BAB 16

100 9 2
                                    

Pagi itu Leia melelapkan mata seketika di ruang rehat di kedainya. Shah kata nak datang pukul 7, namun pukul 6 pagi dia menerima panggilan dari lelaki tersebut menyatakan yang dia terpaksa ke Johor pagi itu atas urusan pekerjaan. Emergency call katanya. Leia ada memberitahu Shah untuk tukar ke hari lain sahaja dia datang ambil motornya. Namun Shah kata dia sudah berada di depan rumahnya. Jadi dengan kelam kabut Leia bersiap. Tidak mahu lelaki itu terlewat pula.

Sudahlah dia baru bangun. Mandi pula ala kadar sahaja. Dekat 20 minir jugalah dia sidai Shah diluar. Shah pun satu, kalau ada hal, mesej sahaja dia pagi itu. Tak perlu datang menjemputnya. Bukan dia tiada kereta mahu ke kedainya sendiri. Atau Shah rimas tengok motornya menumpang lama dirumahnya. Itu yang disuruh juga ambil hari ini.

Kedengaran seseorang sedang melangkah masuk ke ruang itu membuatkan Leia terjaga. Sudah pasti Ainur. Leia mengeliat kecil sebelum menggosok matannya bagi menyedarkan dia dari alam mimipi.

"Awal kau datang." Kata Ainur yang datang menghampirinya.

Leia melihat jam di tangan. Baru pukul 9.30 pagi. Awal juga si Ainur ni. Leia bangun duduk dan bersandar di sofa tersebut. Di ruang kecil itu ada menyediakan sofa untuk dirinya dan Ainur berehat.

"Aah awallah." Balas Leia masih melayan kantuk.  Sesekali dia menguap kecil. Semalam sudahlah dia tidur lewat kerana tidak boleh tidur.

"Eh kau datang naik motor ke? Tapi tak nampak pula kau park motor kat tempat biasa kita." Kata Ainur sambil memumcungkan mulutnya ke arah helmet Leia yang diletakkan di atas meja.

"Takdelah. Haritu tunang aku tolong tunda motor aku. Dia hantar kat rumah dia. Itu yang aku nak datang ambil balik nanti." Jawab Leia malas-malas. Mengantuk betul Leia. Aci tak kalau hari ini dia mahu cuti lagi. Tak boleh. Dah seminggu dia biarkan Ainur kerja sorang-sorang.

"Eh wait, kira kau dah jumpa tunang kaulah ni? Macam mana herlok tak? Kau berkenan tak? Kena tak dengan taste kau?" Soal Ainur yang telah mengambil tempat duduk disebelah Leia. Kepochi betul minah sorang ni. Samalah macam Leia.

Hilang terus kantuknya apabila Ainur menyergah begitu. Leia membetulkan rambutnya yang telah kusut sedikit.

"Boleh lah. Rupanya kan Nur, tunang aku ni aku pernah jumpa dah sebelum aku kenal dia sebagai tunang." Jawab Leia.

Lalu Leia menceritakan perihal bagaimana kali pertama dia bertemu dengan Shah. Kisah sewaktu di pantai tempoh hari diceritakan kembali kepada Ainur. Sehinggalah detik dia bertemu di hospital tempoh hari.

"Eh kejap. Mamat tu bukan yang sama dengan yang kau kata kawan kau tempoh hari waktu dia datang beli bunga kan?" Soal Ainur cuba mengingat kembali raut wajah lelaki tersebut.

"Hurm." Balas Leia.

"Lepas ni takut makin kerap datang je kedai ni. Beli bunga untuk buah hati dia ni." Gurau Ainur sambil mencucuk-cucuk lengan Leia.

"Tapi kan, dia beli bunga tu untuk siapa sebelum ni? Dua kali dah dia datang. Beli pula bunga jenis yang sama je." Kata Ainur sambil terfikir-fikir sendiri.

Leia malas mahu berfikir perihal itu sebenarnya. Mungkin Shah memang sejenis yang sukakan bunga. Atau lelaki itu beli untuk uminya, fikir Leia. Dia malas mengambil tahu sebelum ini Shah belikan bunga itu untuk siapa. Lagipun, dia baru kenal Shah dua minggu. Takkan dia mahu bertanya sekiranya lelaki itu ada teman istimewa yang lain.

Andai kata Shah ada teman istimewa yang lain. Leia sendiri yang akan undur diri. Dia juga masih dalam fasa mengenali Shah. Namun ayat Ainur sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

"Entahlah Nur. Mungkin dia beli untuk uminya kut." Balas Leia positif.

"Kau tak cuba-cuba tanya dia ke? Sama ada dia ada kawan lain?" Soal Ainur sebersalah.

Leia faham. Pasti Ainur risaukan dirinya. Lagi satu pasti Ainur tidak mahu dia menjadi pengganggu hubungan orang lain.

"Aku di fasa masih berkenal-kenalan dengan dia Nur. Tapi baru-baru ini dia setuju nak percepatkan majlis kahwin kita orang." Jawab Leia perlahan. Kerana selepas beberapa kali berhubungan dengan Shah, tiada pula tanda-tanda yang Shah ada kawan perempuan lain.

Walaupun masih baru lagi tempoh perkenalan mereka. Namun dia yakin Shah bukan lelaki yang suka mempermainkan perempuan. Lagi pula Shah itu pilihan mamanya. Anak kawan mamanya. Sudah pasti mamanya takkan memilih orang yang sudah ada teman istimewa. Mama juga tidak suka kalau anaknya digelar perampas. Lagi pula uminya juga sendiri yang datang meminang Leia untuk Shah.

Bagi Leia, kalau Shah sendiri sudah bersetuju dengan permintaan mama. Mesti Shah sudah bersedia untuk melangkah ke arah hubungan yang lebih serius dengannya. Dan Leia yakin, Shah itu tiada teman istimewa. Dan bak kata Leia tadi, sekiranya andaian dia salah. Dia sendiri akan undur diri.

"Ha! Bila tu?" Soal Ainur terkejut.

"Lagi tiga bulan." Jawab Leia.

"Ha! Awalnya. Haritu kata nak ikat 8 bulan." Kata Ainur masih terkejut.

Leia menjeling Ainur disebelah. Dah kalau begini menjerit di tepi telinganya. Silap hari bulan boleh pekak si Leia ni.

"Kau ni terkejut beria betul." Jawab Leia.

Dia tak sedar yang dia tengah mengata diri sendiri. Tempoh hari sewaktu bertemu dengan Shah juga dia punya terkejut bukan main kepalang. Cakap orang saja lebih.

"Taklah. Macam kejap betul. Kau dengan dia kan masih berkenal-kenalan." Jawab Ainur.

"Dah mama aku sendiri yang minta percepatkan majlis. Aku kan anak yang sentiasa menurut." Jawab Leia malas-malas.

"Eh dahlah jom gi depan. Siapkan tempahan customer." Jawab Leia sambil bangkit untuk berlalu ke depan.

Sudah dipesan jangan ambil terlalu banyak tempahan. Ini si Ainur pandai-pandai ambil. Katanya tak sampai hati nak menolak. Katanya waktu-waktu musim graduasi ni lah waktu keemasan untuk business nya berkembang. Kerana waktu sebegini adalah waktu kemuncak yang ramai pelanggan akan datang untuk membeli bunga.

Sedang leka menggubah tempahan. Satu mesej dari Shah diterima.

'Awak habis kerja pukul berapa?'- Shah

'Mungkin lambat sikit. Saya dengan Ainur nak siapkan tempahan customer.' - Leia

'Kalau lewat sangat, lain kali je saya datang ambil motor. Saya balik tumpang Ainur' - Leia

Leia segera membalas mesej daripada Shah. Dia juga tidak tahu pukul berapa kerjanya akan siap. Leia sejenis yang tidak suka menangguh kerjanya. Selagi boleh buat, dia akan buat. Dan selepas itu tiada balasan yang Leia terima. Dia kembali menyambung tugasnya. Hari ini dia pula yang ambil alih tugas Ainur untuk menghantar surprise delivery. Mujur sahaja Ainur bawa kereta ke tempat kerja. Susah pula mahu menghantar delivery naik motor.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now