Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dasar lelaki.
"Ha." Dia ingatkan lelaki misteri dihadapannya ini lain daripada yang lain. Rupanya sama aje. Tiada bezanya dengan mana-mana lelaki di luar sana. Hanya kerana mempunyai wang, mereka boleh buat sesuka hati mereka. "Kenapa saya perlu bersetuju?" tanya Dihya.
Zane menjungkit kening kiri seakan tercabar dengan soalan itu.
"Kenapa tuan lakukan semua ni? Sampai ke tahap tuan mencari saya dan bawa saya ke sini semata hendak jadikan saya wanita simpanan tuan?Adakah ianya berbaloi tuan lakukan semua ni hanya untuk seorang perempuan seperti saya?" ikutkan hati dah lama Dihya menyumpah lelaki di hadapannya ini. Tapi entah kenapa dia tak sampai hati lakukannya.
" Tiada sebab yang istimewa. Cuma ada sesuatu yang menganggu saya kebelakangan ni semenjak kita berjumpa. Dan untuk selesaikan hal tu, saya perlu cari tahu kenapa. Disebabkan tu saya terfikir, why not I'm personally monopolize your situation for my benefit."
Dihya menyilang kaki lalu merehatkan sikunya atas lutut itu semasa menopang dagu pada tangan tersebut. Wajah kemas dan bersih Zane di tenung dengan dalam. Dia benar-benar tidak terkata dengan pendirian lelaki kaya hadapannya ini. Monopoly? Ingat dirinya ini apa? Barang untuk berurus niaga ke?
"Tuan dengar tak apa yang tuan katakan tadi?" Dihya mengocek keluar kotak rokok. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak itu. Lalu dia nyalakan hujung rokok itu dengan lighter. "Orang gila aje yang akan bersetuju untuk lakukan hal tu..."ujarnya sebelum menyedut asap rokok.
Mata tajam Zane melirik akan rokok yang dipegang oleh Dihya. Tidak menyangka yang gadis itu merokok. Nampaknya dia perlu buat penambahan dalam kontrak mereka nanti."Kalau kamu baca butiran seterusnya, kontrak ini bertempoh selama setahun. Dan di hari terakhir penamatan kontrak ini saya akan membayar kamu 500k bersama dengan Interest sama dengan jumlah hutang yang kamu tanggung. Dengan tambahan tempat tinggal akan disediakan, makan minum akan ditanggung sepenuhnya dan elaun harian akan diberikan. Apa yang kamu hanya perlu lakukan adalah, berada dihadapan saya semasa saya perlukan kamu dan lakukan apa yang saya arahkan. Tak ke menurut kamu tawaran ini satu peluang untuk kamu jalani hidup yang lebih baik dari terus bergelumang dengan kehidupan daif kamu tu?"
Berkerut tengah kening Dihya.
"Atau kamu lebih memilih untuk bekerja siang dan malam, hanya untuk mendapatkan wang yang kamu takkan pernah dapat gunakan demi membayar hutang dari sen demi sen... "Zane menyelak lengan kot untuk melihat jam tangan sejurus itu baru dia bangun dari situ.
Dihya menelan liur. Perasaannya begitu terasa dengan kenyataan Zane. Memang tidak dinafikan yang hidupnya ini hanya sebagai hamba hutang. Bekerja tanpa henti hanya untuk membayar hutang yang awalnya bukan milik dia. Tapi apabila di per ingatkan semula seperti tadi, ianya sedikit sebanyak mencalarkan ego yang selama ini dia cuba pertahankan.