Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia ingatkan hidupnya akan menjadi seperti seekor arnab selepas bersetuju untuk menjadi Mistress lelaki misteri yang dikenali di bar tempat dia bekerja beberapa minggu yang lalu.
Rupanya hidup dia lebih membosankan dari yang dijangka.
"Hmm..." Dihya menggeliat sebaik menghenyak punggung ke atas sofa. Kedua belah tangan diangkat sama sewaktu tubuhnya di sandarkan ke belakang hingga kepalanya menghadap siling di atas. Rasa lesu menyelubungi diri.
Hati Dihya terdetik ketika itu.
Agaknya inilah perasaan yang haiwan peliharaan rasakan setiap kali di tinggal tuan mereka, sendirian di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa selain makan tidur dan hanya menunggu sehingga tuan mereka pulang.
Lampu chandelier yang tergantung di atas siling itu berkerlipan dibias cahaya matahari 11 pagi melalui balkoni gergasi menghadap ruang tamu itu. Kesan biasa itu dapat dilihat sekitar dinding dan siling. Membuatkan pemandangan itu seakan seperti bayang permukaan air.
Untuk beberapa saat Dihya hanya termenung memandang ke situ.
Fikirannya menerawang entah ke mana-mana dek kebosanan. Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi di dalam penthouse ini. Sudah pelbagai perkara yang dilakukan untuk menghilangkan rasa sunyi dan bosannya ini. Namun tiada lagi yang tersisa untuk dia lakukan buat hilangkan rasa kosong ini.
Seperti yang dimaklumkan oleh Zane. Lelaki itu tiada di rumah untuk beberapa hari kerana faktor pekerjaan. Entah pekerjaan apa, Dihya tidak bertanya. Yalah, buat apa dia bertanya sekiranya Zane itu sejenis lelaki apabila orang bertanya sesuatu, hanya akan dibalas dengan sepatah dua kata sahaja. Sampaikan dia sendiri berputus asa hendak bercakap dengan lelaki itu.
Semenjak itu, sudah masuk hari kelima Zane outstation. Dan selama itu juga Dihya telah terperuk di dalam kediaman mewah ini.
Terpenjara. Itu yang Dihya rasakan. Dia fikirkan hidup selesa dan mewah ini membahagiakan, namun sebaliknya. Dia lebih suka kehidupan penuh cabaran dan kesukaran yang telah dia lalui hampir seumur hidupnya selama ini. At least, ada la perkara yang nak difikirkan dan hendak dilakukan sekiranya hidupnya susah. Ini bila dah senang makin tidak tenang pula jiwa dan raga dia dibuatnya.
Mana taknya,
Hari-hari Dihya dimulakan pada jam 9 pagi setiap hari bukan sebab dia yang mahu tapi kerana telah diarahkan sebegitu. Setelah bangun tidur, Dihya akan bersiap kemudian masak sarapan yang terdiri daripada oatmeal dan susu atau hanya roti bakar. Dia mahu makan makanan yang segera dan ekpress tapi tidak dibenarkan.
Menurut Kyren, diet pemakanan dan habit yang tidak sihat dia perlu ubah. Termasuk merokok dan minum. Jadi sejak ke situ Dihya tidak pernah menyentuh ramen apalagi rokok.
Paling parah sekali adalah, Dihya tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pesanan Take out. Fried chicken ke, pizza ke, bobba tea ke dan sebagainya lagi tidak dibenarkan sama sekali.