BAB 19

55 5 2
                                    

Majlis akad nikahnya sudah selesai. Maka secara rasmi dia sudah bergelar isteri. Isteri kepada Umar Arshah. Majlis akadnya hanya simple sahaja. Dibuat dirumahnya sahaja. Hanya ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang dijemput. Untuk majlis sanding sebentar lagi barulah dia menjemput jiran tetangga serta keluarga yang jauh.

"Saya balik hotel dulu. Jumpa malam nanti." Kata Shah sambil menghulurkan tangannya.

Leia mengangguk dan segera menyambut huluran tangan Shah. Sebelum berlalu untuk ke kereta sempat Shah mengusap kepala Leia yang tersarung tudung itu.

"Kan manis macam ni." Kata Shah.

Leia hanya tersenyum mendengar pujian suaminya itu. Kembang sekejap dirinya. Dan Shah serta beberapa ahli keluarganya yang lain turut meminta diri selepas menjamu hidangan yang disediakan. Sempat disalam Puan Umaira yang juga sudah mahu berangkat pulang.

"Tahniah weh. Dalam diam-diam, kau punya majlis dulu dari aku." Ujar Ainur sambil memeluknya erat.

Tidak sempat lagi hari ini dia berborak dengan Ainur. Ainur itu banyak membantunya. Dari pagi lagi sudah menolong di rumah Puan Lailatul.

"Alhamdulillah. Terima kasih. Lepas ni kau pula. Boleh jadi geng-geng isteri." Balas Leia sambil tertawa lepas.

Baru beberapa jam bergelar isteri dah siap nak tubuhkan persatuan isteri-isteri. Macam dah berpengalaman.

"Apa perasaan kau lepas jadi isteri? Seronok?" Tanya Ainur ketika mereka melangkah untuk masuk ke rumah. Leia perlu bersiap-siap kerana selepas maghrib dia bakal bergerak menuju ke dewan yang disewa.

"Apa punya soalan kau ni. Baru je akad. So, rasa biasa je. Tapi aku rasalah lepas ni aku ada tanggujawab baru." Jawab Leia sambil berlalu untuk masuk ke dalam rumah.

Tanggungjawab menjaga suami. Sebelum ini dia biasa sendri. Apa-apa sendiri. Lepas ni kena minta izin dulu nak buat apa-apa. Kena tanya pendapat suami dulu. Kena dengar cakap suami. Tapi part dengar cakap tu rasanya kepakaran Leia sudah. Sebeblum ini kam dia sudah biasa dengar kata Puan Lailatul.

"Mama." Tegur Leia mesra sambil memeluk belakang badan mamanya yang sedang sibuk di sinki dapur itu.

Entah apa yang disibukkan pun Leia tidak tahu. Sebab itulah dia tidak mahu mamanya adakan majlis dirumah. Dia kesiankan Puan Lailatul. Sudah pasti penat nanti mahu mengemas. Tapi mamanya itu degil katanya nak suruh asingkan majlis nikah dan sanding. Kalau ikut kan Leia, dia nak buat di dewan sahaja. Senang. Tak perlu fikir nak mengemas apa-apa selepas majlis.

"Ish terkejut mama." Jawab Puan Lailatul sambil mengelus tangan anaknya yang melilit pinggangnya.

Puan Lailatul berpaling dan menekup kedua-dua belah pipi anaknya. Lalu sebuah ciuman penuh kasih dihadiahkan di atas dahi anaknya. Lama.

Leia memejamkan matanya. Menghayati ciuman lama dari mamanya itu. Sayu pula hatinya.

Tidak lama kemudian, Leia merasakan ada air mata menitis dari wajah mamanya.

"Mama kenapa? Tak sihat ke?" Soal Leia lembut sambil merenung ke dalam anak mata mamanya.

Puan Lailatul menggeleng perlahan lalu membuka bicara.

"Mama happy. Happy sangat. Anak mama dah besar. Dah jadi isteri orang. Terima kasih Leia." Jawab Puan Lailatul sebak.

Leia yang mendengar turut sama sebak. Dia segera mendakap Puan Lailatul. Dan disitu dia hamburkan tangisnya. Bukan sedih. Bukan juga gembira. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Mungkin ini yang setiap anak akan rasakan. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Lepas ini dia sudah ada suami. Sudah ada kehidupannya sendiri.

"Lepas ni Leia dah kena ikut suami. Ada orang yang akan jaga Leia. Mama minta maaf andai ada yang terkurang selama mama besarkan Leia." Kata Puan Lailatul.

"Tak pernah terkurang sikit pun. Mama jaga Leia sangat sempurna. Leia sayang mama dunia akhirat." Jawab Leia sambil mengeleng-geleng dalam pelukan mamanya.

"Dahlah taknak nangis-nangis. Nanti suami Leia tengok mata Leia bengkak ingat mama buli Leia pula." Kata Puan Lailatul sambil merungkai pelukan mereka.

"Mamalah buat orang sedih tiba-tiba." Jawab Leia sambil menyeka lembut air matanya. Habis make up nya. Nasib baik kebanyakan tetamu sudah pulang.

Dan selepas itu dapur itu dipenuhi dengan gelak tawa dua beranak itu.

Puan Lailatul gembira melihat anaknya. Senyuman anaknya hari ini, antara senyuman yang paling manis dia pernah lihat sepanjang dia hidup. Ialah sudah meningkat dewasa, jarang sekali dia melihat senyuman sebegitu dari anaknya. Semenjak dia hantar anaknya ke rumah maknya, jarang dia lihat senyuman bahagia anaknya. Dia harap, senyuman itu akan sentiasa terlakar indah di bibir anak gadisnya.

"Leia naiklah, siap-siap. Malam ni ada majlis sanding Leia pula." Jawab mama sambil menolak lembut bahu anaknya.

Kak Bella awal-awal lagi tealah menyediakan barang keperluan untuk digunakan pada hari ini. Leia memilih untuk menggunakan khidmat kak Bella kerana dia sudah selesa. Lagipula dia suka akan hasil tangan kak Bella tempoh hari. Maka untuk hari bahagianya ini dia memilih untuk memanggil kak Bella untuk membantu menyiapkannya.

"Akak, warna tudung ni masuk tak dengan baju Leia?" Soal Leia sambil menunjukkan sehelai shawl yang seakan-akan warna cream. Namun, sedikit pekat daripada bajunya.

Mujur sahaja ada tudung yang warnanya masuk dengan warna baju sanding Leia. Pada awalnya, untuk majlis sanding dia tidak mahu memakai tudung. Hanya untuk majlis nikah sahaja dia buat keputusan mahu memakai tudung. Tapi entah mengapa tiba-tiba tadi dia terdetik nak pakai tudung. Adakah sebab baru dipuji oleh suaminya. Ceh.

"Okay akak tengok. Masuk." Jawab kak Bella yang sedang membantu Leia membuka zip baju kurungnya.

"Leia nak pakai tudung ke?" Soal kak Bella.

"Aah. Leia rasa nak pakai tudunglah kejap lagi. Akak dandankan Leia ya." Kata Leia sambil melihat kak Bella melalui pantulan cermin meja soleknya.

Apabila kak Bella sekadar mengangguk. Leia bersiap-siap mahu membersihkan dirinya sebelum bersiap untuk majlis sandingnya. Walaupun baru sekejap dia memakai baju nikahnya, namun dah terasa melekit badannya. Rimas. Maka lebih baik dia cepat-cepat membersihkan badannya supaya lebih segar.

Dan selepas maghrib, mereka terus berangkat menuju ke dewan. Sepanjang perjalanan tidak lepas tangan Leia daripada menggenggam erat tangan Puan Lailatul. Puan Lailatul membalas genggaman tangan anaknya dengan mengelus lembut tangan Leia.

Sebaik tiba di hadapan dewan, kelihatan Shah yang segak dan kemas dalam busana pengantinnya. Leia membalas senyuman dari Shah. Sepajang jalan dia menghampiri Shah, tidak lepas tanganngan memegang tangan mamanya. Gugup.

Huluran tangan dari Shah disambut bersama senyuman manis menghiasi bibir. Kekok. Segan. Bahagia. Itulah perasaan Leia pada masa ini. Leia juga turut bersalaman dengan ahli keluarga Shah yang turut berada di situ.

"Tak cakap pun nak pakai tudung. Haritu masa fitting, kata free hair je." Kata Shah separa berbisik di tepi telinga Leia.

Leia ada memberitahu Qis yang dia sanding nanti mahu free hair sahaja. Entah bagaimana Shah boleh tahu. Rasanya masa dia memberitahu Qis, hanya ada Leia dan pekerja butik itu sahaja.

"Saja." Jawab Leia ringkas.

"Cantik." Kata Shah sebelum mereka berdua memulakan perarakan masuk ke dalam dewan.

Raut wajah Leia dan Shah dihiasi senyuman seaaktu mereka melangkah masuk ke dalam dewan yang diiringi dengan instrumental muzik. Leia tersenyum bahagia berada di samping Shah.

Suasana malam itu sungguh meriah. Leia bahagia dan gembira dengan apa yang mamanya uruskan untuknya. Sepanjang majlis berlangsung, Leia turut berkenal-kenalan dengan kawan-kawan Shah yang hadir begitu juga dengan Shah. Majlis malam itu berjalan dengan lancarnya. Segala memori dirakam indah oleh photographer untuk kenang-kenangan.

Puan Lailatul juga kelihatan gembira. Melihat senyuman anaknya, dia juga bahagia. Dia yakin selepas ini dia tidak perlu risaukan Leia lagi. Lepas ini ada orang yang bakal menjaga anaknya.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now