BAB 13

81 9 2
                                    

Pinggan yang berisi nasi ayam diletakkan di atas meja Leia. Sudu dan garfu juga turut dihulurkan untuknya. Selepas pemeriksaannya dengan doktor sebentar tadi, Shah membawanya ke kafeteria hospital kerana dia juga masih belum makan tengah hari sejak tadi.

Selepas membeli air, duduk Shah labuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Leia.

"Awak tak makan sekali ke?" Soal Leia kepelikan kerana hanya ada nasi untuknya sahaja. Takkanlah mereka perlu berkongsi.

"Saya makan dah tadi." Balas Shah sambil menghirup nescafe nya.

Leia baru sahaja mahu menyuap suapan pertamanya namun apabila ditegur oleh Shah, terhenti perbuatannya.

"Mana cincin? Kenapa tanggalkan?" Soal Shah sambil melirik ke jari Leia yang kosong.

"Saya tinggal kat rumah." Jawab Leia sambil meneruskan suapannya

"Kenapa tak pakai? Tak sudi jadi tunang saya?" Soal Shah.

"Saya kan tadi buat aktiviti lasak. Nanti hilang, susah pulak. Dahlah hantar rombongan mengejut, pastu bagi pula cincin longgar."  Balas Leia selamba. Suka hati dia saja complain pasal cincin tunang yang dia terima.

Shah tidak membalas. Mungkin malas mahu melayan. Segera dia mengambil telefon yang diselit di poket seluarnya untuk melihat update terkini.

"So lelaki ke perempuan?" Soal Shah tiba-tiba. Macam tidak menyambung pula topik si Shah ni. Tadi baru bercakap pasal cincin. Orang complain boleh dia buat tidak tahu.

"Apa yang lelaki ke perempuan? Awak ni suka lompat-lompat topik. Tak faham saya." Balas Leia.

"Tadi tu ha. Kawan lelaki ke perempuan yang tolong awak?" Soal Shah kembali.

Barulah Leia dapat tangkap apa yang mahu disampaikan oleh lelaki itu. Baru dia teringat akan soalan yang lelaki itu sebelum dia masuk ke bilik rawatan sebentar tadi.

"Dua-dua tolong." Jawab Leia yang masih menikmati makanannya.

"Saya harap awak tahu jaga batas awak." Balas Shah selamba. Namun pandangannya masih sibuk pada telefon ditangan.

Betullah kan yang menolongnya Ainur dan Haziq. Tapi lebih kepada Haziq yang banyak membantunya turun. Ainur hanya bantu memberi semangat buat Haziq. Jadi Leia rasa betullah jawapan yang dia bagitahu. Tapi kenapa ayat Shah itu bagai sedang menegurnya. Nasib baik Leia tidak buka cerita yang Haziq mendukungnya turun.

Leia hanya mengangkat bahunya tanda malas mahu mengambil pusing teguran Shah. Dia kembali menyambung menikmati makanannya.

"Weh Leia, asal aku call tak angkat." Tegur Ainur sambil selamba menarik kerusi disebelahnya. Ainur masih tidak sedar dengan siapa Leia duduk.

"Sorry, phone aku kat atas." Balas Leia. Terlupa pula tentang kewujudan kawannya itu.

"Mana yang lain?" Tambahnya.

"Ada kat meja sana tu ha. Ni kita orang nak kena ride balik dulu weh. Kau macam mana?" Kata Ainur.

"Takpelah korang gerak dulu. Sorry dah rosakkan plan hari ni." Kata Leia sambil memuncungkan mulutnya. Tanda sebersalah kepada kawannya.

"Eh takde apalah. Weh sorry aku kacau kau dengan kawan kau. Tak perasan pula." Kata Ainur apabila lelaki di hadapan mereka berdehem. Mahu orang tahu yang Shah itu wujud. Ainur mengangguk dan tersenyum sebagai tanda menyapa Shah yang sedang duduk.

"Motor kau nanti macam mana? Adik aku tu takde lesen. Kalau tak boleh tolong bawa balik dulu." Soal Ainur kembali kepada Leia.

"Takpe. Yang tu nanti aku settle sendiri." Balas Leia. Tidak mahu Ainur terlalu memikirkan masalahnya.

"Leia kita orang gerak dulu tau. Team yang lain dah tunggu." Tiba-tiba, teman lelaki Ainur datang menyapa.

"Ha takpe-takpe. Sorry tau guys." Balas Leia sambil menyantumkan tangannya gaya memohon maaf.

Mereka semua sudah berlalu untuk pergi. Hanya Haziq yang menunggu disitu untuk menegurnya sebelum pamit.

"Kaki awak macam mana Leia? Dah check ke?" Soal Haziq dengan nada prihatin.

"Dah baru je tadi. Anyway thank you banyak tolong saya." Jawab Leia dan sekali lagi di berterima kasih. Budi orang harus dikenang.

"No biggie! Lagipun bahu saya okay je lagi. Bukannya awak berat pun." Tambah Haziq sambil menepuk-nepuk bahunya.

Dan Leia hanya tersenyum sumbing dengan ayat yang dilontarkan oleh Haziq. Dan selepas berpamitan, Haziq terus mengikut jejak langkah yang lain.

Leia kembali menikmati makanannya. Sehingga licin pinggan Leia makan. Dah tak toleh-toleh lagi tengok orang di sekelilingnya. Yang penting dia kenyang. Ialah waktu sarapan tadi dia hanya menjamah sandwich, mana tidak kebulur. Terhenti sedutan Leia yang leka menyedut jus orennya apabila dia perasan yang mata Shah memerhati tingkah lakunya. Buruk sangat ke cara Leia minum? Rasanya Leia minum seperti biasa saja.

"Apa?" Soal Leia tidak betah apabila dilihat begitu oleh Shah.

"So dialah yang tolong awak. Eh, yang dukung awak turun?" Soal Shah.

Leia pelik. Shah dari tadi sibuk dengan telefon ditangan. Dia fikir Shah tidak mendengar apa yang dikatakan Haziq. Rupa-rupanya dengar juga. Ingatkan sibuk sangat sampai tidak hiraukan kawasan sekeliling.

"Darurat okay! Saya pun masih tahu jaga diri saya. Saya bukannya sejenis orang yang suka-suka hati bagi orang pegang saya!" Jawab Leia sebal.

Ayat Shah tadi Leia rasakan bagai sedang memerlinya. Ialah dia tahulah yang dia tu tidak bertudung. Namun dia juga masih tahu jaga diri. Bukannya dia sejenis yang melampaui batas. Walaupun Leia itu ramai kawan lelaki kerana dia sering ikut serta apabila ada ride keliling Malaysia, namun dia masih tahu batasan.

"Saya tak cakap apa-apa pun. Saya tanya je." Balas Shah selamba.

Geram saja Leia. Dah kalau soalannya bagai memerli Leia. Leia rasa dia perlu pertahankan diri dia. Namun mungkin juga Leia yang salah tafsir apa yang mahu dikatakan oleh Shah. Boleh jadi memang niat Shah bukan memerlinya.

Dan selepeas itu mereka berdua terus berlalu untuk naik ke bilik yang menempatkan mamanya. Sedang menunggu pintu lif terbuka. Leia membuka bicara.

"Saya dah biasa panggil awak, Shah. Jadi selepas ini saya tetap akan panggil Shah je." Kata Leia secara tiba-tiba. Biarpun mama dan seluruh ahli keluarganya memanggil Shah dengan panggilan Umar, dia lebih selesa memanggil Shah. Kerana nama itulah yang diperkenalkan kepadanya sewaktu kali pertama mereka bertemu. Dia sudah serasi dengan panggilan itu.

"Saya lagi suka awak panggil saya Shah. Lepas ni saya kena biasakan panggil awak Leia lah." Jawab Shah sambil menolak kerusi rodanya ke dalam perut lif.

Tiba-tiba idea nakal Leia datang. Dia mahu mengusik lelaki itu.

"Nope. Sayang is better. Nanti lepas kita kahwin kita upgrade." Jawab Leia sambil mengenyit sebelah matanya. Mengusik.

Shah tidak memberi sebarang reaksi. Ingatkan lelaki itu akan terkedu. Hampeh. Baru Leia nak kenakan si Shah, tetapi tidak berjaya. Shah ni sejenis tiada perasaan ke?

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now