Setelah selesai bersiap Nashwa keluar dari biliknya, buka sahaja pintu kelihatan ada Tuan Adyan yang sedang menghirup coffee di dapur. Biliknya dan dapur tidaklah jauh mana jadi bolehlah nampak. Dia kemudian mendekati Tuan Adyan.
"Awal pulak Tuan turun harini, Tuan nak makan apa breakfast ni? Saya masakkan sekarang." Dia berdiri sebelah Tuan Adyan.
Adyan memandang sekilas lengan Nashwa yang berbalut itu.
"Tak payah. Harini aku bagi kau cuti." Ujar Tuan Adyan tanpa melihat kearahnya.
"Huh? Tapi saya dah bersiap..takpelah saya boleh kerja Tuan jangan risau."
"Aku cakap tak payah. Aku bagi kau cuti harini." Ujarnya lagi sebelum dia menghirup air coffee yang tersisa itu sampai habis.
"Tapi Tua-"
"Eh kau ni degil kan? Boleh tak kalau kau dengar cakap aku? Aku cakap harini kau cuti jadi cuti jelah apa masalah kau ni? Orang lain bukan main seronok dapat cuti engkau taknak pulak siap tolak lagi. Tangan tu dah macamtu nak kerja lagi? Kang kalau tengah angkat jug air panas tangan tu tak kuat tertumpah dah melecur pulak satu hal. Fikir boleh tak Nashwa?" Bebel Adyan panjang lebar, Nashwa yang mendengar itu hanya menahan telinga,mula dah orang tua ni,siapa suruh degil sangat.
"Ye okay okay. Tapi nanti Puan Arissa macam mana? Dia nak makan apa? Rumah ni siapa nak kemas?" Soal Nashwa.
"Kau faham tak makna cuti ni perempuan? Aku cakap cuti kan apa yang tak faham bahasa sangat kau ni eii karang ada juga yang aku lempang kang." Balas Adyan geram. Dari tadi dia hanya tenang sahaja datang si Nashwa ni menambah stress.
"Ye baik Tuan saya minta maaf." Nashwa menunduk kebawah. Pandang lantai jelah dari pandang orang tua bengis tu. Period ke? Garang betul harini.
"Err Tuan?"
"Hm."
"Kalau hari saya cuti boleh tak saya keluar?" Nashwa angkat wajah kembali, dia kemudian menyoal dengan harapan bahawa dia boleh keluar rumah pada hari dia cuti, yelah kalau cuti tapi duduk rumah je mestilah bosan.
"Hm."
"Boleh ke tak?" Soal Nashwa lagi. Tak habis-habis balas 'hm' tak reti nak balas betul-betul ke?
"Ye boleh Nashwa." Balas Adyan malas.
"Yes!" Nashwa senyum suka. Kalau macamtu dia nak call Megat Danial lah nanti, ajak keluar.
"Suka? Nak keluar pergi mana? Keluar dengan 2 ekor jantan sotong tu ke?" Soal Adyan sinis.
"Jantan sotong mana pulak?" Nashwa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tuan Adyan cakap pasal sapa ni?
"Jantan yang menggedik dekat video TikTok kau tu la siapa lagi." Sindir Adyan.
"T-tuan tahu ke account TikTok saya?" Soal Nashwa cuak. Macam mana pulak orang tua ni tahu dia ada account TikTok. Habislah nanti kena bahan dengan Tuan Adyan.
"Ye. Lalu fyp aku. Tak sangka kau ni kuat gelek eh? Nak bagi siapa tengok? Lelaki tengok? Sukalah bagi lelaki tengok kau gelek-gelek?" Adyan menjeling Nashwa yang berada disebelahnya.
"Mana ada saya gelek! 2 kembar sewel tu yang kuat gelek tau cakap saya pulak." Dia menjeling Adyan kembali.
"Apa-apa jelah. Aku tengok video kau semua dengan jantan total semua sekali 5 jantan selalu ada dalam video kau. Berapa banyak jantan kau ada ni?"
"Itu semua sahabat saya dari kecil lah! Ishh Tuan ni."
Nashwa memeluk tubuhnya dan dipusingkan ke kiri."Ceh. Ingat comel ke buat macamtu? Ingat aku nak pujuk? Sorry to say lambat lagi." Adyan kemudian bangun dari kerusinya sebelum dia menarik bahu Nashwa menghadapnya.
YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...