dapat makanan terus gembira," Kata Ammar sambil mempamerkan senyumannya. Tak sia-sia dia keluar untuk melunaskan keinginan Rose. Ini baru keinginan isteri demam, belum lagi keinginan isteri mengandung. Walaupun perkara itu mustahil, Ammar berharap akan terjadi suatu hari nanti.
Berharap agar Rose akan menerimanya.
"Perlahan-lahan makanan, mulut awak cuma satu. Kalau tersedak, awak dah sumbat-sumbat makanan macam tu. Dimana dia nak keluar? Kat hidung?" Seloroh Ammar berselang dengan tawa halus. Tak semena-mena Rose mengerling tajam ke arah Ammar. Memang nak cari nahaslah lelaki seorang ni.
"Jaga mulut awak, Ammar. Nak I sumbat karipap dekat you?"
"Boleh, sekali sekala awak boleh suapkan saya,"
Rose jegilkan matanya lagi. Malas hendak melayan perangai manja Ammar. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi. Tapi berkat Ammar, tak adalah dia kebuluran.
"Jam berapa kita gerak esok?" Soal Rose sambil menyuapkan karipap ke dalam mulut. Nikmat betul sampai tak memikirkan benda lain, Ammar yang melihat terhibur dengan wajah polos Rose seolah-olah anak kecil dapat gula-gula.
"Jam 8 pagi. Kenapa?" balas Ammar selamba. Setelah beberapa hari menghabiskan masa di Langkawi, sudah saatnya balik untuk menyelesaikan kerja masing-masing. Lagi pula Rose ada acara penting untuk diadakan. Majlis itu bukanlah sekadar majlis biasa tetapi satu peluang untuk Rose.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...