PEJAM celik tidak menyangka itu hari terakhir mereka di Langkawi. Tidak ada istimewa di situ. Masing-masing membawa diri seperti tak ada langsung suasana orang sedang berbulan madu. Berkali-kali pun Ammar cuba membetulkan hubungannya dengan Rose, gadis itu takkan pandang sama sekali.
Semuanya sia-sia. Ya, sia-sia.
"Rimas tau tak. Setiap kali you buat benda-benda ni. You harap apa daripada I? Cinta? Ammar.. I dah banyak kali ulang dekat you, then I sendiri pesan dengan you supaya jangan sakiti diri sendiri dengan berkahwin dengan I. Mentang-mentang I perempuan, I senang-senang luluh dengan setiap benda yang you bagi. Duit? Lepastu apa?"
Masih terngiang kata-kata itu. Ammar memang terasa dan makan hati dengan bait kata yang dilemparkan oleh Rose. Hati itu seperti dicarik dengan begitu kasar. Mungkin lebih parah daripada itu.
Sementara, Rose sedari tadi hanya berbaring di atas katil sambil menutupi tubuhnya dengan comforter tebal. Entah mengapa rasa sejuk kian menusuk ke dalam kulit itu.
"Awak okey tak ni?" soal Ammar bila menyedari tingkah Rose. Jam yang bergantung di dinding menunjukkan jam 11 tengahari, namun begitu Rose langsung tidak ada menunjukkan tanda-tanda mahu bangkit daripada terus berbaring di atas katil itu.
Lama soalan Ammar tidak bersahut. Perlahan-lahan Ammar mendekati gadis itu kemudian menyelakkan sedikit comforter yang menutupi tubuh isterinya. Bibir merekah dan pucat menghiasi pemandangannya dengan tubuh Rose seolah olah menggigil kesejukan.
"Awak demam?" perubahan raut wajah Ammar ketara. Laju-laju tapak tangan yang besar itu bersentuhan dengan dahi licin Rose yang semakin panas membahang.
"Ammar..." Rose celikkan mata sedikit. Nada suaranya bergetar. Sejuk...
"Sejak bila lagi demam? Awak dah makan ubat ke belum?"
Rose menggeleng. Setelah berjaga dua hari disebabkan ingin memastikan kelancaran majlis pertunjukan fesyen nanti, tubuh gadis itu akhirnya tewas. Ditambah pula sudah terjangkit dengan Ammar sendiri. Antibodi pun tak cukup kuat untuk mempertahankan tubuhnya.
Ketika mendengar jawapan Rose, Ammar menghembuskan nafas panjang. Tanpa berfikir panjang, Ammar duduk di atas birai katil kemudian rambut Rose diselak sedikit agar tidak menutupi wajah cantik itu.
"Boleh gerak lagi?"
Rose angguk. Inilah masalah dia kalau dah demam. Tubuhnya lemah gemalai seperti tak ada roh dalam jasad itu. Serupa mayat hidup.
Tidak dapat dia mengungkap apa-apa kata melainkan hanya seperti orang bisu. Matanya terlalu berat untuk terbuka. Apatah lagi kepala, sakit kepala berdenyut-denyut membuatkan dia tidak mampu mengangkat kepala itu. Sumpah sakit...
Kerisauan Ammar semakin menjadi-jadi. Tidak pernah lagi dia melihat Rose sakit seperti ini. Semasa zaman belajar pun, Rose jarang sekali sakit. Kalau ada pun, dia takkan nampak semua itu.
"Bangun sayang, jangan pejamkan mata awak. Tengok saya.." Ammar cuba menepuk pipi Rose dengan lembut. Berusaha untuk mengekalkan kesedaran Rose. Takut je bini tu pengsan tak sedarkan diri bila suhu badan terlalu tinggi.
Sedaya upaya Rose membuka mata itu. Rasa sesak semakin terasa. Lemah satu badan sampaikan tidak ada daya untuk bergerak lagi. Saat melihat keadaan Rose, Ammar ketap bibir sendiri. Tanpa ragu-ragu, comforter itu sekali lagi diselak. Tubuh Rose dicempung membuatkan si gadis tersentak.
"Amm--"
"Diam." Ugut Ammar bersama raut wajah penuh serius. Pintu kamar mandi itu dirempuh begitu saja, tubuh badan Rose diletakkan di atas bath tub.
"You nak buat apa?" Suara Rose terdengar lemah. Dahi berkerut ketika tindakan Ammar semakin berada di luar sangkaannya.
"Awak terlalu lemah. Saya takut awak pengsan dekat sini," Ammar menggeleng keras. Paip air dibuka dan diisi bath tub itu dengan suhu air yang sedikit panas dan sejuk. Tak terlalu panas dan tak juga terlalu sejuk. Sederhana.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...