BAB 11

258 12 0
                                    

AROMA yang menyelerakan masuk ke dalam rongga hidung Ammar. Buka saja mata itu, Ammar melihat Rose membawa bubur bersama dulang. Matahari di luar sana sudahpun menerangi waktu siang dengan teriknya hingga terasa panas membahang, entah berapa lama dia tertidur selepas solat subuh tadi.

Perlahan-lahan Ammar bangun daripada berbaring. Belakang tubuhnya menyandar pada kepala katil itu.

"I ada belikan you bubur.. Lepas makan bubur ni, you makan ubat," Kata Rose seraya meletakkan dulang itu di atas paha Ammar.

"Thank you.."

"I buat sebab I masih ada rasa kesian dekat you. I tak adalah sejahat mana nak biarkan you sakit sampai merana," jelas Rose. Dia masih lagi ada perasaan empati, takkanlah dia sebagai isteri ini berlaku kejam kepada suami? Huh, dapat dosa nanti adalah.

Mendengar ayat itu, Ammar hanya melorek senyuman. Walaupun Rose berkali-kali menolak cintanya, sifat prihatin Rose masih seperti dulu.

Sesaat kemudian, pandangan Rose berubah begitu tajam. Wajah serius itu buat Ammar terdiam buat sejenak. Memang keras sungguh hati Rose untuk dia luluhkan.

"Saya rasa demam saya dah kebah. Petang sikit kita jalan, okey?"

"Tak payah, you fokus untuk sembuhkan diri you. Jalan-jalan tu lain kali jelah." Kata Rose. Dah sakit, ada hati pula nak jalan lagi.

"Rose..." Suara serak basah Ammar masuk ke dalam gegendang telinga Rose. Tak semena-mena degupan jantungnya semakin laju, lebih laju daripada sebelum-sebelum ini.

"You nak apa lagi?" Rose membalas dingin.

"Saya nak awak.."

Rose terdiam.

"You tengah buang tabiat ke apa? Jangan jadi macam anak kucing, Ammar. You tu dah tua, buatlah cara tua.." Keluh Rose sambil mengerutkan dahi sendiri.

Namun segala apa yang dituturkan oleh Rose langsung tidak diendahkan oleh Ammar. Segera Ammar menyentuh rahangnya buat Rose mengeliat geli.

"Ammar!" Rose cuba menepis tangan Ammar yang menyentuh rahang dan pipinya itu. Sumpah geli!

"Bila dengan awak, saya tak boleh buat cara tua. Hormon adrenalina saya bertindak untuk dekati awak, Rose..." bisikan demi bisikan kedengaran. Dapat Rose rasakan suasana semakin hangat dengan jarak mereka sekarang.

"Lepaskan I..." Rose teguk air liur payah. Walaupun mulut berkata demikian, tetapi tubuhnya tetap mengikut rentak Ammar.

Tidak lama itu, senyuman Ammar berubah sinis. Sentuhannya tadi dileraikan, manakala dulang di atas paha diletakkan pula di atas night stand table.

"Saya nak mandi.." Beritahu Ammar seraya bangkit dari tempat duduknya itu. Rose hanya diam sambil meneguk air liur kelat. Nasib baik aje dia tak jadi gila dekat sini. Sikap Ammar kalau dah demam, manja melebihi anak kucing!

"You kalau mandi, mandi guna air panas. Kalau you guna air sejuk, tak pasal-pasal you kena selesema.."

Ammar tersengih, "Okey, Cik Puan.."

"You panggil apa?" Tangan naik mencekak pinggang. Dahi berkerut memandang Ammar. Sedap betul mulut cakap kita Cik Puan.

"Cik Puan Ammar Ukail.." Kata Ammar sambil melepaskan tawa halus. Comel bila Rose tunjukkan wajah cemberut seperti tidak puas hati.

"Ingat keturunan diraja ada Cik Puan bagai? Sudah-sudahlah Ammar, you kalau dah sakit. Segala perangai keluar, penat I nak layan.."

"Itulah tugas awak untuk jaga suami awak," Ammar mengusik lagi. Tidak lekang-lekang senyuman dari wajah tampan itu. Tahulah kacak, tak usah nak tunjuk lama-lama.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now