BAB 30

53 8 0
                                    

Lewat malam itu baru Shah pulang. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjanya di pejabat. Leia tidak tahu kerana tiada sebarang mesej yang dia terima daripada suaminya itu. Walaupun sudah mendapat bunga petang tadi, namun entah mengapa sehingga kini Shah masih tidak menegurnya. Menghantar mesej untuk memberitahu ucapan maaf juga tidak. Hanya meninggalkan nota bersama bunga sahaja di kedai.

Leia yang sedang menikmati makan malamnya itu mengangkat muka apabila kerusi dihadapannya ditarik. Tidak lain tidak bukan sudah pasti Shah yang mengambil tempat dihadapannya itu.

"Awak masak ke Leia?" Soal Shah sekadar berbasa basi. Kekok juga rasanya nak berbual. Ialah dah salah diri sendiri. Terlalu mengikut emosi.

Leia sekadar mengangguk sebelum kembali menunduk untuk menjamah makanannya yang baru sahaja sedikit terusik. Dia perasan sepasang mata dihadapannya itu ralit melihatnya makan. Terlalu menikmati makan malamnya itu, terlupa pula Leia mahu mempelawa suami sendiri. Ialah kebiasaanya, Shah tidak makan malam. Paling lewat lelaki itu selalu makan ialah pukul 8 malam sahaja.

Sekarang angka sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Leia juga baru sahaja pulang dari kedainya selepas isyak tadi kerana ada beberapa perkara yang perlu dia selesaikan. Lagi satu, dia sengaja pulang lewat kerana tidak mahu bertembung dengan Shah. Dia masih segan mahu menegur lelaki itu walaupun itu bukan salah Leia sepenuhnya.

"Awak nak makan ke? Saya ada masak lebih." Soal Leia yang masih lagi menikmati makanannya itu.

Dan anggukan Shah agak mengejutkan Leia. Ini pertama kali lelaki itu mahu makan lewat malam begini. Segera Leia bangkit untuk mengambil pinggan dan gelas buat Shah sebelum kembali menyendukkan nasi dan lauk ke dalam pinggan Shah.

"Jarang-jarang awak nak makan lewat malam macam ni. Maaflah saya tak tanya awal-awal, saya masak lauk simple je." Kata Leia setelah menghidangkan pinggan berisi nasi tersebut kepada Shah sebelum kembali duduk.

"Harini rasa nak makan malam bersama dengan isteri saya. Selalu sangat saya tengok isteri saya makan lewat malam sorang-sorang. Hari ini biar saya teman dia." Jawab Shah sebelum menyuapkan nasi ke mulut.

Leia terharu. Sebelum ini selalu sahaja Shah menemaninya makan malam walaupun Shah tidak makan sama. Hanya minuman panas sahaja Leia sediakan untuk Shah sekiranya Shah turun ke dapur untuk menemaninya makan malam.

"Tiba-tiba je. Tak takut naik berat badan ke makan lewat-lewat malam macam ni." Kata Leia sambil melihat Shah yang begitu menikmati makan malamnya itu. Macam tak makan seharian je suami Leia ini.

Sengaja Leia berkata begitu kerana Shah selalu menegurnya begitu ketika dia makan lewat malam. Katanta tidak bagus untuk kesihatan makan lewat malam begitu. Walaupun tidak selalu, namun kebiasaanya selepas makan malam Leia akan terus tertidur tak lama kemudian. Itu yang selalu Shah tegur bila Leia makan lewat malam begini.

"Kalau berat naik, saya ajak awak exercise sama dengan saya. Awak tu pun saya tengok dah makin berisi." Tegur Shah. Tidaklah terlalu ketara berat badan Leia sudah bertambah.

Leia menjeling. Tidaklah berisi mana pun Leia rasa. Topik ni sensitif ya untuk orang perempuan. Jangan sampai esok Leia diet. Mahu dia tak makan seminggu sebab di tegur begitu.

Shah hanya tergelak melihat Leia menjelingnya. Suasana kembali sepi. Masing-masing senyap menikmati makan malam mereka. Setelah selesai, Leia mengemas meja dan membasuh segala pinggan mangkuk yang telah digunakan. Manakala Shah pula sudah menunggu Leia di ruang tamu.

"Awak nak cakap pasal apa?" Soal Leia setelah melabuhkan duduk di sofa bersebelahan dengan Shah. Lembut sahaja intonasi suaranya.

Ketika dia mengemas tadi, Shah ada menyuruhnya menunggu di ruang tamu kerana ada perkara yang mahu dibicarakan.

Dia, Mimpi SempurnaWhere stories live. Discover now