SETELAH dua hari terperuk di dalam bilik hotel, akhirnya agenda dirancang dapat dilakukan semula seperti biasa. Jalan raya di kawasan Pekan Langkawi itu tak terlalu sesak memandangkan hari minggu. Mungkin ramai orang lebih suka duduk di rumah pada hari minggu. Yalah, masa untuk berehat.
Pada masa yang sama, Rose termenung jauh sambil menongkat dagu. Pandangan itu dilontarkan ke arah luar jendela dengan pandangan kosong. Dua tiga menjak ini, fikirannya hanya membayangkan bagaimana kelancaran majlis pertunjukan fesyen nanti.
Lebih-lebih lagi ini melibatkan Raudhah.
"Kemana ni?" Rose kerut dahi bila Ammar tiba-tiba menghentikan kereta di suatu tempat.
"Itulah lama sangat termenung sampai tak tengok sign board dekat depan tadi." Ammar mula mengomel. Macamlah dia tak tahu Rose termenung sampai tak ingat dunia realiti.
Dalam masa itu, Rose jadi terpinga-pinga. Ekor mata mula berkeliling melihat kawasan. Hanya tumbuhan hijau yang dia lihat.
"Hari ni kita naik kereta kabel," ujar lelaki itu sehingga Rose membulatkan mata. Air liur diteguk kelat. Naik kereta kabel?
"Kereta kabel? Yang tinggi tu? You dah gila ke Ammar? Kereta tu dah lah tinggi, jarak pun kira jauh. You nak I mati muda ke dekat sini?" Rose mencebik buatkan Ammar tertawa halus. Dia dah agak Rose akan tunjukkan raut wajah seperti itu.
"Awak takkan mati,"
"Macam mana you boleh yakin sangat?" Rose ketap bibir sendiri. Tangan naik mencekak pinggang kerana geram dengan sikap Ammar yang tak habis-habis ingin mengerjakannya.
"Tempat ni takkan buka kalau ada orang mati. Awak ingat kalau nak buat tempat macam ni, asal buat je ke?"
Isterinya ni pun lurus betul. Kalau tak cuba, sampai bila nak buat-buat tak tahu?
"I gayat.."
"Oh... Gayat..." Ammar sengih. Adalah tu dalam fikirannya ingin mengusik Rose lagi.
"Ammar!"
Ammar melepaskan tawa. Perlahan-lahan kepala itu digeleng. Rose... Rose...
Tanpa menghiraukan gadis itu, Ammar langsung mengatur langkahnya satu persatu ke hadapan. Boleh pula dia meninggalkan Rose di belakang tanpa menoleh.
"Ammar, you nak tinggalkan I?!" Rose melantangkan suaranya. Geram pula bila Ammar buat endah tak endah. Macam dia ni batu tunggul di sini.
"Awak kata awak gayat. Duduklah dekat sana. Buat apa saya bawa orang gayat." Kata Ammar begitu tenang sambil mengangkat kedua bahunya. Sengaja.
Saat itu, Rose terpaku di tempatnya berdiri. Bibir cemberut bila Ammar cuba meninggalkannya. Ammar pun satu, bawa dia tapi tak tanya langsung apa yang dia takuti.
Melihat air muka Rose menimbulkan perasaan bersalah Ammar. Selama ini dia tahu Rose takut tempat tinggi tapi takkan selama-lamanya Rose kena takut tempat tinggi?
"Macam ni, Rose.." Ammar mendekati isterinya. Ditarik lengan Rose mendekat. Dapat lelaki itu rasakan bagaimana tubuh Rose menggigil ketakutan.
"Percaya dengan saya."
"Macam mana nak percaya. Silap-silap kalau kereta kabel tu jatuh. You biarkan I mati.." Hambur Rose dengan rengusan geram. Mana boleh percaya manusia sekarang.
"Takkan ada siapa mati. Kalau jatuh pun, saya jatuhkan diri saya dulu."
"You cakap senanglah.."
Ammar hanya tersenyum. Cuba menahan perasaan. Dia tahu Rose takkan pernah mempercayai kata-katanya walau sekalipun. Hati gadis itu terlalu keras untuk digapai. Entah berapa lama lagi dia perlu bersabar.
"Rose, sekali ni je. Saya dah bawa awak jauh-jauh untuk ini. Saya minta awak untuk hargai.." Kali ini giliran Ammar merayu. Tampak seperti orang bodoh tapi inilah hakikatnya. Dia dibutakan cinta konyol.
Mendengar kata-kata itu, Rose cuma mendiamkan diri namun mata mengatakan segalanya. Lama mereka menatap mata antara satu sama lain seolah olah berbicara.
"I dah kata berhenti, kan?" Rose menegaskan ayat itu.
"Kenapa you degil sangat?" Pandangan Rose berubah menjadi lebih dingin. Begitu juga nada suaranya. Setiap kali Ammar cuba untuk melakukan segalanya, Ammar tampak seperti orang bodoh yang buta disebabkan cinta.
Bodoh sebab kejar cinta anak pelacur macam dia.
"Rimas tau tak. Setiap kali you buat benda-benda ni. You harap apa daripada I? Cinta? Ammar.. I dah banyak kali ulang dekat you, then I sendiri pesan dengan you supaya jangan sakiti diri sendiri dengan berkahwin dengan I. Mentang-mentang I perempuan, I senang-senang luluh dengan setiap benda yang you bagi. Duit? Lepastu apa?" Rose tersenyum sinis.
Sakit hati Ammar mendengar. Namun berusaha lelaki itu sembunyikan.
"You ingat I murah sangat ke dengan you gunakan duit hasut perempuan tak guna tu untuk kahwin dengan I? Ammar, itu kerja kotor.." Rose melepaskan segalanya. Tak kisah sama ada kata-kata itu sudah cukup melukakan hati Ammar ataupun tidak. Tapi yang pasti, dia tidak pernah mahukan perkahwinan ini.
"Daripada buang masa you di sini, lebih baik kita balik. Lagipun I ada banyak kerja nak selesaikan." Kata Rose sekali lagi. Dingin. Langsung tak ada secalit senyuman yang terpamer dari wajah cantiknya.
Ketika itu juga, bagai hunusan demi hunusan terasa di hati Ammar. Walaupun jiwanya seorang lelaki, tapi dia tetap sama sebagai hamba Allah yang mempunyai perasaan. Bohonglah kalau Ammar tidak terasa dengan setiap bait kata yang dilontarkan oleh Rose. Sakitnya boleh terasa sampai di hempedu.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...