BAB 8

237 14 0
                                    

"I nak tidur dekat sofa," Kata Rose buatkan Ammar terkedu. Terkebil-kebil mata itu memandang isterinya yang sudah siap memeluk bantal dan juga selimut kecil.

"Bilik ni ada katil, kenapa awak nak tidur atas sofa?" Dahi Ammar berkerut. Hairan sebab sebelum ini Rose elok aje tidur bersebelahan dengannya.

"Hm.." Rose teguk air liur kelat. Otak berusaha mencari alasan. Disebabkan malu, dia sanggup berbaring di atas sofa walaupun tubuh badan itu terasa sakit dan ngeri.

"I lebih selesa tidur dekat sofa. Kalau I tidur dekat katil tu, I rasa space untuk I langsung tak cukup, badan you terlalu besar," Ujar Rose tak berlapik.

Terpegun Ammar mendengar, laju-laju pandangannya beralih melihat tubuh sendiri. Besar? Katil itu pun dah cukup besar, lagi banyak ruang untuk mereka berdua. Takkan itu je alasan Rose?

"Tak payah tipu saya, Rose. Katil ni dah cukup besar dan dah cukup mahal saya beli untuk kita dua. Lagi satu, badan awak kecil je pun. Siap kiri kanan bantal pun boleh selit lagi."

"Terserah you nak percaya atau tak, tapi yang pasti I tak nak tidur atas katil tu. Kalau you nak kuasai katil itu, it's okay. You memang patut pun kuasai katil tu sebab itu katil you," Selamba Rose melepaskan tutur katanya. Riak wajah begitu tenang walaupun jauh di sudut hati sudah pelbagai perasaan terasa.

Tidak lama itu, Ammar menganggukkan kepalanya. Tanpa mengeluarkan sebarang kata, Ammar melabuhkan punggung di atas katil. Manakala Rose pula terpaku melihat reaksi Ammar, tak marah ke?

"Jangan bising kalau badan awak sakit,"

"Badan I bukannya lemah macam cacing. I boleh jaga diri I.." Lagak Rose bersungguh-sungguh. Setapak demi setapak kaki itu maju ke arah sofa yang sudah tersusun rapi di ruangan.

Bantal diletakkan di atas sofa sebelum dia melabuhkan pula tubuhnya di atas sofa itu. Mata cuba dilelapkan.

'Tak apa, Rose. Kali ni je kau buat dia geram dengan kau.' Gumam Rose sendirian. Memang ini tujuannya, tujuannya untuk bercerai dengan Ammar. Selagi Ammar tak melafazkan talak, selagi itu dia takkan dapat lari kemana-mana.

BUKA sahaja mata, Rose mendiamkan diri buat seketika. Ekor mata mula mengelilingi kawasan dengan penuh tanda tanya. Ditarik selimut tebal sehingga paras dada sambil melihat penampilan sendiri. Fuh nasib masih berbaju.

"Kenapa I dekat sini?" Tanya Rose sambil mengerutkan dahi. Tajam pandangannya tertumpu ke arah Ammar yang baru sahaja selesai mandi.

"Awak yang datang pada saya, Rose."

"Jangan menipu, Ammar!" Tegas gadis itu. Bibir dikemam rapat, disebabkan penat lelah untuk projek butiknya yang akan datang. Segala tenaga hilang entah kemana, berjalan dalam tidur pun tak sedar langsung.

"Fikir-fikirlah sendiri." Ujar Ammar selamba. Tanpa menghiraukan pandangan Rose, lelaki itu mengatur langkah mengambil baju tshirt di dalam almari. Disarungkan pada tubuh tegap itu. Bersiap untuk menunaikan solat subuh.

"Alang-alang awak dah bangun tu, pergi ambil wuduk."

Rose terdiam. Air liur ditelan berkali-kali. Ammar nak ajak dia sembahyang?

"Kenapa?"

"Sekarang dah masuk waktu subuh,"

"Awak nak ajak saya solat dengan awak?" Tanya Rose sambil menatap wajah tampan itu. Entahlah kenapa setelah berkali-kali dia menatap wajah itu, Ammar semakin kacak. Tak hairan kenapa Raudhah suka dengan Ammar yang sudah mengenali lelaki itu bertahun-tahun.

"Habistu?"

Rose teguk air liur. Solat?

"Tak apalah, saya tengah cuti. Jadi tak boleh." Bohong Rose dengan gelengan kepala. Sepanjang hidup di muka bumi ini, dia tidak tahu langsung apa erti agama. Sedangkan orang lain mengagung-agungkan agama tetapi Rose?

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now