1 | Tekanan Dalam

243 25 0
                                    

Pagi di syarikat yang terletak di pinggir kota ini penuh dengan kesibukkannya dan pergerakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi di syarikat yang terletak di pinggir kota ini penuh dengan kesibukkannya dan pergerakan. Bangunan utama, dengan fasad kaca yang berkilat, memantulkan sinar matahari pagi yang cerah. Di pintu masuk, pegawai keselamatan tersenyum setiap kali memberikan sapaan kepada setiap staf yang melewatinya, memastikan keselamatan dan ketertiban setiap mereka di situ.

Lobi utama dilengkapi dengan dinding berlapis kayu yang kemas, dihiasi dengan seni moden yang memberikan sentuhan elegan. Bau segar kopi dari kafe di sudut boleh dihidu dari jarak jauh lagi, menyambut sesiapa yang datang.

Di dalam lobi, orang ramai berkumpul, berbual-bual mesra sambil menikmati sarapan ringan dan minuman panas. Bunyian perbualan lembut dan bunyi mesin kopi yang berdengung mencipta suasana yang bersahaja. Setiap meja kecil di sekitar ruang ini dilengkapi dengan buku-buku nota dan alat tulis, menandakan persiapan untuk mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketika jam menunjukkan 8.30 pagi, bunyi loceng yang lembut menandakan bermulanya hari kerja. Pekerja berpindah dari lobi ke kawasan pejabat yang luas. Ruang pejabat terbuka dihiasi dengan meja kerja yang kemas, kerusi ergonomik, dan komputer yang siap digunakan. Cahaya semula jadi yang masuk melalui tingkap besar menciptakan suasana cerah dan menyegarkan. Beberapa meja dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur, memberikan kesegaran visual dan membantu menenangkan minda.

Di sudut pejabat, beberapa pekerja sibuk dengan perbincangan awal hari, membincangkan projek yang sedang berjalan atau merancang strategi baru. Suasana sibuk tetapi tersusun. Bunyi ketikan papan kekunci dan panggilan telefon yang sesekali memecah kebisingan mencipta suasana dinamik.

Di ruang rehat, pekerja berkumpul untuk berehat seketika. Terdapat pelbagai pilihan makanan ringan dan minuman, termasuk kek, buah-buahan, dan minuman berkarbonat. Para pekerja meluangkan masa untuk berbual dan menikmati suasana santai sebelum kembali ke tugasan masing-masing. Selain itu, bilik mesyuarat yang terletak di satu sudut dilengkapi dengan papan putih dan projektor, menandakan pertemuan yang penting akan diadakan sepanjang hari.

Di luar bangunan, suasana bandar sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki. Kontras sangat dengan ketenangan di dalam pejabat.

                          ZANE HAYES melangkah masuk ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat atas bangunan pejabat mereka. Bilik mesyuarat itu luas dan berkelas, dihiasi dengan meja kayu gelap yang panjang, serta kerusi-kerusi kulit hitam yang selesa. Di sudut bilik, tingkap besar memaparkan pemandangan bandaraya yang sibuk, memberikan suasana yang tenang di tengah-tengah kekacauan di luar.

Di sekeliling meja, duduk beberapa individu penting. Pengurus projek, Encik Ben seorang lelaki berusia dalam lingkungan lima puluhan dengan rambut perak yang teratur, sedang mengatur dokumen-dokumen di hadapannya. Beliau dikenali dengan ketegasan dan kebijaksanaan dalam memimpin mesyuarat. Di sebelahnya, Cik Maya, seorang wanita muda yang beriak dingin dengan kacamata bulat, sedang sibuk mencatat di dalam buku notanya. Maya adalah penasihat kewangan syarikat yang terkenal dengan kemampuannya dalam menganalisis angka-angka dengan tepat.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now