20 | Berbaik dan Patuh

127 17 2
                                    

TERASA IBARAT seperti sudah berjam dia pejam mata sewaktu terbangun dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERASA IBARAT seperti sudah berjam dia pejam mata sewaktu terbangun dari lena. Terpisat-pisat dia membuka matanya yang berat. Rasanya ini pertama kali dalam setahun dia dapat terlena tanpa rasa terganggu memikirkan kerja apa yang perlu dia lakukan setiap kali celik mata.

Baru sahaja Dihya mengangkat tangan hendak menggeliat, dia terus tersentak bangun dari perbaringan sebaik melihat lelaki berkemeja biru tua sedang duduk bersilang kaki atas sofa bertentangan dengan dia. Dalam keadaan mamai dan terpinga-pinga Dihya duduk di situ memandang sekejap akan Zane di situ. Lelaki itu sedang duduk bersilang kaki membaca buku.

Sejak bila Zane balik? Memangnya dah lama ke lelaki ni duduk di sini?

                     "Bila tuan balik? Kenapa tak bangunkan saya?" buat malu dia aje la. Dihya membetulkan pakaian dan rambutnya sebelum kembali duduk dengan sopan di situ. Harap-harap tiada air liur basi yang melekat atau dia berdengkur sewaktu tidur tadi.

                     "It's doesn't matter where you sleep. As long as you stay here." mendatar sahaja Zane berkata. Mata masih terarah pada bacaannya. Riak di wajah kelihatan seseorang yang sedang tidak berpuas hati. Tengah kening itu berkerut sedikit.

Dihya yang dengar semakin terpinga-pinga. Lain yang ditanya, lain jawapan yang dia terima. Rasanya ini bukan masa untuk dia membalas kata atau bercakap dengan perkataan yang tak baik. Tuannya kelihatan tidak senang hati. Memangnya hari Zane ni tiada satu yang menggembirakan ke

                     "Apa lagi yang buatkan tuan tak puas hati kali ni?" terpacul secara automatik soalan yang dia simpan dalam hati. Dihya sendiri terkejut.

                     "Well... Thanks to someone's foreboding." Zane menutup buku lalu mencapai cangkir berisi teh panas dari meja lalu dihirup perlahan.

Untuk seketika Dihya perhatikan wajah letih Zane.Walaupun tidak kelihatan terurus seperti siang tadi, ketampanan lelaki itu masih terserlah dan masih menarik untuk di tatap. Kalau la Zane tersenyum, agaknya macam mana ya rupa Zane?

Riak dingin dan muka tidak puas hati Zane buatkan Dihya berasa empati. Kenapa lelaki kaya dan berpengaruh ini kelihatan tidak gembira atau senang hati sedangkan lelaki itu memiliki segalanya. Lain la kalau Dihya, memang tak hairan kalau dia sentiasa murung dan tertekan sebab kehidupan muflis dia yang dimiliki sedikit pun tidak menyenangkan.

Dihya tersentak dari lamun sesaat selepas teringat akan sesuatu.

Oh ya...

Dihya berdiri dengan tiba-tiba.

                     "Oh ya...tuan dah makan?" Dihya bergerak ke arah dapur.

Zane di sofa terus palingkan kepala. Matanya mengekori langkah Dihya dengan tanda tanya, yang menghilang seketika ke arah dapur sebelum gadis itu muncul semula sambil menatang pinggan putih.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now