BAB 7

249 12 0
                                    

TIBA sahaja di depan kedai butiknya, Rose disapa lembut oleh pekerja-pekerja yang datang bekerja dengannya selama bertahun-tahun. Walaupun perniagaan itu berjalan secara kecil-kecilan tetapi dia bersyukur masih ada orang yang membantunya.

"Selamat pagi, Puan Rose." Sapa Armel selaku pengurus butik kecil itu. Manis senyumannya buatkan Rose lebih selesa dengan Armel bertahun-tahun.

"Selamat pagi, semua okey ke dekat sini?" Soalnya. Rose lebih suka dengan menyapa pekerja, nama saja majikan di situ tapi baginya mereka dalam tahap yang sama.

"Okey je, kami ni dah bertahun dengan Puan Rose, mustahillah tak okey. Kalau kami tak okey, dah lama kami keluar dan berhenti dari kerja kat sini." Salah seorang daripada pekerjanya mula bersuara. Rose tersenyum kecil mendengar.

Syukurlah.

"Alright, apapun teruskan kerja korang. Apa-apa urusan boleh direct jumpa saya."

"Oh ya.." Armel bersuara. Laju matanya memandang Rose.

"Apa dia?" Alis keningnya ternaik sedikit. Dipandang wajah Armel penuh teliti. Baru je dia nak melangkah, tiba-tiba pula Armel memanggilnya. Nak tak nak, kepala ditoleh semula.

"Saya rasa Puan dah lupa pasal ni." Kertas kerja dihulurkan kepada Rose membuatkan dahi Rose berkerut. Lama dia merenung kertas itu sebelum dia memandang semula ke arah Armel.

"A-Apa ni?"

"Hujung bulan ni kita ada majlis fashion show dengan butik Cik Raudhah. Puan dah lupa ke?" Armel mula menjawab. Disaat itu juga, Rose terdiam. Kertas kerja itu dipandang berkali-kali.

Pertunjukan fesyen? Dengan Raudhah?

"Puan okey tak ni?" Sekali lagi Armel bertanya tatkala melihat perubahan pada raut wajah Rose.

"O-Okey..." Gagap. Tangan naik memicit pelipis kepala.

"Okey, tak perlu stres sangat. Yang lain biar saya dan team yang uruskan." Jelas Armel. Armel memang tak pernah mengeluh, bahkan gadis itulah yang banyak membantu Rose sehingga kini.

Sedang Rose memikirkan pertunjukkan fesyen bersama Raudhah, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering membuatkan gadis itu tersentak. Pantas, ekor mata beralih menatap telefon bimbit itu.

'Ammar'

Rose mengetap bibir dengan rapat. Helaan nafas kasar mula kedengaran.

"Hello?" sambil menjawab panggilan itu, langkah diatur menuju ke ruang pejabat.

"Awak dah pergi office?"

"Dah."

"Kenapa tak inform saya yang awak nak pergi kerja? Tiba-tiba menghilang.." Nada suara Ammar kedengaran agak sedikit marah.

"Ammar, tak payah try hard untuk jadi suami I. You tahu yang I tak pernah mengharapkan you jadi suami, so let we do our works. Kita buat hal masing-masing, okey?"

Ammar mula menyepi. Rose tahu kata-katanya memberikan luka kepada lelaki itu. Tetapi dia juga perlu sedar, Ammar dan dia bukanlah pasangan yang sepadan.

"Saya tahu dan saya ada tanggungjawab ke atas awak. Awak tak suka ataupun tak, awak kena juga ikut. Selagi saya tak putuskan ikatan kita, awak masih isteri saya."

"Ammar--"

"Take care.."

Panggilan terus ditamatkan, tak semena-mena Rose terdiam apabila Ammar menamatkan panggilan begitu sahaja. Marahkah dia?

"Marah ke tak, apa masalahnya dengan aku." Rose mengetap bibir itu dengan rapat. Hatinya tiba-tiba mula berasa bersalah. Kejam sangatkah dia?

Dia tidak mahu Ammar terlalu mencintainya.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now