BAB 4

73 6 0
                                    

Hujung minggu Leia pulang juga ke rumah mamanya. Agak terkejut Leia dengan keadaan rumahnya yang kelihatan begitu berseri apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mama buang tabiat ke hias rumah cantik-cantik macam ni. Siap ada mini pelamin berkonsepkan klasik di hujung sudut ruang tamu. Mama nak bertunang ke apa ni. Kenapa Leia tidak tahu apa-apa.

"Assalamualaikum mama. Mama sihat?" Sapa Leia sambil menyalam dan mencium pipi mamanya.

"Waalaikumsalam sayang. Mama sihat. Terlebih sihat ni dapat tengok anak mama depan mata." Balas Puan Lailatul sambil menarik Leia lembut ke dalam pelukan.

"Amboi mama, nak buat majlis apa minggu ni. Bukan main menghias rumah. Majlis mama nak bertunang ke?" Ujar Leia yang masih leka dalam pelukan mamanya.

Enaknya rasa berada dalam dakapan seorang yang bergelar ibu. Terasa penat pemanduannya ke sini lenyap seketika. Tidak salah keputusannya untuk pulang ke rumah. Dapatlah dia berehat sebentar dari sibuk di kedai. Biaslah sekarang musim graduasi. Tempahan bouquet flower yang diterima olehnya sangat banyak. Kadang tak menang tangan nak siapkan. Terpkasa dia bekerja lebih masa demi menghasilkan tempahan yang dia terima. Tidak sampai hati pula mahu melihat pelanggannya hampa sekiranya dia menolak tempahan tersebut.

"Aik ke situ pula, bukan majlis mama tapi majlis Leia." Balas Puan Lailatul sambil menggosok perlahan belakang badan anaknya.

"Ha! Majlis Leia? Kenapa Leia tak tahu?" Leia berkata sambil merungkai pelukan mereka. Mana tidak terkejut! Tiada angin tiada ribut dia akan bertunang? Seingat dia, tak pernah dia kata setuju dengan rancangan mamanya.

Ingatkan mamanya telefon tempoh hari, mama sudah lupakan permintaannya untuk berkahwin dengan anak kawannya. Ialah sepanjang perbualan mama tidak persoalkan apa-apa pun. Malah pendapatnya juga mama tidak tanya.

"Leia tak pernah kata Leia setuju pun kan mama. Kenapa mama buat keputusan tanpa pengetahuan Leia ni." Tambah Leia sambil meramas rambutnya. Stress!

"Mama tak boleh nak tentukan dengan siapa Leia perlu kahwin. Bila Leia perlu kahwin. Leia dah besar mama. Leia seharusnya boleh tentukan kehidupan Leia sendiri." Tambahnya lagi.

"Mama buat semua ni demi kebaikan Leia. Mama dah kata kan haritu by hook or by crook Leia tetap kena kahwin dengan Umar." Puan Lailatul berkata sambil memimpin tangan Leia untuk duduk di sofa. Mereka perlu berbincang. Majlis ini tetap harus berlangsung.

"Kebaikan apanya mama. Leia kenal dia pon tidak. Nama dia pon baru Leia tahu hari ini. At least bagilah Leia masa untuk berkenal-kenalan dengan si Umar ni dulu mama." Leia berkata sambil mengelus lembut tangan mamanya cuba memujuk.

"Mama dah jumpa dia, mama tengok personaliti dia. Mama yakin dia mampu jaga Leia." Ujar Puan Lailatul.

"Boleh tak kalau sekali je. Sekali je mama, bagi Leia atur hidup Leia sendiri. Leia dah dewasa sepatutnya mama tak perlu campur tangan lagi dalam hidup Leia!" Leia membalas sebal dan segera bangkit untuk naik ke biliknya. Dia tarik balik kata-katanya. Sekarang ni Leia rasa lebih baik dia tak perlu balik ke rumah mamanya. Kalau dia tahu ada majlis untuknya, dia pun tidak mahu pulang ke rumah. Lebih baik dia habiskan masa hujung minggunya di kedai menyiapkan tempahan pelanggannya.

"Rombongan merisik akan datang lepas Maghrib. Diorang datang nak ikat tali pertunangan terus. Baju Leia mama ada sediakan dan gantung di dalam almari." Ujar Puan Lailatul.

Langkah Leia termati, dia segera berpaling semula ke arah mamanya dan melutut sambil menggenggam kedua-dua belah tangan mamanya.

"What! Mama! Apa ni mama." Balas Leia dan tanpa sedar air matanya mengalir. Ialah mana tidak sayu bila keputusan yang dibuat oleh mamanya tiada lansung tanya pendapatnya. Sudah lah dia tidak tahu apa-apa pasal majlis yang akan berlangsung. Malam ni pula tu majlis merisik.

Aci tidak kalau Leia mahu angkat kaki pulang ke Kuala Lumpur semula. Tapi bagaimana dengan mama. Leia tidak sanggup mahu memalukan mamanya. Dan dia juga tidak mahu terikat dengan pertunangan yang dia sendiri tidak tahu siapa bakal tunannya. Entah-entah kaki pukul ke. Seorang yang baran ke. Ialah depan Puan Lailatul dia tunjuklah baik takkanlah mahu tunjuk sisi jahatnya.

"Selama ini Leia sentiasa dengar apa permintaan mama. Mama minta Leia duduk dengan nenek, Leia ikut mama. Mama minta Leia belajar di universiti pilihan mama, Leia ikut. Tak pernah Leia bantah permintaan mama. Bahkan dulu masa Leia study nak balik rumah juga kena dapatkan izin mama dulu. Boleh tak sekali ini je. Sekali ini je mama bagi Leia corak hidup Leia sendiri." Pinta Leia dengan penuh pengharapan.

Leia hamburkan segala isi hatinya. Selama ini dia hanya pendam sendiri. Dia tidak pernah bunyi bila Puan Lailatul minta itu ini. Namun hari ini dia tidak mahu hidupnya diatur lagi. Bukan rasa terkongkong cuma Leia juga mahu merasa bebas. Bebas tanpa perlu ikut segala permintaan mamanya yang dia rasakan tidak adil untuknya.

Mendengar luahan hati Leia sedikit membuat Puan Lailatul tersentak. Puan Lailatul sangka selama ini Leia gembira dengan apa jua permintaanya kerana Leia tidak pernah bersuara. Namun selama ini segala yang Puan Lailatul buat demi kebaikan Leia. Puan Lailatul juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan anaknya. Mana mungkin seorang ibu sanggup berjauhan dengan anaknya sendiri. Satu-satunya arta dia. Namun dia juga terpaksa.

"Mama minta maaf sayang. Tapi keputusan mama muktamad. Leia kenal-kenal dulu dengan Umar selepas ini. Majlis bertunang tetap akan berlangsung malam ni." Ujar Puan Lailatul tegas. Dia bukan tidak kasihan dengan permintaan anaknya. Namun, Puan Umaira juga yang beria-ria mahu menyatukan anaknya si Umar dengan Aleia. Katanya sudah berkenan untuk bermenantukan Leia.

"Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan? Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini." Balas Leia sayu.

Segera Leia bangkit berdiri kerana tidak mahu memanjangkan perbualan yang mana pada akhirnya dia tetap harus akur dengan permintaan mamanya. Langkah segera diatur untuk naik ke biliknya.

Mahu tidak mahu, Leia bakal ikut permintaan mamanya. Bukan kerana dia mengalah. Namun dia akur dengan takdir hidupnya. Kerana bagi Leia, mama adalah satu-satunya harta paling berharga. Puan Lailatul itulah kunci syurganya. Oleh kerana tidak mahu menghampakan mamanya, Leia akur dengan permintaan mama walaupun kadang kala dia sendiri tidak tahu adakah dia benar-benar ikhlas dengan jalan itu.

Puan Lailatul hanya memndang sayu pemergian anaknya. Harap anaknya tidak membuat perangai. Kalau tidak, mana dia nak letak muka kalau majlis pertunangan tidak jadi.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now