BAB 9

69 6 0
                                    

Hampir ke asar baru Leia pulang ke kedainya semula. Disebabkan terlalu sibuk jalan raya di kota itu, itu yang membuatkannya sedikit lewat tiba. Lagi pula lokasi delivery yang dia hantar hari ini sedikit jauh kerana pelanggannya tiba-tiba mesej untuk menukar lokasi penghantaran dan mujur saja pelanggannya tadi tidak banyak ragam apabila Leia memberi penerangan yang dia perlu kenakan cas cas tambahan untuk perkhidmatan delivery. Lagi pula harini banyak sedikit khidmat surprise delivery digunakan oleh pelanggannya.

Sebaik sahaja tiba, Leia meminta untuk Ainur pergi lunch dahulu kerana dia sudah makan tadi ketika pulang ke sini. Leia menghulur makanan yang ditapau untuk Ainur dan menyuruhnya rehat terus. Keisan pula Ainur terpaksa keluar rehat lewat untuk hari ini. Leia terus ke meja kecil tempatnya menggubah bouquet untuk menggubah beberapa bouquet untuk diletakkan secara tersedia di kedainya. Itulah kerjanya sekiranya tiada pelanggan yang datang.

Kadang-kadang ada yang suka membeli bouquet yang tersedia kerana tidak mahu menunggu lama. Justeru itu, Leia akan menyediakan juga bouquet yang sudah siap untuk dijual dan untuk display. Tetapi, tidaklah dalam kuantiti yang banyak kerana kebiasaannya untuk menggubah bouquet, pelanggan yang akan meminta sendiri untuk menggunakan jenis bunga apa.

Sedang leka menggubah bouquet bunga, kerusi di hadapannya di tarik. Leia yang sedang leka itu langsung tidak mengangkat mukanya kerana dia sangkakan Ainur yang duduk di hadapannya. Rupanya dia tersilap orang, apabila dia mendengar suara garau yang menegurnya.

"Kreatif nya awak. Cantik." Ujar suara itu dan secara tidak langsung Leia segera mengangkat mukanya untuk melihat siapa yang memujinya itu.

"Eh Shah! Datang nak beli bunga lagi?" Terkejut Leia melihat siapa yaang menegurnya. Lagi terkejut yang menegurnya ialah Shah. Baru sahaja minggu lepas Shah datang ke kedainya membeli bunga.

"Aah. Kebetulan ada kerja area sini. Itu yang singgah kedai awak nak cari bunga kesukaan dia." Balas Arshah selamba sambil sibuk memegang bunga mawar merah yang Leia letakkan di atas meja kerjanya.

"Ohh. Awak pilihlah dulu nak beli bunga apa." Jawab Leia yang masih tangannya sibuk dengan kerjanya. Mahu saja Leia persoalkan siapakah "dia" yang dimaksudkan. Tapi macam tidak wajar pula mahu menyibuk. Suka hati Shah lah nak beli untuk siapa.

"Tak perlu pilih. Saya tahu nak ambil bunga apa. Ni nak tengok kejap cara seorang florist menggubah bunga." Balas Shah sambil melirik ke arah tangan Leia yang sibuk sejak tadi.

"Cantik cincin. Siap berinai. Awak baru bertunang ke?" Soal Shah sambil menatap muka Leia.

Leia agak tersentak dengan soalan yang ditanya oleh Shah. Ramah betul lelaki ini menegurnya. Tangan Leia automatik terhenti apabila mendengar soalan tersebut dan dia juga turut membalas pandangan Shah. Leia berkira-kira sama ada dia nak jujur dengan si Shah ataupun nak menipu.

"Eh takdelah. Cincin ni memang ada. Saya pakai inai ni sebab dua hari lepas saya jadi bridesmaid kawan saya." Tipu Leia. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu menipu. Padahal dia boleh saja jujur. Bagi Leia dah tunangnya tak menganggap kewujudannya ada, buat apa dia perlu canang ke orang luar yang dia telah bertunang.

"Ouh. Terkejut saya, ingatkan awak dah bertunang. Kalau tidak melepaslah saya nak berkawan dengan awak." Balas Shah selamba.

Leia terkedu dengan balasan Shah. Leia tak salah dengarkan. Risau pula dia. Tapi dia malas mahu menukar jawapannya yang tadi. Dan Leia hanya tersenyum membalas apa yang dikatakan oleh Shah kerana setelah itu Shah terus bangkit untuk mengambil bunga untuk dibeli dan membuat bayaran.

Leia tidak jadi untuk ke kaunter pembayaran dan terus menyambung kerjanya apabila dia melihat Ainur telah sedia berdiri di situ. Sebelum keluar, Shah ada menyapanya untuk mengucapkan tahniah dan terus berlalu pergi.

Leia hanya memandang langkah Shah dengan perasaan pelik. Tahniah untuk siapa? Bukan dia yang berkahwin. Dan seingat dia, dia cakap dia hanya menjadi bridesmaid kawannya. Tidak pula dia menukar jawapannya tadi. Ke dia nak cakap tahniah untuk kawan si Leia. Fikir Leia.

"Woi!" Sapa Ainur mengejutkan Leia yang sedang terfikir-fikir sendiri di meja.

"Ish kau ni kenapa?" Balas Leia sambil bangkit untuk mengambil beberapa lagi kuntum bunga yang lain untuk digubah.

"Yang kau menipu si Shah tadi kenapa?" Laung Ainur dari tempat duduknya.

Keadaan sekarang ni tiada pelanggan. Jadi boleh lah Ainur jerit-jerit begitu. Kalau ada pelanggan mahu lari keluar pelanggan dengar suaranya macam nak ajak gaduh. Leia tak sangka pula yang Ainur memasang telinga mendengar perbualannya dengan si Shah tadi.

"Kau curi-curi dengar ke Nur?" Jawab Leia dan kembali melangkah menghampiri meja kerjanya.

"Bukan curi dengar. Dah terdengar aku pun layan je lah." Balas Ainur selamba sambil sibuk membantu untuk menggubah bunga sekali.

"Banyaklah kau punya terdengar. Dah kalau duduk tercongok kat tepi-tepi bunga, buat-buat sibuk nak tengok mana bunga yang tak fresh mana tak terdengar kan." Balas Leia. Bukan dia tidak nampak kelibat Ainur tadi. Tapi dia sebenarnya tidak kisah pun. Bukan perkara penting pun yang mereka bualkan.

"Mana ada. Ni kau hutang cerita dengan aku ni. Apa cerita pagi tadi?" Balas Ainur dan menuntut cerita yang dijanjikan.

"Entah lah Nur. Tidak tahu nak mula macam mana." Balas Leia dan tangannya terhenti dari terus sibuk menggunting batang-batang bunga yang baru diambil tadi. Malas Leia nak ingat semula. Dia hanya mahu terus jalan ke depan walaupun dia masih ragu-ragu dengan arah tersebut.

"Kalau kau tak sedia nak cerita, takpelah weh. Aku faham." Balas Ainur sambil merenung dalam ke anak mata Leia. Dia mahu tahu cerita kawannya itu. Namun dia tidak mahu terlalu memaksa. Mungkin Leia belum bersedia nak bercerita dengannya.

"Aku kena paksa kahwin dengan pilihan mama aku. Sabtu haritu aku balik, mama aku dah rancang majlis tunang untuk aku. Aku sendiri pun tidak tahu perihal majlis tersebut. Padanlah minggu tu mama aku beria call suruh aku balik sebab rindu. Tapi tak sangka pula rupanya ada majlis untuk aku." Balas Leia yang telah bersedia untuk membuka cerita sebenar kepada Ainur. Kadang Lei penat juga mahu pendam sendiri. Mujurlah ada Ainur yang sudi mendengar sehala luahan isi hatinya.

"Aku pun tidak tahulah Nur macam mana hubungan aku dengan tunang aku ni akan serius ke tidak. Dia cari aku pun tidak. Entahlah akan kahwin ke tidak kami berdua ni." Tambahnya lagi.

"Kau tak pernah jumpa tunang kau ke?" Soal Ainur lembut. Dia bersimpati juga dengan cerita kawannya. Zaman sekarang ini, ada lagi ke berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Entahlah.

"Belum lagi. Waktu bertunang haritu dia tidak datang sekali sebab ada kerja katanya. Entah-entah dia pun kena paksa kut dengan uminya." Balas Leia sambil tertawa halus kerana simpati dengan nasib sendiri jikalau lelaki itupun terpaksa menerimanya.

"Ish apa pula cakap macam tu. Mungkin betul dia sibuk masa tu." Kata Ainur.

"Entahlah Nur, aku pun tak tahu ke mana hala tuju kami nanti. Tengoklah macam mana. Stress pula aku fikir pasal dia." Balas Leia dan kembali meneruskan kerjanya. Dia tidak mahu terlalu hanyut dengan perasaannya itu.

"In sha Allah. Aku doakan yang terbaik untuk korang. Btw tahniah tau Leia. Kalau kahwin kau wajib bagitahu aku." Ugut Ainur.

"Jom hilangkan stress kau. Hujung minggu kita ride round KL jom." Ajak Ainur dengan muka ceria.

Leia apa lagi, terus ceria mukanya yang muram tadi. Begitulah persahabatan mereka. Jikalau salah seorang serabut dengan kehidupan pasti ada saja kerja gila yang mereka akan buat untuk hilangkan tekanan mereka. Dengan riding lah cara mereka healing dari masalah. Walaupun dia tahu hanya untuk seketika.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now