BAB 2

84 6 0
                                    

"Nah." Kedengaran suara seseorang bersama huluran tuala di sisi kepalanya.

Leia kelihatan terpinga-pinga dan segera mengalih pandangan untuk melihat gerangan yang menghulurkan tuala kepadanya. Leia terpempan melihat gerangan yang menghulurkan tuala buatnya. Dan tanpa ragu-ragu dia terus mengambil tuala yang dihulurkan untuk membaluti tubuhnya yang sudah basah. Leia agak tidak selesa dengan keadaan dirinya kerana baju yang dipakai telah melekat membentukkan lekuk tubuh badannya.

"Sama-sama." Balasan lelaki tersebut ketika Leia mengambil huluran tualanya sambil melabuhkan duduk di tepi Leia.

"Err... terima kasih. Nak perli aku lah tu." Leia bersuara dan ayat terakhir yang diungkap olehnya lebih perlahan. Leia agak terkejut kerana lelaki tersebut telah melabuhkan duduk disisinya tanpa pamit.

Suasana kembali sunyi di situ.

Pada awalnya Leia tidak mahu naik ke bilik hotelnya dalam keadaanya yang masih basah kerana dia perlu melalui ruang makan di hotel tersebut untuk menuju ke lif utama. Lebih-lebih lagi, sekarang ramai yang sedang bersarapan disitu. Lagi pula, dia segan dengan keadaan baju yang melekat ditubuh. Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas bangku yang disediakan di kawasan berhampiran hotelnya sementara menunggu bajunya sedikit kering.

Tidaklah Leia membawa tuala turun bersama kerana niatnya memang tidak mahu mandi pantai hanya sekadar untuk mengambil angin pagi. Tapi lain pula jadinya apabila dia dengan sukarela mahu menjadi 'lifeguard' tidak berbayar sebentar tadi. Maka di bangku inilah dia terdampar.

"Saya nak minta maaf pasal tadi dan terima kasih selamatkan saya. Tapi sumpah bukan niat saya nak bunuh diri pun." Lelaki tersebut bersuara setelah lama keadaan antara mereka senyap sahaja dari tadi.

"Habis kalau bukan nak bunuh diri kenapa pergi main jauh-jauh dari kawasan cetek kalau dah tahu tak pandai berenang. Dah menyusahkan orang." Leia bersuara bagi membalas penyataan lelaki tersebut. Mujurlah Leia ada kemahiran berenang kerana dulu sewaktu di universiti dia mengikuti kelab sukan renang. Maka dia tahulah cara untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Tiada maknanya Leia nak terjun korbankan nyawa sendiri kalau dia tidak tahu berenang. Nanti tak pasal-pasal dua mayat pula pasukan penyelamat perlu mencari.

"Awak boleh tak jangan cepat sangat buat konklusi sendiri. Saya bukan tak tahu berenang. Cuma tadi kaki saya kejang dalam air lepas bergelut dengan ketam yang sepit badan saya, tu yang hampir lemas. Dan kalau boleh saya pun tak nak susahkan awak." Balasan lelaki tersebut membuat Leia terkedu.

Pertama dia malu dengan lelaki tersebut yang menegurnya. Ialah, Leia pon satu, mulut tu main lepas cakap je. Tak tengok dah kiri kanan. Main redah saja. Kedua dia termalu sendiri kerana bukan lelaki itu meminta pertolongan darinya. Dia sendiri yang mahu menolong. Jadi dalam konteks ini, bukan lelaki itu menyusahkan Leia. Tapi Leia sendiri yang menyusahkan dirinya sndiri. Dia yang sukarela mahu membantu kerana risau apa-apa akan berlaku kepada lelaki tersebut. Ialah sifat prihatin yang tinggi wajar ada dalam diri setiap manusia, tapi tak wajar ada sifat suka buat konklusi sendiri.

Leia berpaling ke tepi dan menampar-nampar halus bibirnya yang terlalu lancang berkata-kata. Leia bukan seorang yang begini. Entah kenapa dia lancang berbicara, adakah kerana dia terlalu berdebar duduk dekat-dekat dengan lelaki tersebut. Habis semua percakapan main lepas sahaja.

"Erm." Leia membetulkan suaranya sebelum kembali bersuara.

"Maaf kalau kata-kata saya mengguris hati awak."

Keadaan kembali canggung. Untuk mengelakkan dari dirinya berasa tidak selesa, Leia berkira-kira untuk menyarung sandalnya dan beransur pergi. Tapi perbuatannya terhenti apabila lelaki tersebut kembali bersuara.

"Tenang je kan susasana pantai. Awak suka kan pantai?" Lelaki itu menyoal tanpa menoleh sedikit pon. Matanya hanya terpasung ke hadapan. Melihat keindahan ciptaan Tuhan.

Leia sekadar mengangguk untuk membalas pertanyaan lelaki tersebut. Dan Leia setuju dengan kata-kata lelaki tersebut menyatakan bahawa susasana di pantai amat menyenangkan.

Tidak mendengar balasan dari Leia, lelaki itu berpaling dan menjungkit sebelah keningnya sebagai isyarat untuk bertanya.

Leia tidak senang duduk dengan renungan lelaki tersebut.

'Aik, nak mengorat aku ke ni.' Desis hati Leia

"Hmm?" Suara lelaki itu kedengaran lagi.

"Apa?" Soal Leia sedikit gugup

"Awak suka kan pantai ke tak saya tanya?" Lelaki itu kembali mengulang soalan yang sama dan mengalih pandangannya ke depan semula apabila melihat Leia seakan tidak selesa.

"Ohh...suka. Tapi jaranglah saya ke pantai. Bila ada masa je baru saya pergi. Jadi mungkin boleh cakap suka yang biasa-biasa je." Leia bersuara bersama tawa halus. Dia ketawakan dirinya sendiri yang perasan lelaki tersebut mahu mengorat dia. Rajin pula mulutnya bercerita.

"Saya suka kan pantai. Sangat suka. Kalau boleh nak beli rumah dekat dengan pantai. Hari-hari boleh dengan deruan ombak. Jiwa yang kacau boleh tenang bila saya dengar deruan ombak." Lembut lelaki itu berbicara seperti sedang leka dalam dunianya sendiri.

"Tapi...kadang boleh mengganggu fikiran juga." Sambungnya lagi.

"Kenapa pula?" Lancang Leia bertanya.

Lelaki tersebut bagai tersentak dengan luahannya dan segera mengalih pandangan untuk melihat Leia di sebelah.

"Takde apa. Oh btw your name?" Lelaki itu menyoal untuk mengelak daripada dia tersasul membuka cerita.

"Aleia Irdina. And you?" Balas Leia sambil tersenyum melihat lelaki tersebut.

"Nice name. Saya Shah." Arshah membalas.

"Btw got to go. And thank you once again for your help. Kalau tak, susah pula pasukan penyelamat nak kena cari mayat saya. Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Arshah bersuara dan terus berlalu meninggalkan Leia sendirian.

"Waalaikumsalam." Sahut Leia dengan nada perlahan sambil tertawa halus dengan balasan dari Arshah.

'Saya harap kita akan bertemu lagi Shah di masa akan datang.' Desis hati Leia. Adakah Leia sudah dilamun cinta. Leia hanya tersenyum sendiri sebelum ikut bangkit dari duduknya untuk naik ke bilik setelah dia rasakan bajunya sudah semakin kering. Dia perlu membersihkan diri sebelum pulang kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya. Dua hari berlalu terasa sekejap sahaja. Rasa macam baru sejam tadi dia sampai ke sini.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now