BAB 4

372 19 0
                                    

AMMAR UKAIL memandang sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak di luar balkoni bilik bersama tiupan angin malam yang begitu kencang. Rambut Rose yang berwarna sedikit keperangan terburai panjang dan terlihat cantik saat angin meniupnya.

"Rose.." Nama itu diseru oleh suara yang garau. Dengar saja nama itu, Rose tahu itu Ammar.

"You buat apa dekat sini? Rasanya you boleh tahu macam mana mama you memang tak boleh terima I jadi wife you, kan? Mungkin boleh jadi alasan kukuh you untuk lepaskan I, Ammar." Pandangan Rose dalam memandang Ammar. Dia menahan tangis.

"Abang tak boleh lepaskan." Ammar menggeleng lebih laju. Tubuh lelaki itu seperti biasa, tinggi dan sasa. Malah terlihat tampan apabila mengenakan baju tshirt bersama seluar pendek paras lutut itu.

"Kenapa Ammar? Mama you tak sukakan I, dia lebih sukakan you dengan Raudhah. I ni siapa sampaikan you nak I jadi wife you? Apa istimewanya I? I tak ada apa-apa." Rose sedar akan dirinya. Anak luar nikah yang tidak ada apa-apa. Dan tak ada hak menerima apapun.

"Sebab Rose tak ada apa-apa lah, Rose istimewa."

Rose terdiam. Hanya kerana dia tak ada apa-apa, dia istimewa?

"Istimewa supaya abang sendiri boleh didik Rose." Sambungnya begitu ringkas. Namun, Rose dapat memahaminya.

"I tak minta you untuk didik I."

"Memang Rose tak nak. Tapi abang nak. Abang tak nafikan Raudhah tu baik, tapi dekat mata abang, cuma Rose yang menarik perhatian abang. Abang nak ubah Rose."

Rose terdiam. Lama juga dia terpaku sendirian. Menghadam setiap tutur kata lelaki itu. Tanpa Rose sedar, Ammar menarik lengannya. Tubuh kecil itu ditarik merapat dengan tubuh tegap itu.

Entah mengapa dia tidak dapat menolak.

"Abang minta maaf kalau Rose terasa dengan mama." Ucap lelaki itu. Dia berbisik halus menyinggah dalam halwa telinga. Tepi kepala Rose dikucup perlahan.

"Bagi abang masa untuk Rose." Sambungnya lagi.

Kata-kata itu mulai menjentik hati Rose. Orang lain memandang dirinya begitu hina kerana terlahir tanpa status yang sah, tetapi berbeza pula dengan Ammar.

Lelaki itu mencintainya.

"Kenapa you buat I macam ni, I bukan perempuan yang baik. You tak kenal I siapa, Ammar." Kata Rose sembari menolak tubuh Ammar. Cuba memberi ruang di antara mereka.

"Penting ke kalau saya tak kenal siapa awak? Siapapun awak, saya yakin saya boleh jaga dan didik awak." Balas Ammar. Raut wajah kelihatan agak serius. Rose tahu Ammar tidak menipu dengan kata-katanya.

"Walaupun I tak cintakan you?" Anak mata mereka saling bertembung. Hanya angin malam yang menyejukkan suasana.

"Yes. That's your feeling. Awak tak cintakan saya, tapi tak bermaksud saya tak boleh ubah awak. Saya boleh tunggu sampai awak cintakan saya sebab saya memang dah lama tunggu."

Rose terdiam buat sejenak. Kenapa Ammar Ukail lebih memilih dirinya yang tidak ada apa-apa berbanding Raudhah yang mempunyai segalanya. Malah, Puan Maisarah lebih berkenan dengan Raudhah. Bukannya dia.

"Kalau masa itu takkan sampai? Kalau I tak boleh cintakan you, you nak lepaskan I?" Tanya Rose. Bayangkan saja, Rose tahu itu hanya menyakitkan Ammar. Namun, dapatkah dia wujudkan cinta kepada lelaki itu?

Mustahil. Ammar Ukail memang hanya untuk gadis seperti Nureen Raudhah.

"Saya takkan lepaskan awak. Dah susah payah untuk saya kahwin dengan awak, takkan semudah itu saya nak lepaskan awak." Ammar memandang Rose dengan tatapan penuh dengan perhatian.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now