BAB 6

278 13 0
                                    

ALUNAN merdu ayat suci Al-Quran menerpa dalam sistem pendengarannya, pantas saja Rose mengalihkan pandangan itu, sosok yang dikenali jelas sedang duduk bersujud di atas sejadah yang tebal itu. Siapalagi kalau bukan suaminya, Ammar Ukail.

Tetapi buat apa Ammar sembahyang walau hari di luar masih gelap. Bahkan bunyi azan subuh berkumandang pun belum ada.

Selang beberapa minit kemudian, setelah Ammar selesai memberikan salam terakhir, Rose cuba bangkit dari perbaringan. Sudahnya pundi kencing terasa sakit apabila ditahan sejak tadi.

Krek..

Tak kena masanya, bunyi katil bergerak buatkan Ammar memaling wajah. Pergerakan Rose terhenti tatkala Ammar memandangnya dengan wajah tanpa riak. Lebih menyedihkan, gaya Rose seperti gaya seorang pencuri. Gila?! Ya! Gila sangat.

"Apa awak buat?" Tegur Ammar sambil memandang isterinya. Bingung.

Rose berjengket seperti sedang mencuri. Ammar menahan tawa melihat tingkah isterinya yang kelihatan comel. Apatah lagi dengan mata membulat kerana terkejut.

"I-I.."

"Apa dia, sejak bila isteri saya ni gagap?" Ammar setia memandang Rose. Laju-laju Rose cuba membetulkan posisi duduknya. Haih, tak senonoh langsung!

"I tak gagap!" Lantang Rose kerana geram.

"Habistu, cakap betul-betul." Ammar kekal memandang Rose. Boleh nampak Ammar sedang manahan tawa.

"I.. I nak pergi toilet!" Jeritnya. Dia melompat turun dari katil lalu berlari keluar dari bilik itu. Namun belum sempat Rose jejak kaki keluar, kaki tiba-tiba tersadung sehinggalah..

Bruk!

"Ya Allah, sayang!" Jerit Ammar bila tubuh Rose tiba-tiba rebah.

"Aduh.." Rose mengerang kesakitan sambil menyentuh buku lalinya. Alahai, dia pun satu berlari macam budak kecil! Tak semena-mena sendiri kena padahnya!

"Awak nak lari kemana juga? Tak lari toilet tu." Langkah disusun mendekati tubuh Rose.

"Tepilah." Bibir dicebik geram. Berkerut dahi Rose menahan rasa perit pada pergelangan kakinya.

Walau dilarang oleh Rose, Ammar tetap dengan pendiriannya. Tanpa aba-aba, tubuh isterinya dicempung membuatkan si gadis tergamam. Mata membulat disebabkan terkejut dengan tingkah spontan suaminya.

"Turunkan I!" Dia meronta minta diturunkan. Tetapi rontaan demi rontaan yang dilakukan Rose tetap tidak diendahkan oleh Ammar.

Perlahan-lahan Ammar menjatuhkan tubuh kecil isterinya di atas katil. Belakang tubuh Rose bersandar di kepala katil sambil kaki melunjur ke hadapan.

"Kejap." Ammar menyusun langkah ke sesuatu tempat. Selang satu minit, dia muncul bersama kotak first aid di tangan. Rose bungkam, entah mengapa dia tidak dapat mengeluarkan kata-kata untuk menghalang suaminya.

"Mari sini kaki." Tanpa ragu-ragu tapak tangan yang besar itu menyentuh pergelangan kakinya.

"Tak payah, lagipun tak sakit. I boleh rawat diri I sendiri." Rose cuba menepis tangan Ammar.

"Macam mana awak nak rawat diri sendiri sedangkan awak tak pandai jaga diri? Itulah, lompat-lompat lagi macam katak, ingat badan tu dah kebal sangat ke?" Bunyi seperti menyindir tetapi Rose tahu Ammar mengambil berat tentangnya.

"Ammar.."

"Sshhh, diam. Lebih banyak awak cakap, makin sakit jadinya." Tegas Ammar. Tidak semena-mena Rose terdiam. Boleh tahan garang juga si Ammar Ukail ni.

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT]Where stories live. Discover now