BAB 3

90 6 0
                                    

Sedang sibuk dia menggubah bouquet flower yang ditempah oleh pelanggannya, deringan telefon yang minta diangkat sedikit mengganggunya. Leia terlupa untuk meletakkan telefonnya dalam 'silent mode'. Kebiasaanya dia suka 'silent' telefonnya kerana tidak mahu diganggu apabila dia sedang fokus melakukan sesuatu perkara.

Melihat nama yang tertera, malas-malas Leia mahu mengangkat telefonnya. Mesti tak lain tak bukan nak cakap pasal kahwin. Mamanya tidak habis-habis mendesaknya untuk suruh berkahwin. Apa? Ingat perempuan muda macam Leia ni tak boleh berdikari ke tanpa lelaki. Sekarang ini zaman perkahwinan yang dibina pun boleh roboh dalam sekelip mata walaupun berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Inikan pula nak suruh Leia kahwin dengan pilihan mama.

"Assalamualaikum. Leia sihat?" Ceria nada suara Puan Lailatul menyapa.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Leia sihat-sihat je mama." Balas Leia sambil kedua-dua tangannya sibuk menggubah bunga di hadapannya.

"Erm...hujung minggu ni Leia balik ya. Jenguk mama. Mama rindu dengan anak mama sorang ni."

"Leia pon rindukan mama. Tapi Leia tak boleh janji, kena tengok keadaan dulu. Kerja Leia dekat sini banyak sikit minggu ni. Nanti Leia bagitahu semula." Leia membalas. Sejujurnya Leia sebersalah apabila mamanya sendiri yang minta untuk dijenguk. Leia rasa gagal menjadi anak yang baik apabila mamanya yang perlu meminta bukan Leia yang mencari inisiatif untuk menjenguk mamanya. Sudah sebulan berlalu selepas peristiwa mamanya meminta dia untuk berkahwin sewaktu dia pulang melawat mama tempoh hari.

Sebulan. Dalam tempoh itu, hidup Leia yang tenang-tenang sahaja sebelum ini berubah selepas mendengar permintaan mama. Selama 25 tahun dia hidup, dia tidak pernah menolak permintaan mama. Mama minta dia duduk dengan nenek sewaktu dia tingkatan 4, dia ikut. Mama minta dia sambung belajar di Kuala Lumpur, dia ikut. Segala permintaan mama dia patuh, tidak bolehkah sekali ini sahaja dia ingkar permintaan mamanya.

"Bolehlah sayang. Balik ya jumpa mama." Puan Lailatul bersuara dengan nada penuh harapan.

"Ada apa-apa ke yang Leia perlu tahu? Bukan main bersungguh suruh Leia balik?" Soal Leia sekadar ingin cuba memancing mamanya membuka cerita. Ialah mana tidak pelik, dia ingatkan mamanya telefon nak bercakap soal permintaannya yang menyuruhnya berkahwin.

"Eh apa pula ke situ. Mama memang rindukan Leia. Mama nak jumpa Leia." Balas mama dengan nada berjauh hati.

Sebersalah pula Leia rasa. Ibarat dia menuduh mamanya. Walhal memang benar mamanya rindukan dia. Harapnya mamanya dah lupakan permintaannya itu. Dan Leia pon rasanya dan boleh melupakan permintaan mamanya. Mungkin mamanya tidak serius.

"Ala mama merajuk ke? Jangan merajuk dengan Leia. Nanti tiada siapa nak jadi tempat mengadu Leia." Balas Leia mahu memujuk hati.

"Okay mama tak merajuk. Tapi Leia kena baliklah hujung minggu ni." Balas Puan Lailatul.

Yang sebenarnya dia tidak merajuk pun dengan Leia. Saja mahu mengusik anaknya itu. Ialah dah lama tak bergurau sebegitu. Jadi rindu pula. Sekarang ni pula Leia dah duduk jauh dari dia. Hanya dua minggu sekali atau sebulan sekali sahaja dia dapat bertemu dengan anaknya apabila anaknya pulang ke rumahnya.

Puan Lailatul juga sedar kenapa anaknya menyoalnya sebegitu. Pasti anaknya risau dia akan bercakap perihal permintaannya tempoh hari. Namun ada rancangan yang telah dia aturkan untuk anaknya, Aleia Irdina. Semoga rancangannya dapat diterima oleh anaknya, pintanya dalam hati.

"Okaylah mama. Nanti Leia update balik macam mana. Leia kena tutup panggilan ni, ada kerja nak kena buat. Love you mama!" Leia menamatkan panggilan telefon kerana ada pelanggan sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Leia segera bangkit dari duduknya untuk menuju ke kaunter pembayaran kerana disitu pelanggannya sudah tertunngu-tunggu. Sempat juga dia menjengah ke ruangan kecil di tepi kaunter, takut-takut Ainur sedang berehat disitu  sebentar dan tidak sedar ada pelanggan yang sedang menunggu.

"Ish mana pula si Ainur ni pergi." Rungut Leia sambil melangkah segera ke kaunter.

"Ini saja ya encik." Sapa Leia sambil tangannya sibuk mengambil 'thank you card' di dalam laci. Pelanggannya hanya menunduk dari tadi melihat telefon pintar di tangan. Sibuk agaknya sehingga tidak menyahut pertanyaannya.

"Semuanya RM 15 ya encik." Kata Leia sambil tangannya sibuk membalut bunga mawar putih pelanggan tersebut.

"Eh Shah kan." Terkejut Leia apabila lelaki tersebut mengangkat mukanya untuk membuat pembayaran.

"Eh Aleia! Awak kerja dekat sini ke? Eh wait, Irdina's florist. So this shop belongs to you?" Soal Arshah dalam nada terkejut sambil tangan menyambut huluran tiga kuntum bunga mawar putih dari Leia yang telah siap dibalut.

"Yeah. It's mine." Balas Leia sambil tersenyum nipis. Malu pula dia di situ.

"Wow. Kira florist berjayalah ni." Ujar Arshah sambil mata melirik ke sekeliling kedai. Kagum.

"Eh, kedai saya biasa-biasa je. Tak sangka boleh terserempak dekat sini ya. Kecil je dunia." Balas Leia gembira.

Mana tidak gembira. Leia berharap sangat dia akan berjumpa lagi dengan si Shah ni. Hari ini takdir menemukan mereka. Rasanya benar, Leia sudah jatuh suka dengan lelaki ini gamaknya. Masakan Leia sudah jatuh cinta pandang pertama.

"Ni beli bunga untuk siapa?" Tambah Leia sekadar berbasa basi.

"For someone special." Ujar Arshah sambil melirik ke arah gadis yang baru saja berdiri di sisi Leia.

Balasan dari Shah membuat Leia terkedu. Namun segera dia mengetepikan perasaan tersebut. Tidak seharusnya perasaan itu hadir. Dia bukan ada apa-apa hubungan pun dengan si Shah. Dia tidak mahu jadi pengganggu hubungan orang lain. Tidak mahu jadi langau. Busuk perangai.

Tetapi macam terlalu yakin sahaja Leia menyatakan bunga tersebut dibeli untuk kekasih hatinya. Boleh sahaja jadi Shah membelinya untuk ibunya kan. Ibu juga merupakan orang yang istimewa dalam hati seorang anak.

"I see. So sweet of you. Terima kasih sudi singgah beli bunga di Irdina's florist." Balas Leia.

"Saya pergi dulu ya. Terima kasih." Balas Shah selepas selesai membuat pembayaran.

Leia hanya memerhati langkah Shah yang sudah berlalu keluar dari kedainnya. Dan Leia ingin terus berlalu untuk menyambung kerjanya tadi. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ainur.

"Siapa tadi tu weh?" Soal Ainur.

"Kawan aku." Balas Leia ringkas.

Suka hati Leia sahaja mengaku Shah itu kawannya. Padahal baru bertemu dua kali. Takpelah janji Ainur tidak tanya lebih-lebih. Dan Leia meneruskan langkah untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Single lagi tak kawan kau tu?" Soal Ainur menyibuk sambil membuntuti langkah Leia.

"Kau jangan macam-macam ek. Aku report kat boyfriend kau nanti!" Kata Leia gaya mengugut. Siap dinaikkan jarinya di hadapan mukaAinur. Mujur tak tercucuk muka anak dara orang.

Bukan dia tidak kenal dengan Si Ainur tu. Terlebih kenal. Dan dia percaya, Ainur itu hanya bergurau. Bukan ada niat untuk berkenalan pun. Ainur dan kekasihnya tu dah berkenalan lama. Sejak dari sekolah menengah lagi. Dan mereka juga ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang mereka tahun hadapan.

"Lebih baik kau tolong aku kat sini. Cepat sikit tempahan ni siap." Sambung Leia dan segera menyambung langkah ke suatu sudut yang menempatkan satu meja kecil untuknya menyiapkan tempahan bouquet dari pelanggannya. Lebih baik dia cepat-cepat siapkan tempahan pelanggannya. Boleh lah hujung minggu ni dia pulang jumpa mama. Tidak mahulah dia menghampakan mamanya.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now