BAB 21

58 7 0
                                    

Malam itu, Leia mengikut Shah pulang ke rumahnya. Pada awalnya berat juga hatinya mahu meninggalkan Puan Lailatul sendiri. Sudahlah baru berkahwin, alih-alih sudah kena pulang kembali ke Kuala Lumpur mengikut suami. Tapi Leia tetap juga mengikut Shah pulang. Kata mama tempat isteri adalah disisi suami. Malas mahu membantah, Leia ikut kan sahaja.

"Leia, kita dah sampai." Kata Shah sambil menepuk halus pipi Leia.

Leia mengeliat kecil sebelum mencelikkan matanya. Dia ibarat separuh sedar. Mamai.

"Kita kat mana ni?" Soal Leia yang sedang mengelap mukanya bagi menghilangkan kantuk. Sempat juga dia menguap perlahan.

"Rumah sayalah. Dah jom masuk." Ajak Shah yang telah sedia membuka pintu keretanya.

Leia membuntuti langkah Shah masuk ke dalam rumah. Apabila lalu di hadapan build in mirror di ruang tamu rumah Shah, sempat Leia melirik wajahnya. Cepat-cepat dia merapikan rambutnya yang serabai. Shah pula satu hal, bukannya mahu menegur si Leia.

Leia agak teruja melihat interior design rumah Shah. Cantik. Leia meninjau setiap bahagian rumah Shah. Di tingkat bawah ini ada ruang tamu, ruang makan, dapur dan juga satu bilik kecil. Shah yang telah hilang ke timgkat atas tidak dihiraukan. Setiap pelusuk rumah Leia tinjau. Rumah Shah sudah dilengkapi dengan segala perabot dan alat keperluan lain. Fikir Leia, rumah Shah itu hanya ada barangan asas sahaja. Ialah Shah kan bujang lagi. Tapi itulah, barang-barang dapur langsung tiada. Kosong.

Puas meronda bahagian bawah, Leia naik ke tingkat atas pula. Bahagian tangga sahaja sudah aesthetic apatah lagi di atas sana, fikir Leia. Dia teruja untuk melihat bahagian atasnya pula. Hilang terus kantuknya.

"Ni bilik kita." Kata Shah yang baru sahaja keluar dari satu kamar.

Leia segera berpaling ke arah Shah. Tadi dia sibuk menilik hiasan gambar yang ada di ruang tamu mini tingkat atas itu. Dan tanpa berlengah Lei bergerak menuju ke kamar utama itu.

Leia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kagum. Pandai juga Shah menghias bilik mereka. Cuma Leia kurang berkenan dengan warna dinding biliknya, warna pink cair. Literally Shah ni peminat pink ke? Dah macam perempuan.

"Cantik. Pandai juga awak ya bab-bab menghias bilik ni." Puji Leia yang telah duduk di sofa yang berada di hadapan katil.

"Of course. Umar Arshah kan." Jawab Shah mendabi dada. Bangga dipuji.

"Tapi why pink?" Soal Leia penasaran.

"Saja. Cantik apa warna pink." Balas Shah

"Nanti awak simpan lah baju-baju awak dekat wardrobe sana." Kata Shah sambil menunding jarinya ke arah satu ruangan khas untuk menyimpan pakaian.

Leia sekadar mengangguk dan bangkit untuk menuju ke ruang itu.

"Tapi barang-barang saya yang lain banyak lagi kat rumah sewa saya." Kata Leia.

Leia hanya membawa pakaiannya yang telah dia packing untuk balik ke rumah mamanya untuk majlis kahwinnya sahaja ke rumah Shah. Segala barangannya yang masih berada di rumah sewanya tidak dibawa bersama. Kereta dan motornya masih berada di rumah sewanya. Tempoh hari, dia menumpang Ainur untuk ke rumah Puan Lailatul.

"Takpelah, esok awak ambillah barang-barang awak kat sana. Tapi saya minta maaf, saya tak dapat teman awak." Soal Shah yang sedang bersandar di muka pintu ruangan itu.

"Takpe. Esok saya minta tolong Ainur." Balas Leia. Dia faham. Lagipula bukan dia tidak biasa buat semua benda sendiri. Awal-awal dulu masa dia berpindah ke Kuala Lumpur juga dia buat sendiri. Takkanlah baru dua hari bergelar isteri dah tak pandai nak buat apa-apa tanpa pertolongan suami.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now