BAB 26

39 4 0
                                    

Hujung minggu itu telah tiba, maka hari ini Leia dan Shah akan kembali semula ke Kuala Lumpur. Sudah 2 hari Shah terpaksa menggunakan emergency leave nya. Maka hari ini mereka perlu pulang, kerana esoknya Shah akan kembali dengan tugasnya. Ainur awal lagi sudah pulang ke Kuala Lumpur.

"Dah siap?" Soal Shah apabila melihat bayang Leia yang sedang turun menuju ke arah tempatnya menunggu. Dikerling tangan Leia yang kosong, yang hanya adalah beg tangannya sahaja.

Bukan main lama Leia duduk di atas, dengan alasan mahu mengemas bajunya. Fikir Shah, adalah pakaian Leia yang mahu di bawa ke Kuala Lumpur. Tetapi tiada pula. Atau Leia sengaja tinggal di atas untuk menyuruh Shah membawa turun.

Leia sekadar mengangguk. Malas-malas kakinya melangkah ke arah Shah. Duduk dilabuhkan di sofa berhadapan dengan Shah.

"Ni je ke?" Soal Shah lagi. Inginkan kepastian.

Sekali lagi hanya anggukan yang di balas oleh Leia.

Semenjak malam setelah selesai majlis tahlil arwah mamanya lagi Leia banyak mendiamkan dirinya. Dia hanya bersuara apabila disoal dan apabila dia rasa dia perlu bercakap dengan Shah sahaja. Namun dia masih sedar tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Boleh tak kalau..." tidak sempat bicaranya dihabiskan, kata-katanya sudah dipotoh oleh Shah.

"Tak boleh Leia. Saya jauh nanti dari awak. Susah kalau apa-apa jadi." Balas Shah. Sudah tahu apa yang mahu disampaikan oleh Leia.

Malam tadi, Leia ada usulkan yang dia mahu tinggal di sini lagi seminggu. Tidak mengapa kalau tiada Shah disisi. Dia boleh menjaga dirinya sendiri. Namun, malam tadi juga dia sudah berbincang secara baik dengan Leia. Fikirnya, Leia tidak akan mengusulkan kembali permintaanya.

"Alah, kan makcik Ina dengan Lisa ada kat sebelah ni. Apa-apa jadi saya jerit je lah." Balas Leia. Masih cuba memujuk.

Dia mahu tinggal disini buat beberapa hari kerana banyak memori yang dia hilang sepanjang dia meninggalkan rumah ini. Walaupun memori tersebut tidak akan kembali muncul semula, sekurang-kurangnya dia mahu merasa bayang keakraban keluarga mereka suatu ketika dahulu.

Shah menghembuskan nafas beratnya dan segera bangkit untuk ke kereta. Di angkut bagasinya untuk disimpan ke dalam kereta.

'Gagal lah ni' desis Leia.

Mahu tidak mahu dia mengikuti langkah Shah menuju ke kereta. Shah yang sedang sibuk memasukkan bagasinya ke dalam boot kereta tidak dipandang. Laju sahaja langkahnya dibawa masuk ke kereta, biarpun enjin kereta belum dihidupkan lagi.

Sepanjang perjalanan hanya bunyi lagu-lagu yang diputarkan sahaja di corong radio. Masing-masing bisu tenggelam dalam dunia sendiri. Leia seperti biasa, kalau sudah menjadi princess passenger apa lagi kerja yang dia tahu selain tidur sahaja. Hanya sekejap-sekejap matanya dicelikkan untuk melihat mereka sudah di mana.

Terasa seperti jauh lagi perjalanan namun matanya sudah tidak mampu dilelapkan. Tidur pun boleh penat. Sedang leka merenung suasana di luar sana, perbualannya dengan rakan mamanya terimbas kembali.

"Arwah dah lama sakit kan Leia? Macam-macam rawatan dah dia buat." Salah seorang rakan kawan Puan Lailatul bertanya.

Leia terkelu. 'Dah lama sakit.' Kenapa dia tidak tahu. Sepanjang hidupnya, mama tidak pernah bunyi soal sakitnya. Bahkan dilihat Puan Lailatul sangat sihat sahaja tubuh badannya. Cuma adalah baru-baru ini sebelum dia berkahwin dia lihat perubahan mamanya itu. Namun tidak pula dia menyangka yang mamanya ada sorokkan sesuatu darinya.

Pertanyaan kawan mamanya itu dihiraukan. Hanya senyuman sahaja dibalas. Lagipula ustaz yang mengendalikan majlis tahlil malam itu sudah tiba dan sudah siap bersedia untuk memulakn bacaan malam itu.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now