11 | Deal Breaker

167 19 2
                                    

FLASHBACKS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


FLASHBACKS

Suara orang bertekak dan marah-marah kedengaran dari luar pintu sewaktu Zane berjalan masuk ke laman rumah datuknya itu. Dia baru sahaja pulang dari sekolah selepas menghadiri peperiksaan ketika mendapati dua buah kereta hitam sudah di parkir luar pagar rumah itu.

                    "Keluar!Aku kata keluar!"

                    "Dia anak saya. Saya ada hak terhadap dia ayah!"

                    "Siapa ayah kau!?Hah?Kau buang anak kau lama dulu. Kenapa sekarang kau datang nak kutip balik budak tu macam barang!"

                     "Ayah tahu kan keadaan saya tak mengizinkan saya untuk mempunyai anak pada masa tu!"

Zane berdiri di depan laluan masuk ruang tamu ketika dia menyaksikan pertengkaran datuknya bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dia tidak kenal siapa lelaki itu tapi dia pasti datuknya amat membencikan lelaki itu.

                     "Habis tu buat apa kau kahwin dengan anak perempuan aku hanya untuk ditinggalkan selepasnya?Kalau dah tahu tak boleh ada anak kenapa kau pergunakan anak perempuan aku!!"

Bentakan lantang itu membuatkan Zane kejung membatu setelah dia memahami apa yang sedang berlaku. Lelaki asing dihadapan datuknya ini adalah lelaki tak guna yang telah meninggalkan ibunya menderita seorang diri selama 17 tahun ini! Lelaki sama yang telah meninggalkan keluarga mereka kerana ingin mengejar cita-citanya itu.

                     "Saya cintakan anak ayah. Tapi cinta takkan beri kami makan....sebab itu saya tinggalkan kalian. Lagipun saya datang semula menemui ayah...kan saya berikan duit setiap bulan untuk menampung kos kehidupan kalian selama ni?"

                     "Jangan nak melawak!Kau fikir anak aku hamak dengan duit kau tu?Aku pun boleh beri anak dengan cucu aku makan tanpa bergantung harap pada duit kau tu!Kau balik temui kami lun masa anak perempuan aku dah dalam kubur! Berhambus!Aku taknak kau jejak kaki di rumah aku!Apalagi muncul di depan cucu aku!"

                     "Saya nak bawa Zane bersama ayah. Sama ada ayah setuju ataupun tidak!"

END OF FLASHBACKS

Hujung jari mengetuk-ngetuk permukaan lengan kerusi seiring dengan detik jarum jam di dinding. Zane di kerusi ruang tengah pejabat ketika itu duduk bersilang kaki sambil mengerling ke jam di dinding. Jarum panjang hampir bertemu dengan digit 12 ketika waktu hendak masuk jam lapan pagi. Waktu yang ditetapkan oleh Zane kepada pembantunya untuk datang.

7.55

7.56

7.57

Setiap detik jam berketik, jari telunjuk Zane mengetuk lengan sofa. Renungannya dingin dan riak wajahnya juga tenang.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now