BAB 3

404 18 0
                                    

TERPISAT-pisat dia terjaga dari tidur lenanya. Cahaya matahari yang sudah menembus masuk ke dalam ruangan bilik buatkan dia mengerut dahi. Kepala sempat berpaling melihat sisinya.

Saat itu kelibat Ammar langsung tak terlihat. Hilang.

Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu mengejutkannya. Dia memandang muka pintu itu sebelum ditarik dari luar. Sesaat kemudian, satu batang tubuh yang tidak dikenalinya masuk ke dalam ruangan kamar dengan tatapan serius.

"Puan Sarah suruh bangun sekarang." Tegas tetapi juga sinis. Dari riak wajahnya, Rose tahu wanita itu tidak menyukai kehadirannya.

"Saya dah bangun." Dia membalas tenang. Cuba untuk tidak menunjukkan rasa gentar. Dari permulaan lagi, dia dah tahu keluarga Ammar tak menyukainya bahkan pembantu rumah lelaki itu juga memandang rendah terhadap diri itu.

Benar, hanya disebabkan dia seorang anak yang terlahir daripada latar belakang keluarga yang biasa dan juga tidak diketahui statusnya. Dia disisihkan.

Tubuh cuba berbangkit daripada berbaring di atas katil. Wajah pembantu rumah itu dipandang dengan satu tatapan biasa.

"Perempuan macam kau, ada hati nak kahwin dengan Tuan Ammar. Memang taklah." Walaupun berbisik, Rose masih mendengar. Disebabkan itu, raut wajahnya berubah bengang.

"Maaf, apa dia?" Soal Rose kepada wanita itu.

Dan seketika, wanita itu mendiamkan diri. Diam membisu sambil merenung wajah Rose seperti tidak bersalah langsung.

"You ulang balik apa yang you kata?" Bibir dikemam rapat. Rose cuba mengatur nafas geram. Hampir membara api di dalam dadanya. Sengaja mahu memburukkan suasana hati itu.

"Saya rasa Cik Rose salah dengar kut."

Hah! Rose tersenyum sinis. Salah dengar? Dia belum cukup pekak untuk kata-kata yang sudah jelas menerpa dalam saluran pendengarannya itu. Sengaja!

"I belum pekak untuk semua itu. I dengar semuanya." Beritahu Rose. Bertegas.

Pembantu rumah itu terus menjegilkan matanya ke atas. Tampak sungguh wanita itu tidak menyukainya. Apa salah dia sehingga tidak disukai dan dihina sebegitu rupa? Walau baru hari kedua dia bergelar isteri kepada majikan wanita itu?

"Saya datang sini cuma jalankan tugas yang disuruh Puan Sarah pada saya." Dia mula mengubah topik. Langsir yang masih tertutup diselak membiarkan cahaya matahari masuk ke dalam ruangan.

Sekali lagi Rose terdiam. Perlahan-lahan kaki cuba menjejak lantai itu. Langkah disusun tidak memedulikan kehadiran wanita itu. Namun...

"Argh!"

Brak!

Rose jatuh terjelepuk di atas lantai. Bahagian bawah bibir digigit kuat menahan rasa sakit di bahagian buku lali. Mata mencerlung tajam memandang wanita tadi.

"Ops! Sorry Cik Rose, saya tak nampak Cik Rose nak lalu dekat sini. Maaflah ya, mata saya ni agak kabur sikit." Katanya tanpa rasa bersalah. Boleh Rose melihat ada sengihan kecil yang terukir di akhir ayat tadi. Dasar.

"Okey." Rose cuba untuk bersabar. Tubuh kembali bangkit walau sakit perit sudah terasa.

"Dasar anak luar nikah!"

Sekali lagi bisikan itu, Rose mengatup rahang itu dengan rapat. Kaki cepat-cepat diatur menuju ke sebuah ruangan wardrobe yang berada dalam bilik besar itu.

Pintu ditutup rapat.

"Allah.." Hanya nama Sang Pencipta yang Rose boleh tuturkan. Tubuhnya melorot jatuh sambil melekat pada bahagian dinding pintu. Air mata tanpa dipinta mengalir keluar saat rasa sesak di dada kian terasa.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now