HANYA bunyi dentingan sudu dan garfu kedengaran. Suasana janggal dan canggung jelas dirasai di antara dia dan juga Raudhah. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku, Raudhah pasti bencikan dia.
"Rau--"
"Apa yang kau nak?" Dingin Raudhah memintas kata-kata Rose. Air muka gadis itu tidak seperti sebelumnya. Tidak seperti mereka menjadi teman selama ini.
"Kau marahkan aku?" Tanya Rose ragu-ragu. Selera makan Rose semakin menghilang. Sudu dan garfu di tangan tadi akhirnya diletakkan semula di atas meja. Mata memandang wajah Raudhah.
"Tak ada guna aku nak marahkan kau. Benda dah jadi." Sekali lagi dingin.
Rose tertunduk sepi. Tubuhnya tanpa sedar menggeletar kerana takut. Takut disebabkan ini, hubungan persahabatannya dengan Raudhah semakin renggang.
"Aku minta maaf. Aku--"
"Rose, kau tahu aku sukakan Ammar, kan?" Dia memintas laju. Rose terdiam sejenak sambil merenung lama wajah Raudhah. Air liur diteguk perlahan.
"Tahu."
"Habistu, kenapa kau kahwin dengan dia?" Mata itu. Tatapan itu. Sudah terang lagi bersuluh, Raudhah dah meletakkan kebencian terhadap dirinya.
Lagipun siapa aje tak marah? Penat-penat mengejar cinta tapi orang lain yang dapat meraih cinta lelaki itu. Lucu, bukan?
"Jawab soalan aku. Aku tak rasa sekarang kau ni pekak, Rose. Aku tahu kau dengar." Sinis kata-katanya. Sungguh Rose terasa, Raudhah sudah berubah.
"Makcik aku yang paksa."
Tak lama itu, Raudhah melepaskan tawa halus. "Nampak sangat makcik kau tu cuba nak lepaskan tanggungjawab dia dengan jual kau dekat Ammar, kan? Kau tau tak selama ni, aku percaya dekat kau. Tapi apa kau buat dekat aku, kau rampas kebahagiaan aku."
"Aku tak rampas."
"Kalau kau tak rampas, Ammar takkan jatuh cinta dengan kau! Kalau sejak awal aku tak berkawan dengan kau, memang Ammar takkan kenal siapa kau!" Bentak Raudhah sehingga kedua bahu Rose terangkay.
"Raudhah..."
"Jangan panggil nama aku dengan mulut jijik kau. Dasar anak luar nikah." Bisik Raudhah begitu kejam. Kata-kata itu sudah mencarik kasar hati Rose Aralyn. Tidak semena-mena Rose mengalirkan air mata.
Raudhah tidak pernah sekejam ini dengannya.
"Selagi namanya keturunan anak luar nikah, memang dua kali lima dengan sikap arwah mak kau. Kaki goda!"
Lagi sekali! Rose menjatuhkan air mata yang begitu perit. Sakit! Tahu tak sakit!
"Sanggup kau kata macam ni dekat aku, Raudhah? Cuma disebabkan Ammar, kau hina aku. Yes, aku tahu aku anak yang tak ada status langsung. Sudahlah tak ada ibu, ayah pula aku tak kenal siapa. Aku lahir tanpa kenal siapa keluarga aku dan aku tak pernah rasa makna keluarga. Aku dengki setiap kali kau kata kau bahagia dengan keluarga kau. Tapi aku..."
"Aku ni hidup sendiri. Ada penjaga tapi dihina. Apa gunanya. Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri, Raudhah. Aku tak tahu silapnya mana. Aku tak pernah dekat dengan Ammar. Aku boleh bersumpah." Berkeras Rose mahu memperbaiki hubungannya dengan Raudhah. Dia tidak mahu hubungan itu diakhiri seperti ini hanya kerana seorang lelaki.
"Benda dah jadi. Aku lagi kecewa, Rose." Ujar Raudhah. Kali ini gilirannya meletakkan sudu dan garfu di atas meja. Tisu ditepi ditarik lalu mengesat sisa makanan di mulutnya.
Perlahan-lahan Raudhah mengangkat tubuh daripada terus menerus melabuhkan punggung di atas bangku. Beg tangan berjenama ditarik.
"Lepaskan Ammar."
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...