Bab 7

1 0 0
                                    

WILAYAH GUNUNG HULU

RUANG UDARA ZON PINTASAN WILAYAH

PANDANGAN aerial dari atas helikopter memperlihatkan sebahagian hutan yang dahulunya kaya dengan flora dan fauna kini dicemari dengan lompong-lompong tanah kosong akibat pembalakan.

Hasil bumi di Wilayah Gunung Hulu itu habis ditarah dan dijarah pemerintah. Dengan hasil bumi itulah kerajaan ini berkembang dan rakyat mendapat manfaatnya.

Namun ketidakadilan juga berlaku kepada penduduk di sana apabila mereka dinafikan hak untuk menerima yang terbaik daripada negara tersebut.

Helikopter tadi bergerak ke arah utara yang mana memperlihatkan sebuah kampung yang didiami penduduk serba kedaifan. Mereka tinggal di rumah kayu dan sumber air serta makanan yang mereka perolehi juga daripada hutan yang telah dijarah tadi.

"Kamu akan bawa masuk mereka ini?"

Menteri Perladangan, Tengku Shahfiz mengangguk sebagai menjawab pertanyaan Sultan Sulaiman yang sedang khusyuk melihat ke bawah dari atas helikopter tersebut.

"Kita akan membuka satu kawasan perladangan baru di Seputeh Bayu yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. Tenaga kerja di Seputeh Bayu tidak mencukupi untuk menanggung semua ini.

"Lagipun saya rasa mereka di sini pasti mahukan pekerjaan itu kerana mereka mahukan wang untuk terus hidup," jelas Tengku Shahfiz.

Sultan Sulaiman membuka cermin mata hitam yang dipakainya. "Tapi kamu tahukan natijahnya? Ini bermakna kita akan membuka sempadan wilayah ini sepenuhnya kepada mereka dan mereka boleh keluar dan masuk sesuka hati. Pasti ada penduduk di Seputeh Bayu yang kurang suka dengan keputusan ini."

"Ini untuk kebaikan kita bersama. Lagipun sampai bila kita nak sekat mereka kan? Mereka juga rakyat negara ini," Tengku Shahfiz.

Dia faham apa maksud Sultan Sulaiman. Di negara ini, mereka yang datang dari kelas yang berbeza tidak bergaul antara satu sama lain.

Sebagai contoh golongan atasan di Gema Sakti tidak bergaul dengan golongan pertengahan atau working class di Seputeh Bayu. Namun kalau atas urusan kerja, mereka mungkin boleh bertoleransi.

Namun golongan atasan dan pertengahan sama sekali tidak bergaul dengan golongan bawahan seperti di Gunung Hulu. Mereka yang di Gunung Hulu dianggap tidak berguna dan tidak setaraf dengan golongan dari Gema Sakti dan Seputeh Bayu.

"Pastikan kamu urus perkara ini sebaiknya. Kita tak mahu ada protes dan rasa tidak puas hati antara mana-mana pihak. Layanan juga harus diberikan sama rata kepada mereka," nasihat Sultan Sulaiman.

Ketua kerajaan itu kemudian mengarahkan helikopter tersebut untuk kembali ke Gema Sakti atau lebih tepat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gema Putra untuk menyambut kedatangan isteri pemerintah Bianglala Biru dan anakandanya yang tiba hari ini untuk lawatan rasmi mereka.

***

PERMAISURI ROHANA dan anak perempuannya, Puteri Mewangi dilihat menuruni tangga daripada jet peribadi yang membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gema Putra.

Ketibaan mereka disambut dengan karpet merah yang membawa terus ke bahagian dalam lapangan terbang. Sebaik memijak karpet merah, kelihatan Sultan Sulaiman dan Permaisuri Dara Halina menyambut dua beranak itu yang datang negara kecil jauh di selatan sana.

Manakala Kapten Adlishah atau Tengku Adlishah pula mengiringi dari belakang dengan lengkap berpakaian sut kehormat berwarna putih dan songkok hitam berlogo polis negara itu. Wajah Kapten Adlishah seperti kosong dan tidak berperasaan. Dia hanya fokus menjalankan tugas, malah wajah Puteri Mewangi juga langsung tidak ditatapnya.

Dunia Sebelah SanaWhere stories live. Discover now