SUASANA bilik terasa janggal. Rose hanya mendiamkan diri di atas birai katil sambil memandang dirinya yang masih lagi mengenakan baju nikah. Siapakah dia sekarang ini? Dan dia milik siapa saat ini? Berkali-kali disoal kepada diri sendiri, dia tidak mampu mengungkap dengan kata-kata. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba.
"Rose." Sebaris nama diseru oleh suara garau yang menyapa sistem pendengarannya. Rose angkat wajahnya sendiri untuk melihat wajah di hadapannya kini. Wajah yang pernah menjadi idaman rakannya, Raudhah.
"Kenapa?" Halus. Nada suara lelaki itu kedengaran begitu lembut membuatkan Rose tidak mampu mengatakan apa-apa. Tertanya kepada diri sendiri, adakah dia merampas kebahagiaan yang Raudhah inginkan?
"Kenapa I, kenapa you nak kahwin dengan I sedangkan lebih ramai perempuan yang boleh you jadikan isteri?" Soal Rose. Lama dia merenung wajah tampan itu. Kini dia berasa bersalah terhadap Raudhah yang sudah menyimpan perasaan kepada Ammar.
Memang benar dia tidak mengenali siapa Ammar. Tetapi apabila mendengar pengakuan Raudhah sendiri. Dia sedar suaminya yang sekarang adalah lelaki yang disukai oleh teman baiknya.
Ammar Ukail.
"Sebab saya cintakan awak."
"I tak cintakan you, Raudhah yang cintakan you." Laju Rose membidas ayat itu. Cuba membetulkan kenyataan bahawa Ammar dah tersalah pilih. Bukan dia yang sepatutnya dijadikan isteri, tapi Raudhah. Raudhah baik akhlaknya, Raudhah lahir dari keluarga yang baik dan berada. Jauh beza dengannya yang masih jahil dan juga terlahir dari keluarga yang tidak tahu statusnya.
"Saya cintakan Rose Aralyn. Bukannya Raudhah." Ammar menekankan semula ayatnya.
"I dah kata I tak cintakan you. You nak paksa perasaan I?" Rose membentak. Kerana emosi yang tidak mampu lagi dikawal, dia sudah kehilangan kawalan. Dia memandang Ammar dengan air mata yang sudah bertakung.
"Saya tak paksa."
"Habistu, you hasut perempuan tak guna tu supaya dia bagi I kahwin dengan you?! You memang gila, Ammar." Kepala digeleng tidak suka. Dari dulu dia memang tidak suka perkahwinan yang diatur. Apatah lagi kerana manfaat diri.
Rose tahu Ammar dari keluarga berada. Dan disebabkan keluarga juga bukanlah keluarga yang terdiri daripada keluarga yang harmoni. Ammar hanya dipergunakan. Cuma dipergunakan kerana harta yang ada pada lelaki itu.
"Bila masa saya hasut?" Dahi Ammar berkerut. Malam pertama mereka disatukan, Rose dah bertindak seperti ini.
"Masih belum terlambat, Ammar. Kalau you nak lepaskan I, lepaskan. You boleh kahwin dengan Raudhah sebab Raudhah yang dah lama jatuh hati dengan you."
"Kita baru nikah, Rose. Awak dah minta saya lepaskan awak? No, takkan terjadi. Saya takkan lepaskan awak." Ammar kekal dengan pendiriannya. Kerana cinta, dia sanggup pertahankan walaupun Rose cuba menolak.
"Jangan seksa I, Ammar. I tak suka you!"
"It's okay if you don't love me. But please bagi saya masa untuk dapatkan hati awak, Rose." Kata Ammar. Dia cuba untuk memajukan langkahnya. Dekat dengan Rose.
"You tau I suka siapa kan?" Rose pandang Ammar dengan teliti.
Saat itu, Ammar terdiam. Iris matanya menatap dalam ke arah anak mata Rose yang indah. Mana mungkin dia tidak tahu siapa yang kini bertakhta dalam hati isterinya melainkan Hannan Anaqi, rakan baiknya sendiri.
"I suka Hannan."
"SUDAH-sudahlah tu, Raudhah." Kata Ilyana saat melihat Raudhah tidak berhenti mengalirkan air mata. Sakitnya terasa apabila kawan sendiri berkahwin dengan lelaki yang selama ini dikejar. Ammar memang langsung tidak memandangnya.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]
Romance𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berl...