Prologue

572 13 4
                                    

"Haih.. mana diorang ni? Dah pukul berapa dah.." Aku mengeluh sendirian di depan pagar Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menunggu keluargaku yang lain untuk sampai.

Hari ini 2 jun 2024 adalah Hari Ulang Tahun Tentera Udara atau singkatannya HUT UDARA yang ke-66. Pangkalan Tentera Udara Kuantan menjemput orang awam hadir untuk bersama-sama memeriahkan ulang tahun tentera ini. Aku sangat berminat dengan semua yang melibatkan tentera. Aku pernah cuba mohon untuk menjadi seorang tentera tapi apa kan daya.. aku gagal untuk melepasi pemilihan akhir di bahagian medical. Jadi.. aku hanya mampu mengaguminya sendirian sahaja.

Awal pagi lagi aku dah sampai di depan pagar Pangkalan Udara Kuantan ini. Excited! Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di Pangkalan Udara Kuantan ini. Tempat yang aku sangat ternanti-nanti untuk pergi! Yelah.. HUT UDARA ni cuma diraikan 2 tahun sekali sahaja dan 2 tahun lepas aku tak dapat datang kesini. Frust tau! Tahun ni pula aku berpeluang sampai ke sini! Mestilah excited!

"Farah!" Aku terperanjat mendengar jeritan ibuku di belakang. Aku menoleh..

"Ibu.. janganlah jerit-jerit. Orang tengoklah.. habis semua orang tahu nama kita." Aku tersengih kekok kearah orang-orang yang melihat kami. "Takde siapa pun nak tengok kau lah. Dah jomlah." Balasan dari ibuku. Aku mengeluh perlahan.

"Mokde! Sini-sini!" Aku dengar suara anak buahku yang berumur 4 tahun itu memanggil. "Okay kakak.. kejap! Mokde datang ni." Aku terus berlari ke arah anak buahku, Ayra. Aku gomol pipi Ayra. Comel betul! Mulutnya tak berhenti mengomel. Petah betul bercakap.

"Mokde! Ada kapal terbang lah! Tengok tu.." Jari kecilnya menunjuk ke arah jet yang sedang beraksi di atas langit itu sambil mulutnya mengikut muncung ke depan. Aku yang melihat itu tergelak kecil. "Itu bukan kapal terbang lah kakak. Itu jet tempur. Nama jet tu Sukhoi Su-30MKM. Kakak tak faham sekarang tapi nanti kakak dah besar.. kakak mesti faham. Tapi.. kalau kakak minat lah." Aku mengulum senyum ke arah Ayra. "Kakak fahamlah mokde! Tu jet.. apa eh.." Dapat kulihat wajah Ayra yang seperti sedang mengingat semula sambil jarinya mengetuk hujung bibirnya. Aku tersenyum melihat telatahnya.

Aku melihat keluargaku fokus menonton pertunjukan jet tempur itu. Aku melihat ke arah sebelah kiriku. Aku melihat seorang tentera memakai full suit yang bertutup dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki dan memegang senjata. Aku rasa senjata yang anggota tentera itu pegang ialah Colt M16. Aku pun tidak pasti. Biasanya yang berpakaian begini mesti komando. Tapi ini udara.. jadi mesti Pasukan Khas Udara atau singkatannya PASKAU. Oh ya! Aku tahu slogan Pasukan Khas ini iaitu CEPAT, SENYAP dan PASTI. Hehe.. aku terlalu minat, jadi aku research lah serba sedikit tentang mereka. Aku sungguh tertarik dengan tentera yang berpakaian begitu. Tak kesah lah udara ke laut ke darat ke.. semua aku suka tengok. Nampak handsome!

Aku pun terus mendekati anggota tentera itu untuk mengambil gambar bersama. "Encik.. boleh tak kalau saya nak ambik selfie dengan encik?" Aku menegurnya. "Eh! Boleh-boleh.." Anggota tentera itu masukkan dirinya ke dalam kamera telefonku. Cukup dua gambar aku ambil dengannya, aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Anggota itu hanya mengangguk sekali.. tanda sama-sama mungkin? Dan mataku beralih ke tanda namanya. Izham. Ya, itu namanya.

Aku berlalu dan terus pergi ke bahagian keluarga berada. Aku nampak ibuku membentang tikar untuk berehat berhampiran dengan pameran-pameran. Ya.. sebab situ je bahagian redup. Maklumlah tengah-tengah panas macam ni. Lagi pula ibuku sudah sedikit berumur, tak larat. Tapi ibuku memang berminat juga dengan aset-aset tentera ni. Sebab itu dia setuju untuk ikut aku tengok semua ini. Dapat kulihat Ayra seperti hendak tidur di pangkuan ibunya iaitu kakakku. Penat sangat agaknya.

"Penat sangat eh kak budak ni?" Aku menegur kakakku sambil tanganku mengusap kepala Ayra. "Aah.. bising je dari tadi mulutnya lepastu tak tahu duduk diam." Aku hanya mengangguk.

Sekejap-sekejap aku pergi ke bahagian pameran jet untuk mengambil gambar. Sungguh aku kagum dengan Tentera Udara Malaysia dan aset-aset mereka. Dapat aku lihat depan mataku ini adalah aset mereka yang sangat canggih. Sikorsky S-61A-4 Nuri, CASA CN-235, Aermacchi MB-339 dan akhir sekali pesawat tempur yang paling aku minat iaitu Sukhoi Su-30MKM.

Aku ada buat research sikit pasal pesawat-pesawat ni semua. Jadi, aku nak share sikit kat sini.

Aku mulakan dengan Sikorsky S-61A-4 Nuri atau Helikopter Nuri. Helikopter Nuri ini mula digunakan pada tahun 1961 akan tetapi Helikopter Nuri ini juga telah berhenti diguna pakai pada 7 Januari 2020. Tidak berhenti disitu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat penambahbaikan untuk Helikopter Nuri ini dan diberi nama SH-3 Sea King. Jadi, kita panggil pesawat ni SH-3 Sea King sekarang. By the way, SH-3 Sea King yang baru ni pun ditunjukkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa pertunjukan udara tadi tau! Okay sambung.. SH-3 Sea King ialah helikopter utiliti dan unit mencari dan menyelamat (SAR) yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Helikopter Nuri atau dikenali sebagai SH-3 King pada masa kini ianya memiliki enjin berkembar dan pelbagai guna.

Aku teruskan dengan CASA CN-235. CASA/IPTN Penerbangan sulung CASA CN-235 ini pada 11 November 1983 dan diperkenalkan pada 1 Mac 1988. CN-235 adalah sebuah pesawat berenjin turbin bebaling jarak sederhana yang dibangunkan secara bersama oleh CASA dari Sepanyol dan IPTN dari Indonesia sebagai sebuah pesawat pengangkut tentera dan penumpang. Antara peranan ketenteraan yang boleh dilaksanakan oleh pesawat ini adalah rondaan maritim, pengawasan dan mengangkut anggota tentea. Pengguna terbesarnya adalah Tentera Udara Turki yang mana memiliki sejumlah 61 buah pesawat ini.

Next, Aermacchi MB-339. Penerbangan sulung Aermacchi MB-339 ini pada 12 Ogos 1976 dan dikeluarkan pada tahun 1978 sehingga kini. Aermacchi MB-339 merupakan sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat MB-326.

Yang akhir sekali ni aku excited sebab jet tempur favourite aku. Sukhoi Su-30MKM. Sukhoi Su-30 mula diperkenalkan pada 18 Jun 2007. Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Sukhoi Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-12, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut Terengganu.

"Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Pertunjukan Akhir sebelum kita menutup majlis.. kita mempersembahkan PASUKAN KHAS UDARA untuk beraksi!!" Aku terkejut mendengar pengunguman mengejut dari juruacara dan aku pun terus menumpukan perhatian untuk menyaksikan anggota PASKAU beraksi. Aku merakam pertunjukan itu. Aku seolah-seolah mengenali sosok seseorang yang ikut serta pertunjukkan itu. Ya! Aku tertarik dengannya! Tapi.. aku mengabaikan perasaan yang aku rasakan itu. Takut-takut kalau jejaka itu sebenarnya suami orang kan? Siapa tahu? Sebaiknya elak.

Usai pertunjukan PASKAU itu, aku meneliti jam di pergelangan tanganku. Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang. Aku mengajak ibuku untuk pulang. "Ibu, dah habis ni. Jom balik." Aku menarik tangan ibuku untuk membantunya bangun.

"Okay.. dah jom-jom." Aku, kakakku dan ibuku terus mengemas bahagian yang kami duduk itu dan melipat tikar yang kami bentang tadi untuk pulang ke rumah..

Suatu hari.. aku pasti datang lagi!

UsWhere stories live. Discover now