BAB 24

108 10 0
                                    

Sebaik sahaja kaki Leia tiba di bilik rawatan mamanya. Doktor dan jururawat baru sahaja melangkah keluar.  Cepat-cepat Leia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan mendapatkan Puan Lailatul. Segala wayar ditubuh Puan Lailatul sudah dicabut.

Segera Leia mendakap tubuh Puan Lailatul yang sudah terkaku. Disitu Leia jatuhkan kepalanya.

"Mama, jangan tinggalkan Leia." Kata Leia bersama tangisan.

Ainur menghampiri dan menggosok lembut bahu kawannya itu. Dia juga merasa kehilangan itu. Namun kehilangan yang dirasai Leia melebihi segalanya.

"Leia tak boleh hidup tanpa mama." Sambung Leia.

"Mama bangunlah!" Jerit Leia sedikit kuat.

"Leia tiada siapa-siapa lagi." Tambah Leia. Sayu.

Makcik Ina dan Lisa yang masih setia di hospital semenjak tadi memandang sayu. Sedih melihat Leia begitu. Sudahlah anak tunggal si Leia itu. Sudah pasti dia sangat manja.

"Mama tak boleh tinggalkan Leia!" Tambahnya lagi.

Tidak betah melihat keadaan itu, Shah menghampiri Leia. Ainur segera beralih untuk memberi ruang buat Shah.

"Leia." Tegur Shah yang sudah menggantikan tempat Ainur tadi.

Shah cuba menarik Leia untuk bangkit. Namun keras Leia melawan. Tidak mahu bangun. Menepis tangan Shah yang cuba menariknya.

"Jangan macam ni Leia!" Keras suara Shah yang masih mencuba menarik Leia dari terus hanyut melayan perasaanya.

Makin kuat rontaan Leia menepis tangan Shah yang masih setia mencuba menariknya.

"Leia! Tolonglah! Jangan macam ni." Kata Shah sedikit keras dan segera menarik Leia ke dalam dakapannya.

Rontaan Leia tidak dihiraukan. Kemas pelukannya sambil tangan mengusap belakang badan Leia. Mulutnya tidak henti-henti menenangkan Leia.

"Shh...saya ada. Saya ada." Kata Shah. Lembut.

"Mama, Shah. Mama...mama..." Suara Leia tenggelam timbul sebelum pandangannya kelam. Sempat dia mendengar suara Shah memanggilnya dan tamparan halus dirasai di pipinya sebelum dia hilang dalam dunianya.

Kepalanya sedikit pusing sebaik sedar dari lenanya. Mimpikah dia tadi. Namun apabila dia melihat tangan kirinya dicucuk jarum, sedarlah dia yang sekarang Leia berada di hospital. Matanya melirik ke arah Ainur yang setia duduk di kerusi di tepi katil itu.

"Mana semua orang?" Soal Leia. Perlahan.

Ainur yang menunduk sedari tadi segera mengangkat kepalanya apabila mendengar Leia menegurnya.

"Alhamdulillah kau dah sedar. Kau okay?" Soal Ainur. Kalut. Segera dia menggenggam jari Leia. Risau.

"Mama aku mana Nur? Shah?" Soal Leia. Lemah.

"Kau kena banyak berehat Leia." Jawab Ainur. Sebersalah dibuatnya.

"Nur aku tanya mama aku mana! Mama aku ada lagi kan. Aku mimpi je kan." Kata Leia. Geram pula Ainur tak menjawab soalannya.

"Leia. Kau kena banyak bersabar." Kata Ainur perlahan. Air matanya diseka. Genggaman tangannya dikemaskan.

"Shah! Shah! Mama mana?" Jerit Leia kuat.

Kalau Ainur tidak mahu menjawab soalannya. Lebih baik dia panggil lelaki itu walaupun bayang lelaki itu tidak kelihat di bilik yang menempatkannya sekarang.

"Leia. Jangan macam ni." Pujuk Ainur. Kalut. Segera dia bangkit untuk duduk di atas katil milik Leia, supaya lebih dekat dengan kawannya itu.

"Kalau kau tak nak jawab soalan aku, kau panggilkan Shah untuk aku." Kata Leia.

"Shah takde. Dia sedang uruskan pengebumian mama kau." Jawab Ainur perlahan.

Air mata Leia yang sedari tadi ditahan, mengalir di pipi. Pantas dia menyeka air matanya sebelum tangannya yang bebas itu mencabut jarum ditangan. Leia segera bangkit dari katil dan sedia mahu turun, namun di halang Ainur.

"Kau nak pergi mana?" Soal Ainur.

Namun Leia menghiraukan pertanyaan Ainur. Segera dia menepis tangan Ainur dan berjalan menuju ke pintu biliknya.

"Kau nak pergi mana ni?." Soal Ainur yang sudah berjaya menghalang langkah Leia dari pergi.

"Aku nak tengok mama aku Nur." Kata Leia.

"Tapi kau kena rehat dulu Leia. Kau..." Kata-kata Ainur terhenti apabila dipotong Leia.

"Tolonglah faham aku Nur. Aku nak tengok mama aku." Kata Leia.

"Sekurang-kurangnya aku nak hantar mama aku ke rumah abadinya." Tutur Leia lemah. Sebelah tangannya memaut daun pintu manakala tangan satu lagi mencengkam dada sendiri. Untuk mengurangkan rasa sebaknya.

"Tapi Shah suruh kau rehat. Dia akan uruskan semuanya." Kata Ainur. Sebersalah dibuatnya. Dia faham perasaan Leia. Namun, Leia juga perlu rehat.

"Kalau kau taknak hantar aku, aku pergi sendiri naik grab." Kata Leia dan dia telah sedia melangkah keluar dari bilik tersebut.

Panjang langkah Ainur mengejar bagi menyaingi langkah Leia yang laju. Tangan Leia dicapai dan digenggam erat sebelum dibawa kawannya itu menghampiri kereta. Dan malam itu Ainur membawa Leia ke kubur.

Sebelum Leia melangkah keluar dari kereta sempat di tahan tangan Leia. Ainur mengambil selendang miliknya yang sentiasa ditinggalkan di dalam keretanya. Dihulurkan selendang tersebut kepada Leia.

Leia segera mengambil huluran tersebut dan dililit di kepalanya dan bersedia untuk melangkah turun. Namun sekali lagi ditahan Ainur. Leia berpaling dan mengangkat keningnya sebagai isyarat menyoal.

"Aku faham perasaan kau Leia. Tapi kau kena kawal emosi kau. Jangan jadi macam tadi. Aku akan selalu ada dengan kau." Kata Ainur sambil mengusap lembut jemari Leia. Air mata Leia yang mengalir juga turut diseka lembut oleh Ainur sebelum mereka melangkah turun memasuki perkarangan kubur.

Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan kubur Puan Lailatul yang telah dikelilingi oleh ramai orang, tangan Leia ditarik lembut oleh makcik Ina. Leia memeluk kemas makcik Ina. Sempat Leia menyaksikan mamanya dibawa turun ke liang lahad. Orang-orang masjid ramai membantu. Shah juga antara orang yang turut turun bagi meletakkan jasad Puan Lailatul ke dalam situ.

Sempat Shah melirik lembut ke arah Leia yang masih setia dalam pelukan makcik Ina sebelum dia mula kambus kembali tanah disitu. Dan bacaan doa tahlil ringkas turut dibaca. Setelah selesai, orang-orang masjid mula beransur pergi. Hanya tinggal Leia, makcik Ina, Lisa, Ainur dan Shah.

"Maaf saya tak dapat halang Leia. Dia berkeras nak pergi." Kata Ainur perlahan kepada Shah.

Shah hanya menggangguk mengerti. Sudah dia duga kejadian itu akan berlaku sekiranya Leia sedar.

Hampir 20 minit disitu, tiada tanda-tanda Leia mahu pulang. Makcik Ina dan Lisa sudah beransur pulang apabila disuruh Leia. Katanya Leia nak duduk di pusara mamanya sebentar. Hujan renyai mula turun. Mujur sahaja pengebumian Puan Lailatul sudah selesai. Dari renyai, tiba-tiba lebat. Leia masih duduk disitu mengusap tanah yang masih merah.

Ainur awal-awal lagi sudah diminta untuk tunggu di kereta oleh Shah ketika hujan renyai mula turun. Kata Shah biar dia pujuk Leia.

"Jom." Kata Shah sambil menarik lembut bahu isterinya itu.

Punyalah degil si Leia. Dia keraskan badannya.

"Mama mesti sedih tengok awak macam ni Leia." Kata Shah sedikit kuat. Melawan bunyi hujan yang turun.

Air mata yang mengalir bersama hujan membasahi pipi itu, diruap kasar oleh Leia sebelum bangkit mengikut langkah Shah. Tangan Shah masih setia menggenggam tangannya. Dia harap tangan itu akan sentiasa ada untuk memberinya kekuatan.

Hari ini terlalu panjang Leia rasakan. Walau berat hatinya ingin meninggalkan pusara mamanya, namun digagahkan juga kakinya melangkah kerana sudah lewat malam. Esok dia harus bersedia untuk membuat majlis tahlil untuk arwah mamanya. Jadi dia harus pulang untuk berehat.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now