BAB 29

63 6 0
                                    

"Leia ada orang hantar hadiah untuk kau. Ada kat dalam bilik rehat." Ujar Ainur yang sedang sibuk menggubah bunga di meja kerja mereka sambil tersenyum-senyum sipu melihatnya.

Leia kepelikan. Siapa pula bagi dia hadiah. Hari ini bukan hari jadi dia. Leia yang baru pulang dari menghantar surprise delivery tengah hari itu terus berlalu melihat hadiah yang dimaksudkan oleh Ainur. Namun dia tidak menjumpai sebarang hadiah pun. Puas matanya melihat ke setiap pelusuk tempat. Namun masih tidah dijumpai.

"Takde pun Nur." Kata Leia yang hanya menjenguk sedikit ke luar.

"Tu ha atas sofa tu. Takkan tak nampak kut. Ke buat-buat tak nampak." Laung Ainur bersama tawa mengusiknya itu.

Leia mengambil sejambak bunga mawar putih di atas sofa itu. Duduk dilabuhkan di sofa. Nota yang terselit diambil lalu dibaca.

'Saya minta maaf. Saya terlanjur berbica tanpa peduli perasaan awak. I'm truly sorry.' – Umar Arshah.

Leia tersenyum malu membaca nota yang ditinggalkan. Biarpun ringkas namun sangat bermakna. Tidak sangka pula Shah ada sisi romantiknya juga. Ingatkan dia kena pujuk diri sendiri. Ialah malam tadi, Shah langsung tidak membuka bicara dengannya. Hanya memaklumkan dia mahu menyiapkan tugasan kerjanya dan menyuruh Leia tidur dahulu. Pagi tadi juga Shah awal-awal sudah pergi ke kerja. Ingatkan Shah masih marahkan dia.

"Amboi bukan main lebar lagi senyuman." Tegur Ainur yang hanya berdiri bersandarkan badannya di jenang pintu.

Terus mati senyuman Leia apabila ditegur begitu. Cepat-cepat nota itu dilipat kembali dan diselit ke tempat asal tadi.

"Dah jatuh cinta ke dengan suami sendri." Ujar Ainur lagi sambil menari-narikan keningnya. Suka dia melihat kawannya iru sekarang. Lebih bahagia dan ceria.

Leia hanya senyum sumbing membalas pertanyaan Ainur. Malas mahu melayan usikan si Ainur.

"Ni dapat bunga bagai, anything sweet moment happens last night?" Soal Ainur. Kepochi.

Leia memutarkan matanya ke atas dan mencebik. Sweet moment apa ke bendanya. Semalam dia merajuk dengan Shah hanya disebabkan dia ubah suai kedudukan bilik tidur mereka. Pelik. Benda kecil begitu mahu dijadikan isu.

Terpaksalah pagi tadi dia masuk kerja lewat semata-mata mahu mengubah balik ke kedudukan asal. Cuma warna cat sahaja belum ditukar. Tak pasal-pasal dia terpaksa kerah kudratnya sekali lagi pagi tadi. Penat semalam belum hilang lagi, ditambah pula penat pagi ini. Mahu mengecat hari ini, memang tidaklah. Nanti sahaja Leia tukar warna cat kembali ke warna asal.

"Banyaklah kau sweet moment. Nasib baik dia bagi bunga hari ini. Kalau tak memang aku nak sambung rajuk aku." Omel Leia perlahan. Bunga ditangan diletakkan di atas meja.

"Ada orang dah pandai merajuklah." Usik Ainur sambil langkah di atir untuk duduk di samping Leia.

"Ni confirm dah jatuh cinta dengan suami sendiri." Tambah Ainur sambil jarinya dicucuk lembut ke lengan Leia. Berkali-kali. Sakan dia mengusik kawannya itu.

Leia yang mendengar sudah merah mukanya apabila ditegur sebegitu. Malu juga sebenarnya. Mahu mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan Shah di hadapan Ainur memang tidaklah. Lambat lagi. Ini belum cakap apa-apa sudah diusik sebegitu.

"Merajuk pasal apa pula ni. Ke memang sengaja merajuk sebab nak suruh encik suami memujuk." Usik Ainur lagi.

Tersembur tawa Ainur melihat air muka kawannya itu yang sudah makin memerah. Seronok juga hatinya dapat mengusik Leia sekali sekala begini. Semenjak kematian arwah Puan Lailatul, jarang dia melihat senyuman manis menghiasi binir gadis itu. Namun sejak kebelakangan ini, murah betul bibir itu dengan senyuman. Bukan dia tidak sedar, Leia kadang tengah mengelamun oun boleh tersenyum sendiri. Apabila ditegur, asyik menafikan sahaja.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now