BAB 23

64 9 0
                                    

Sepanjang perjalanan tidak henti tangisan Leia. Leia sentiasa berdoa semoga dia sempat bertemu mama. Tidak habis-habis dia meminta Ainur agar membawa melebihi had laju yang ditetapkan supaya mereka cepat sampai ke hospital di mana Puan Lailatul berada.

Lewat petang itu mereka sampai di Ipoh. Sebaik tiba di hospital, kabut Leia berlari menuju ke bilik Puan Lailatul ditempatkan. Apabila Leia membuka pintu bilik tersebut, kelihatan makcik Ina dan Lisa sedang duduk di sofa. Segera Leia melangkah untuk mendapatkan Puan Lailatul.

"Mama. Leia datang ni. Mama bukalah mata, jumpa dengan anak mama ni. Mama tak sayang Leia ke?" Kata Leia sambil menggoncang lembut lengan Puan Lailatul.

Ainur di belakang setia menggosok perlahan belakang badan kawannya itu. Tangisan Ainur juga mengalir lemah di pipi. Tidak sanggup melihat Leia begini. Tidak pernah Leia menangis seteruk ini. Berapa jam sudah air mata sahabatnya itu mengalir.

"Mama bangunlah. Tengok anak mama ni." Sambung Leia yang masih mengalirkan air matanya. Sudah bengkak matanya itu.

"Mama jangan tinggalkan Leia." Sambung Leia lagi. Tersedu sedan.

Makcik Ina menghampiri Leia dan memeluk erat  Leia dari sisi.

Di bahu makcik Ina Leia hamburkan tangisannya semahunya.

"Kenapa dengan mama Leia?" Soal Leia dibalik pelukan itu.

Namun tiada jawapan yang diberikan. Hanya pelukan kemas membalas soalan Leia. Entah berapa lama dia menangis dalam pelukan makcik Ina dia tidak tahu. Dia merungkai pelukannya apabila dia mendengar suara seseorang memberi salam.

Tanpa menoleh pun dia sudah tahu, Shah yang sedang melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Tanpa berlengah Shah menarik isterinya itu ke dalam pelukan.

"Shah, mama. Mama...." Kata Leia. Ringkas. Tidak tahu mahu menyampaikan apa kepada lelaki itu.

Hanya usapan halus dibalas oleh Shah. Menenangkan isterinya itu.

Entah bagaimana Shah boleh tahu dia disini. Seingatnya, Leia tidak ada maklumkan berita itu lagi kepada Shah. Mungkin Ainur yang maklumkan, fikir Leia. Kerana ada sekali ketika berhenti di petrol station Ainur menyoalnya, sama ada Leia sudah maklumkan kepada Shah atau belum. Mungkin pada waktu itu Ainur tolong memaklumkan Shah kerana Ainur ada meminta telefonya tadi.

Shah merungkai pelukan mereka. Kedua-dua belah bahu Leia dipegang kemas. Air mata yang masih mengalir di pipi Leia diseka lembut.

"Awak dah solat maghrib?" Soal Shah lembut.

Hanya gelengan Leia balas sebagai jawapan.

Dan tangan Leia dipimpin untuk keluar dari bilik rawatan itu. Sempat Shah maklumkan kepada makcik Ina dan Ainur yang dia pergi surau sebentar bersama Leia. Dititip pesan supaya segera memanggil mereka sekiranya berlaku apa-apa.

Sebaik tiba di surau, Shah menghantar Leia masuk ke surau perempuan terlebih dahulu, sebelum dia berlalu ke bahagian lelaki.

Nasib baik surau di hospital itu menyediakan telekung kerana Leia tidak membawa apa-apa kelengkapan solat. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, lama Leia duduk di atas sejadah. Berdoa semoga mamanya sedar. Lama juga Leia berada dalam keadaan begitu. Tersedar apabila Shah memanggilnya di muka pintu surau itu. Hanya Leia sendiri di dalam surau itu.

Cepat-cepat Leia menyahut dan mengemas kembali sejadah serta telekung yang digunakan. Rambutnya yang serabai dirapikan sebelum menghampiri Shah yang masih setia menunggunya di muka pintu.

Tangan Leia dipimpin dan menuju ke pintu lif. Leia kepelikan. Rasanya tadi mereka pergi ke surau yang sama aras dengan bilik rawatan Puan Lailatul.

"Nak pergi mana?" Soal Leia sambil memandang Shah disisi. Lemah sahaja suaranya.

"Awak tak makan lagi kan?" Soalan Leia dibalas dengan soalan.

Kali terakhir dia makan adalah tengah hari tadi. Ketika dia sedang berehat sersama Ainur. Itupun hanya sedikit kerana dia terlupa dengan janjinya bersama pelanggannya.

"Saya tak lapar Shah." Balas Leia.

Ketika pintu lif sudah terbuka, Shah menarik tangan Leia bersama. Pada awalnya Leia keraskan diri dan cuba merungkai tautan tangan mereka. Namun tenaga Leia tidak dapat mengalahkan genggaman kemas tangan Shah.

Maka di kafeteria itulah dia dipaksa melabuhkan duduknya sementara Shah membeli makanan untuk mereka. Tidak lama menunggu, Shah kembali bersama makanan dan minuman yang dibeli.

"Makanlah Leia. Tak elok biarkan perut awak kosong." Kata Shah apabila Leia dihadapanya hanya memandang makanan di atas meja.

"Saya tak lapar Shah." Itulah ayat yang setia keluar dari bibirnya dari tadi. Namun Shah tak faham.

Tak lama kemudian, sudu di tangan Shah disua ke arah Leia. Menanti Leia membuka mulut untuk menjamah makanan.

Lambat-lambat Leia membuka mulutnya. Susah juga nak fahamkan Shah. Suka memaksa.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" Soal Leia apabila makanan didalam mulutnya sudah ditelan.

"Ainur maklumkan dekat saya." Jawab Shah.

Seperti yang sudah di duga. Sudah pasti Ainur menelefon Shah sewaktu dia meminta telefon milik Leia tadi.

"Tapi cepatnya awak sampai. Kata esok baru awak balik sini?" Soal Leia. Pelik. Takkan Shah naik private jet sehingga boleh tiba ke sini dengan cepat. Ialah Johor dengan Ipoh bukannya dekat.

Shah masih setia menyuap Leia makan. Dan Leia walaupun terpaksa tetap juga membuka mulutnya menerima suapan dari Shah.

"Tadi saya dah otw ke rumah. Bila dapat panggilan dari Ainur terus saya gerak ke sini." Balas Shah.

Barulah Leia faham bagaimana Shah boleh berada disini. Cepat pula tu dia sampai. Ingatkan Shah fly tadi.

"Saya dah kenyang." Kata Leia apabila Shah menyua sudu ke arahnya.

"Baru tiga suap Leia. Makanlah sikit lagi. Ainur kata awak makan sikit je tengah hari tadi." Kata Shah.

Namun gelengan yang Leia balas sebelum dia cepat-cepat menyedut minumannya.

"Awak kena makan, bagi tenaga sikit. Dari tengah hari awak menangis. Habis bengkak dah mata tu." Kata Shah yang merenungnya lembut.

Namun Leia buat tidak tahu sahaja. Mata dia hanya dipasakkan ke mata Shah. Meminta pengertian dari lelaki itu.

Deringan telefon milik Leia berbunyi. Namun telefon itu bukan berada di tangan Leia. Sebaliknya di dalam poket seluar milik Shah.

Apabila melihat nama pemanggil. Tiba-tiba jantung Shah berdebar. Takut dengan keberangkalian yang satu itu.

"Siapa?" Soal Leia.

Lambat-lambat Shah menjawab panggilan tersebut. Apabila mendengar suara Ainur di hujung sana memaklumkan apa yang terjadi, duduknya terkaku sendiri. Bagaimana mahu menyatakan hal itu kepada isterinya.

"Kenapa?" Soal Leia.

Apabila soalannya tidak dijawab, Leia bersuara kembali.

"Kenapa, Shah?" Soal Leia sedikit kuat sambil tangan menggoncang kasar tangan Shah di atas meja.

"Mama...mama dah takde." Kata Shah tersekat-sekat.

Air mata Leia yang sudah berjaya dia hentikan sebentar tadi kembali mengalir. Deras. Runtun jiwanya. Hilang semangatnya.

Tanpa berlengah Leia bangkit dari duduknya dan berlari menuju ke bilik rawatan mamanya. Panggilan Shah dibelakang tidak dihiraukan. Laju kakinya melangkah.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now