BAB 15

102 8 2
                                    

Seminggu sudah Leia berada di rumah mamanya dan keadaan kakinya sudah pulih. Dia sudah boleh berjalan seperti biasa. Dia sudah maklumkan kepada Ainur yang dia akan cuti lama. Jadi segala tempahan bouquet flower, Leia minta kurangkan pengambilan. Tidak mahu Ainur bekerja sendirian.

Mamanya juga nampak sihat seperti sedia kala. Jadi tidak risaulah Leia mahu meninggalkan mamanya sendiri. Padanlah tempoh hari, Shah ada dengan Puan Lailatul kerana sewaktu itulah, Puan Lailatul bertemu dengan Shah untuk membincangkan perihal majlis kahwin mereka. Tidak sangka pula yang gurauannya tempoh hari adalah kenyataan yang telah dibincangkan oleh mamanya.

Tiga bulan. Itu tempoh yang mama minta pendekkan ikatan pertunangan dan mama minta mereka berkahwin dalam tempoh tiga bulan akan datang. Nampak macam lama, tapi sebenarnya tempoh tiga bulan itu sekejap sahaja.

Sedang leka melihat keadaan sekeliling terminal bas bersepadu. Mesej yang diterima oleh Leia segera dibaca, dan Leia segera bangun sambil membawa beg serta helmetnya. Leia meminta pertolongan dari Shah kerana basnya tiba lewat malam kerana kesesakan lalu lintas. Dia tidak mahu menyusahkan Ainur. Lagipula bahaya pula sekiranya berjalan sorang-sorang. Lebih-lebih lagi bila dah lewat malam begini. Bahaya untuk perempuan.

'Saya dah sampai'- Shah

Leia terpaksa balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas kerana tempoh hari Shah telah menguruskan urusan untuk tunda motornya. Yang Leia pelik kenapa tidak tunda ke rumah Puan Lailatul sahaja. Lebih senang dan dekat. Tapi jawapan dari Shah hanya membuat Leia tergeleng sendiri. Kata Shah, dia hanya terfikir mahu tunda ke Kuala Lumpur terus. Tapi dia pergi hantar ke rumahnya kerana Shah tidak ada alamat rumah sewa Leia.

Leia memberi salam sebagai tanda menyapa sewaktu melangkah masuk ke perut kereta Shah. Dan memberi alamatnya kepada Shah supaya senang untuk Shah tahu jalan menuju ke rumah sewanya.

"Mama macam mana? Okay?" Soal Shah tiba-tiba bagi memecahkan kesunyian.

"Err... okay. Alhamdulillah sihat dah." Balas Leia.

"Kaki awak okay dah ke?" Soal Shah.

Ish Shah ni, takkan tak nampak yang Leia dah boleh jalan seperti biasa. Mestilah kaki dia dah okay. Tapi mungkin Shah prihatin, fikir Leia sendiri.

"Okay. Dah boleh berlari dah ni." Jawab Leia selamba.

Dan keadaan kembali sunyi. Shah fokus dengan pemanduannya dan sesekali melirik ke telefonnya yang sedang membuka aplikasi waze. Begitulah kalau duduk di Kuala Lumpur. Waze perlu ada. Pening dengan keadaan jalannya. Terlalu banyak simpang. Lebih selamat guna waze untuk memudahkan perjalanan.

Leia pula hanya ralit melihat ke luar tingkap. Tenang melayan perasaan. Begitulah keadaan jalan raya pada lewat malam. Tenang namun tidak sunyi. Sesekali dia menguap kecil. Bosan juga jadi penumpang. Dengan keadaan dalam kereta yang senyap. Hanya bunyi lagu yang dipasang di corong radio. Itupun sayup-sayup je kedengaran. Nak bernyanyi pun sebersalah Leia.

Tiba-tiba Leia tetingat perihal yang mahu dia tanyakan kepada Shah sewaktu mereka bertemu di hospital tempoh hari. Tempoh hari tidak sempat dia mahu bertanya kerana terlupa akan perihal itu. Selepas lama duduk di rumah Puan Lailatul, barulah Leia terfikir semula perihal tersebut.

"Shah, saya ada benda nak tanya awak ni." Bicara Leia.

"Tempoh hari, kenapa awak macam tak terkejut tengok saya sewaktu di hospital? Awak tak kenal saya ke?" Soal Leia setelah Shah berdehem sebagai tanda menjawab bicaranya sebentar tadi.

Ialah Leia pelik. Kenapa Shah bagai tidak terkejut melihatnya. Dia bukan main terkejut melihat Shah. Lagi terkejut apabila diperkenalkan Shah itulah tunangnya. Fikir Leia, Shah tak mengecam dia. Sebab sudah dua kali dia berjumpa dengan Shah di 'Irdina's Florist'. Jadi amat mustahil jika Shah itu tidak mengecamnya.

"Kenal. Sebab itulah saya tak terkejut tengok awak tempoh hari." Balas Shah.

"Awak patut tengok muka awak masa tu. Terkejut macam tengok hantu." Tambahnya sambil melirik ke arah Leia dan tertawa halus.

Leia menjeling Shah disisi. Mesti nak bahan Leia. Padahal tidaklah teruk sangat Leia terkejut tempoh hari. Normallah kan terkejut.

"Macam mana awak kenal?" Soal Leia

"Awak memang takde inisiatif ke nak kenal dengan tunang awak Leia?" Soal Shah kembali.

Leia hanya tersengih sendiri. Soalannya dibalas dengan soalan. Soalan yang terkena batang hidungnya sendiri.

"Saya kenal tunang saya masa tempoh hari saya tegur tentang cincin di jari awak. Tapi awak menipu. Kononnya jadi bridesmaid kawan." Tambah Shah.

Pap! Terkena lagi batang hidung. Sudahlah ditegur tiada inisiatif mahu mencari tahu tentang tunang misterinya. Kali ini ditegur kerana kantoi menipu pula tempoh hari.

"Ohh. Tempoh hari saya mogok dengan tunang saya tu. Bukannya nak balas mesej saya. Buat saya macam tak wujud. Jadi buat apa saya nak mengaku dah bertunang." Jawab Leia selamba. Tidak mahu kalah.

Shah hanya tergeleng melihat perangai Leia. Perempuan. Mana mahu mengaku kalah.

"Kenapa awak tak balas mesej saya ha? Roh tak jumpa jasad ke?" Soal Leia lagi. Selamba betul. Main lepas je cakap si budak Leia ni.

"Saya tak teringat nak balas. Saya sibuk sikit haritu." Jawab Shah sambil melirik ke arah Leia.

"Tapi macam mana awak tahu saya tunang awak?" Soal Leia kembali. Kali ini badannya telah berpusing menghadap Shah yang masih fokus dengan pemanduannya.

Shah tidak segera membalas. Dia melirik sekilas ke wajah Leia sewaktu berhenti di trafic light.

"Umi ada hantar gambar sewaktu majlis bertunang tu. Saya minta maaf tak dapat datang sekali. Umi kata awak tercari-carikan saya." Kata Shah dan kembali meneruskan pemanduan.

Kantoi lagi Leia ni. Mahu membela diri macam tidak perlu. Memang betul pun dia ada tercari-cari siapakah gerangan tunangnya.

"Tapi lagi manis awak dalam gambar tu. Bertudung walaupun masih tak sempurna." Tambah Shah apabila Leia senyap tidak memberi respon. Walaupun nadanya sedikit perlahan namun masih sampai di telinga Leia.

Dia terkedu. Shah memujinya. Bertudung. Adakah ini teguran halus buat Leia? Leia hanya tersenyum sendiri dan kembali menghayati pemandangan di luar. Keadaan kembali sunyi.

"Erm." Shah membetulkan suaranya.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak." Tambahnya lagi.

Leia berpaling semula menghadap Shah, sebagai tanda bersedia mendengar apa yang mahu dibicarakan.

"Tempoh hari, mama terkejut bila saya cakap yang awak mungkin sibuk di kedai. Mama tak tahu ke yang awak seorang florist?" Soal Shah.

"Mama memang tak tahu apa yang saya buat. Bukan niat saya nak membelakangkan mama. Cuma saya nak buat apa yang saya suka. At least, sekali seumur hidup, biar saya tentukan jalan hidup saya sendiri." Kata Leia perlahan. Dia belum bersedia mahu membuka kisah hidupnya. Hanya jawapan kiasan yang Leia berikan.

Shah kelihatan seperti mahu bertanya. Namun cepat-cepat Leia sambung bicaranya. Menukar topik perbualan.

"Eh, motor saya macam mana?" Soal Leia. Terlupa pula dia perihal motornya yang ditinggalkan di rumah Shah.

"Esok awak ambillah dekat rumah saya. Pagi esok saya datang ambil awak pergi kerja." Jawab Shah.

"Pukul 7 saya datang ambil. Saya kerja kuli je. Tak boleh masuk lewat." Tambah Shah.

Leia sekadar mengangguk. Terpaksalah esok pagi dia pergi kerja awal. Biasanya pukul sembilan lebih baru dia keluar rumah. Ialah kedainya beroperasi bermula pukul 10.30 pagi sehingga 6.00 petang sahaja. Dah namanya menumpang. Kenalah ikut timing yang orang tu tetapkan.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now