BAB 31

44 8 0
                                    

Hari ini mereka akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti. Namun Shah tidak membeli tiket penerbangan tetapi membeli tiket feri. Katanya boleh menikmati pemandangan dengan menaiki feri. Kalau naik kapal terbang hanya boleh melihat kepulan awan sahaja.

"Saya dah siap." Tegur Leia apabila melihat Shah sibuk dengan telefon di tangan.

Shah segera bangkit dari duduknya dan menghampiri Leia yang baru sahaja turun bersama bagasi mereka. Diangkat bagasi itu untuk dibawa ke kereta. Boleh tahan berat juga. Macam manalah Leia boleh angkut bawa turun bagasi seberat itu.

"Boleh tak sebelum pergi kita singgah Ipoh? Dah lama saya tak ziarah kubur arwah mama." Kata Leia. Meminta izin.

Shah kata tiket feri mereka untuk ke Pulau Langkawi ialah petang nanti. Jadi boleh kut mereka singgah dulu ke Ipoh sebelum ke Kedah. Lagipula sudah lama dia tidak menziarah kubur arwah mamanya itu. Sudah alang-alang naik ke utara ni, lebih baik dia pergi menziarah kubur mamanya. Membersihkan apa yang perlu.

Shah mengiakan permintaan Leia dan mengangguk tanda dia setuju dengan permintaan Leia. Sempat dia menoleh ke arah Leia untuk melihat reaksi wajah isterinya itu. Namun Leia hanya memalingkan wajahnya ke sisi tingkap. Jadi tidak kelihatan jelas wajah Leia ketika itu. Ditambah pula dengan gaya tudung loose yang Leia pakai membuatkan sisi wajahnya sedikit terlindung. Baru beberapa hari sahaja Leia memakai tudung. Itupun setelah beberapa kali diminta suaminya itu.

"Awak okay tak Leia?" Soal Shah lembut. Dari tadi isterinya itu hanya mendiamkan diri. Risau juga dia.

"Saya okay." Balas Leia perlahan sambil membalas pandangan suaminya itu. Dia menayang segaris senyuman untuk meyakinkan jawapannya itu.

Jemari Leia di riba ditarik dan digenggam kemas. Shah tahu Leia tidak okay. Dari gayanya sudah dia mengerti. Sudah pasti ada rasa rindu buat arwah mamanya itu. Tapi dia tidak mahu tanya lebih-lebih. Biarlah Leia melayan perasaannya itu. Selagi dia tidak meraung seperti tempoh hari itu sudah.

Lama juga tautan tangan mereka bersatu sebelum dirungkai lembut oleh Leia.

"Awak ambil kat mana lesen kereta dulu ni ha? Siapa ajar bawa kereta sebelah tangan je. Laju-laju nak pergi mana. Bahaya tahu." Tegur Leia.

Ialah dahlah memandu di lorong kanan. Dengan kelajuan yang melebihi had laju pula tu. Mana Leia tidak risau. Kalau ikutkan mahu juga dia genggam lama-lama tangan suaminya itu. Namun sekarang bukan masa yang sesuai. Nak romantik dalam kereta boleh. Tapi sila gunakan lorong paling kiri dengan had laju yang minimum dan berhati-hati.

"Saya dulu racer okay. Bawa tanpa menggunakan tangan pun bolehlah." Balas Shah sambil melepaskan kedua-dua tangannya bebas dari memegang stering. Bangga diri.

"Awak jangan macam-macam Shah. Awak bawa nyawa saya sekali ni!" Kata Leia sambil menepuk kasar peha Shah. Geram. Kalau dah tak sayang nyawa sekali pun jangan bawa dia bersama. Masih banyak impiannya belum tercapai.

Shah hanya tergelak melihat gelagat Leia. Dia bergurau sahaja. Mahu mengusik. Segera dia menukar lorong duduk di lane tengah dengan mengikut had laju yang ditetapkan. Lagipula pagi ini tiada banyak kereta, itu yang dia sedap tekan minyak sehingga tidak sedar sudah melebihi had laju.

"Sekarang dah boleh pegangkan." Kata Shah sambil meraih kembali jemari Leia untuk digenggam.

"Bahayalah memandu sebelah tangan." Kata Leia. Namun tidak dia rungkai tautan jemari mereka.

Ialah kalau hilang kawalan nanti macam mana. Dah membahayakan diri. Bukan diri sendiri sahaja, tetapi boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain juga nanti. Lebih baik kita mencegah sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kemudian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now