BAB 10

76 7 0
                                    

Hujung minggu itu, rancangannya dengan Ainur berjalan seperti biasa. Pagi-pagi itu dia telah menerima panggilan daripada si Ainur untuk mengingatkannya tentang perancangan mereka tempoh hari. Namun sedikit sahaja yang ditukar. Haritu rancangan mereka mahu ride pusing-pusing Kuala Lumpur sahaja. Pagi ini Ainur tiba-tiba menukar rancangannya dan mengajak Leia sedikit jauh, iaitu mereka akan ke Perak. Ride menuju ke Lata Kinjang, Perak. Sudah lama motor Yamaha R25 nya tidak berjalan jauh. Nasib baik, Leia selalu service motornya on time. Jadi dia tidak perlu risau sangat.

Itu yang Leia sekarang ni tengah sibuk-sibuk memilih pakaian yang sesuai. Sudah pasti mereka bakal mendaki bukit untuk menuju ke puncak air terjun. Dah sampai ke sana, tidak seronok pula jika tak bermandi-manda. Justeru dia kena memilih pakaian yang bersesuaian dan dimasukkan ke dalam beg galasnya. Dan Leia segera bangkit untuk membersihkan dirinya.

Sebelum memulakan perjalanan, mereka berkumpul di rumah teman lelaki si Ainur. Ya mereka. Teman lelaki Ainur ada mengajak rakan-rakannya sekali. Lebih kurang dalam 20 orang rakan-rakannya. Kata Ainur lagi ramai, lagi meriah kalau nak ride jauh-jauh. Dan sudah pasti ada back up sekiranya berlaku apa-apa. Leia bersetuju sahaja. Boleh lah dia buat ramai kawan nanti. Dan apabila semuanya telah tiba, perjalanan pun bermula.

"Weh Nur, aku nak pergi toilet kejap." Kata Leia sewaktu mereka sedang berhenti rehat di kawasan RnR untuk bersarapan.

Leia sebenarnya nak lari. Ada sorang lelaki bernama Haziq dari team ride dia hari ini dari tadi tengok-tengok Leia dan cuba-cuba nak rapat dengannya. Pada mulanya Leia okay sahaja kerana Leia dengan team member yang lain okay sahaja. Namun lama-kelamaan dia macam sedikit tidak selesa. Risau pun ada.

"Awak nak ke toilet ke Leia? Jom lah sekali jalan." Bingkas Haziq bangkit dari duduknya.

Terkejut Leia dengan kenyataan dari si Haziq. Memanglah Leia tahu yang Haziq tidak boleh mengapa-apakan dia di kawasan awam seperti ini. Namun dia tidak selesa. Dahlah baru hari ini berkenalan, dah nak melebih-lebih macam kenal lama. Amat tidak normal ya bagi Leia nak pergi ke tandas ditemani dengan kawan lelaki yang baru dikenali.

Leia tidak jadi melangkah. Sebaliknya dia memberi isyarat mata kepada Ainur untuk meminta pertolongan. Mujur Ainur faham bahasa isyaratnya tu. Leia dan Ainur melangkah bersama menuju ke tandas awam.

"Seram gila aku dengan kawan boyfriend kau tu." Kata Leia sewaktu mereka melangkah menuju ke tandas. Si Haziq tu tidak jadi pula mahu ke tandas apabila Ainur bangkit menemaninya tadi. Bukan Leia mahu perasan sendiri yang Haziq tu macam mahu mengoratnya namun dari gaya pun jelas kelihatan. Mana Leia tak takut.

"Itulah kau. Yang kau tak pakai cincin tunang kau dah kenapa? Tu yang dia ingat kau single." Balas Ainur selamba.

Leia ingatkan Ainur bakal membela dia namun Ainur mengenakannya kembali. Sengaja Leia tinggalkan cincinnya tersebut. Bukan mahu mengaku bujang, tetapi dia risau yang cincin itu akan hilang sekiranya dia buat aktiviti lasak nanti. Karang kalau kena pulang cincin akibat putus tunang susah pula dia mahu mencari cincin tersebut kalau hilang. Jadi lebih baik dia simpan sahaja di rumah. Selamat.

Akhirnya mereka tiba di puncak air terjun. Sebaik tiba, masing-masing laju terjun ke dalam air. Cuma yang team perempuan sahaja masih santai duduk di atas batu sambil merendam kaki ke dalam air.

Leia segera duduk di batu setelah menyinsing kaki seluarnya sedikit hingga menampakkan betisnya. Banyak gambar yang dia ambil dan dia ada juga menghantar selfie kepada mamanya sebagai tanda update yang dia telah selamat tiba. Awal pagi dia ada maklumkan kepada mamanya yang dia nak daki bukit. Namun tidak pula dia bagitahu dengan terperinci bukit mana yang dia mahu daki. Itulah rutinnya yang selalu update mamanya apa sahaja yang dia buat.

"Awak suka ke ride jauh-jauh macam ni." Terkejut Leia dengan sapaan Haziq yang telah duduk disisinya.

Cepat-cepat Leia menurunkan kembali kaki seluar yang disinsing kerana dia melihat yang Haziq melirik sekilas mukanya sebelum melirik betisnya. Leia sedikit bengang. Sudahlah main duduk sahaja tepi dia tanpa minta izin. Namun, Leia balas juga pertanyaannya.

"Tak juga. Ikut mood." Balas Leia sambil sibuk melihat telefonnya. Sebetulnya dia tidak selesa. Mahu bangkit nanti nampak tidak sopan pula.

"Awak ada teman lelaki?" Soal Haziq tanpa berkias. Direct.

"Bukan sahaja teman lelaki, dia tu dah jadi tunang saya. Lagi tiga bulan kita orang bakal kahwin." Jawab Leia menipu. Padahal baru bertunang seminggu. Dia ada lebih kurang dalam 31 minggu lagi untuk bergelar tunangan Umar sebelum menjadi isteri. Itupun kalau jadi.

"Tapi takde pula cincin kat jari awak." Balas Haziq sambil melirik ke jari Leia.

"Ouh. Saya tak pakai harini. Sebab takut hilang. Nanti tunang saya marah." Jawab Leia jujur dan lancang.

"Awak kalau nak menipu sekali pun agak-agaklah." Tambah Haziq

"Ya Allah, saya nak menipu apanya. Tak percaya awak tanya si Ainur tu ha." Balas Leia sebal. Tiada guna Leia nak menipu.

"Saya tetap tak percaya." Balas Haziq

Leia sebal dengan sikap Haziq. Kalau boleh malas dia mahu terangkan dengan lebih lanjut. Namun tidak mahu diganggu terus oleh si Haziq, Leia mencari gambar ketika dia sedang bertunang dalam galeri telefonnya.

"Ni ha tengok ni kalau tak percaya." Balas Leia sambil menunjuk gambar tersebut kepada Haziq.

"Boleh jadi tu gambar awak dekat pelamin kawan awak sewaktu awak jadi bridesmaid. Alah macam saya tak tahu kebiasaan perempuan ambil gambar konon-kononnya dia punya majlis, padahal itu majlis kawan diorang." Kata Haziq masih tidak percaya.

"Ni ha, tengok jari siapa yang sedang disarung cincin tu." Balas Leia geram. Kali ini dia tunjuk gambar dia bersama Puan Umaira.

Haziq macam terkedu seketika. Dan cepat-cepat dia minta diri mahu turut serta kawannya yang lain. Katanya kawannya memanggil. Entah betul ke tidak. Leia tidak mendengar pula.

"Tahu malu sendiri. Orang cakap taknak percaya." Bebel Leia sendiri.

"Haziq cakap apa dengan kau weh?" Soal Ainur. Entah bila pula si kawannya itu labuhkan duduk ditepinya dia sendiri tidak sedar.

"Hmm. Dia boleh tak percaya aku cakap yang aku sudah bertunang. Bila aku tunjuk gambar majlis aku baru tahu terkedu member tu." Balas Leia bersama tawanya.

"Eh aku tak tengok lagi gambar kau. Boleh aku tengok?" Soal Ainur.

Tanpa kata dia menghulurkan telefonnya kepada Ainur.

"Weh kau takde minta ke gambar tunang kau?" Soal Ainur.

Soalan Ainur itu sendiri membuatkan Leia berfikir sejenak. Betul juga kan, kenapa dia pun tidak ada meminta gambar dari umi atau mama untuk melihat wajah si Umar ni.

"Takde. Dia pun takde minta gambar aku. Mesej aku pun dia tak balas-balas." Kata Leia.

"Ha panjang umar tunang kau weh?" Kata Ainur sambil menghulur telefon kembali kepada Leia apabila dia nampak notifikasi yang naik daripada contact yang disimpan Leia sebagai 'Umar (Fiancee)'.

Mahu tidak terkejut Leia apabila Ainur berkata begitu. Selama tujuh hari ini, mesej yang dihantar tidak berbalas. Tiba-tiba hari ini baru mahu membalas. Baru jumpa jasad ke roh si Umar ni.

Terkejut Leia apabila membaca kiriman mesej dari Umar. Dia tergamam. Tidak tahu mahu membalas apa. Sedar-sedar sahaja air mata mengalir lesu di pipinya.

"Weh Leia! Kau kenapa?" Soal Ainur panik apabila melihat kawannya menangis tiba-tiba. Sudahlah dalam hutan. Takut pun ada.

"Mama aku Nur. Aku kena balik jumpa mama aku." Balas Leia segera bangkit dari duduknya.

"Sorry tau weh, aku kena gerak turun dulu." Tambahnya dan mula mengatur langkah untuk memakai kasutnya kembali.

"Kau boleh tak turun sendiri tu." Soal Ainur. Risau juga Ainur mahu membiarkan Leia turun sendiri. Namun Ainur akur apabila Leia meyakinkan dirinya yang Leia boleh turun sendiri. Lagi pula Leia tidak mahu Ainur pula yang kena naik sendiri.

Dan Leia segera mengatur langkahnya untuk turun kebawah. Mungkin terlalu risaukan mamanya, dia turun dengan laju kerana mahu cepat tiba ke destinasi. Namun entah di mana silapnya, dia tergelincir jatuh. Habis baju seluarnya kotor dengan tanah.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now