BAB 1

297 8 0
                                    

Langkah kaki Leia dibawa ke persisiran pantai. Di situ, Leia menghirup udara yang segar setelah kian lama dia terlalu sibuk dengan urusan kerjanya. Suasana pagi di pantai itu sungguh mendamaikan hatinya yang lara serta fikirannya yang kusut dengan permintaan mamanya. Perbualan dua minggu lepas antaranya dan mama singgah ke memorinya.

"Mama nak Leia kahwin. Mama tak senang hatilah nak bagi Leia kerja jauh dari pandangan mama. Leia satu-satunya anak mama."

"Leia muda lagilah mama, lagipon nikah kahwin ni bukan perkara main-main. Leia nak kahwin sekali je seumur hidup. Orang balik ni bukan nak dengar mama bebelkan perkara yang sama je! Leia kahwin ke tak, sama je mama. Orang selama ni pon mama hantar belajar jauh dari mama walaupun masa tu Leia minta nak sambung dekat sini sebab tak nak jauh dari mama. Survive je lagi anak mama ni!" Balasan Leia dengan nada yang sebal membuatkan Puan Lailatul tersentak.

"Mama hantar Leia jauh nak suruh Leia belajar berdikari, esok lusa nanti kalau mama takde Leia tak bergantung harap dekat mama." Balas Puan Lailatul dengan nada yang perlahan.

"Selama ni pon orang berdikarilah mama. Tak perlu sampai nak kena kahwin bagai. Dahlah malas cakap pasal ni. Leia balik sini nak tenangkan fikiran, tapi ni macam tambah kusut dalam kepala je lagi." Leia membalas dan segera bangkit dari pembaringannya di atas sofa untuk naik ke biliknya.

Langkah yang diatur termati di anak tangga apabila suara mamanya mula memberi arahan mandotari.

"Mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama! By hook or by crook! No objection!"

Leia tidak membalas. Dia hanya menonong menuju ke biliknya. Pintu dihempas kuat tanda protes.

Itulah Puan Lailatul. Dari dulu, hidup Leia seakan diatur. Leia berani keluar dari negeri ini pon kerana mahu bebas. Bebas mencorak kehidupan yang dia mahukan. Bukan dia tidak mendapat panggilan interview di negeri Perak ini untuk bekerja selepas tamat belajar, tetapi mohon pon tidak. Manakan mahu terima panggilan. Sudah terbiasa hidup berjauhan dari mama. Jadi, di Kuala Lumpur lah Leia memberi alasan kepada mamanya untuk membina kerjaya. Mamanya sehingga kini, tidak tahu bahawa Leia membuka perniagaannya sendiri di Kuala Lumpur walaupun sudah hampir setahun kedainya beroperasi. Setelah graduate, Leia membuat keputusan untuk membuka perniagaan menjual bunga. Di mana dia menyediakan khidmat "flowers bouquet" di kedainya. Modal yang dia gunakan hasil dari duit simpanan arwah ayah untuknya.

Lamunannya tentang peristiwa dua minggu lepas bertebaran. Ombak halus menyapa hujung kakinya dan deruan ombak yang tenang membuatkannya mahu berhenti seketika memikirkan hal yang mengganggu fikirannya. Leia tidak mampu fokus dalam melakukan kerjanya. Daripada merosakkan tempahan orang awam, lebih baik dia ambil cuti sebelum kembali fokus dengan kehidupannya.

Sewaktu Leia sedang sibuk melayan angin pantai, jeritan seseorang bergempita. Langsung Leia melilau mencari dari arah mana suara itu datang. Di hujung sana, kelihatan seorang lelaki sedang terduduk sambil menepuk-nepuk dadanya. Leia hanya memerhati dari jauh kerana dia tidak mahu masuk campur.

"Excited sangat kot mamat tu." Leia bersuara sendiri bersama tawa halus.

Sedang Leia sibuk merakam suasana di pantai, jeritan itu sekali lagi kedengaran. Namun kali ini lebih lama dan kedengaran seperti sayu. Ibarat jeritan melepaskan beban yang telah lama mencengkam jiwa.

"Ish menganggu betullah. Aku turun pagi-pagi ni sebab nak kan suasan tenang-tenang." Rungut Leia sambil berlalu untuk mengambil sandal yang ditinggalkan.

Langkah Leia terkaku apabila melihat lelaki tersebut seperti kelemasan di hujung sana. Entah bila lelaki itu terjun ke laut pon Leia tidak pasti. Tanpa berlengah Leia berlari selaju yang mungkin untuk mendapatkan lelaki tersebut tanpa sempat dia mengambil sandalnya.

Setibanya di situ, Leia segera menarik lelaki itu untuk ke darat. Lelaki tersebut meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi Leia hanya pekakkan telinga sambil menarik lelaki tersebut untuk segera naik. Apabila berada di kawasan yang cetek, lelaki tersebut segera merungkai cengkaman tangan Leia di bahunya.

"Awak kalau ya pon nak bunuh diri, tunggu lah line clear. Saya tak nak jadi saksi. Tak sayang nyawa sekali pon jangan bunuh diri dengan mati lemas, susahkan orang nanti nak kena cari mayat hanyut." Leia bersuara dengan suaranya yang termengah-mengah sambil dia terduduk kepenatan di sisir pantai.

Ialah mana tak penat. Tarik orang yang jauh lebih besar dari kita dalam air, bertambah beratnya. Walaupun lelaki didepannya ni tidaklah besar mana, hanya berbadan tegap berbading badannya yang kecil, susah untuk Leia menyeimbangkan dirinya tadi di dalam air.

"Eh, mulut tu jangan nak main lepas cakap je." Dengus lelaki tersebut dan segera menyambar bajunya di atas pasir.

"Ada ke orang nak bunuh diri siap buka baju." Tambah lelaki tersebut sebelum berlalu.

Leia segera mengangkat pandangannya untuk membalas namun lelaki tersebut sudah berlalu sambil menyarung T-shirt nya. Dia tidak sedar pula lelaki itu tidak berbaju tadi.

"Sama-sama! Saya ikhlas tolong tadi!" Laung Leia sedikit kuat untuk memastikan suaranya sampai ke gegendang telinga lelaki tersebut.

Langkah kaki lelaki tersebut terhenti apabila terdengar jeritan itu. Dia segera berpaling ke arah Leia bersama jelingan dan kembali menyambung langkahnya.

Leia segera bangkit dan membersihkan bahagian punggung seluarnya yang disaluti pasir sebelum berlalu untuk mendapatkan sandal dan handphone yang ditinggal sewaktu kalut mahu menyelamatkan lelaki tadi.

"Dah kau meronta macam orang nak mati lemas tadi tu dah kenapa. Kalau tahu, patutnya kau buat bodoh je Leia oi tadi. Ni tak pasal-pasal kau juga yang basah." Rungut Leia sambil mengatur langkahnya.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now