9 | Bayangan Dihya

146 15 1
                                    

Ketikan jam dinding memecah kesunyian ruang kerja tepat pada jam 2 pagi ketika itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketikan jam dinding memecah kesunyian ruang kerja tepat pada jam 2 pagi ketika itu. Suasana dingin dan suram. Cahaya yang membias pun berpunca dari lampu di luar menghadap jendela dua pintu yang ditutupi dengan langsir kelabu kerana seisi penthouse itu langsung tidak bercahaya.

Betul-betul menghadap jendela itu, terbaringnya Zane masih dalam pakaian kerja. Sebab jam 3 petang tadi seusai pulang dari pejabat dia terus ke ruangan kerja untuk menyelesaikan beberapa dokumen penting syarikat. Lelaki itu baring dalam keadaan lengan di atas kepala. Kusyen kecil sebagai bantal kepala.

Namun tidak lama. Zane terjaga dengan terkejut dari tidur nyenyaknya. Kegelapan malam masih mengelilinginya sewaktu dia membuka mata. Dalam kekosongan bilik tidurnya, ia terasa seperti satu dunia yang tidak pernah tahu mengenai keserabutan hidupnya. Kertas-kertas berserakan di atas meja, lampu meja yang terpasang lemah memancarkan cahaya kuning pudar. Sebuah buku yang tidak pernah dibaca terletak di rak. Kot yang dilepaskan awal siang tadi masih tergantung di lengan sofa. Tali leher tergantung senget di kolar baju dengan longgar.

Hela nafas letih lepas untuk ke sekian kalinya.

Dia letih, tetapi tak dapat hendak rehat. Dia mengantuk tapi tak dapat hendak lena. Walaupun perut pedih kerana lapar, makannya tidak kenyang.

Zane bingung. Untuk pertama kali dia berasa begini. Seumur hidupnya tidak pernah sekali dia merasa tidak tenang begini.

Yang anehnya, dalam hati Zane bukanlah mengenai huru-hara sekitar, tetapi tentang kenangan yang menghantui fikirannya iaitu pertemuan terakhirnya dengan Dihya.

Dihya Maelani.

Sebuah nama seperti seranah yang tidak berhenti dari bermain dalam fikirannya.

Mulanya Zane tidak menghiraukannya selepas beberapa hari pertemuannya dengan wanita itu. Namun selepas hari demi hari berlalu, semakin tepu otaknya dengan bayang wajah dingin tanpa ekpresi itu.

Entah apa yang istimewa sangat bartender tu pun Zane keliru. Sampaikan wanita itu menjadi igauan tidurnya!

"Ugh!F*ck!"dengan jengkel dia mengerang sambil merenggut anak rambut hadapannya dengan mata terpejam.

Apa masalah kau ni Zane!Berhenti fikir pasal bartender tu!Fikir Zane sendiri dalam kepala cuba hendak menghapuskan apa sahaja perasaan yang sedang bermain dalam fikirannya ketika itu.


ZANE DUDUK di pejabat, dikelilingi dengan tumpukan fail dan laporan yang perlu di semak. Namun setekun mana sekalipun dia cuba beri perhatian, fikirannya jauh dari segala urusana pekerjaan yang ada di hadapannya. Matanya termenung ke arah skrin monitor, tetapi fikirannya melayang ke wajah Dihya yang sehingga kini masih misteri untuknya.

Frust?

Jangan ditanya.

Segalanya di sudut pandangannya hanya mengundang jengkel dari dia. Apa saja yang orang lakukan salah di matanya. Apa saja yang dia dengar dari orang lain ketika berborak dia berpanas hati. Menghadap ragam orang yang pelbagai lagi. Memang bertambah-tambah la rasa jengkel dia.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now