13 | Luka Tidak Berdarah Sakit Tidak Berbekas

125 10 0
                                    

Flashbacks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashbacks

Dalam keadaan bingung, kedua belah tangan diangkat sebelum melihat balutan dan jarum IV tertusuk pada tangannya. Dihya begitu kebingungan setelah sedar dari koma akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Dia tiada sebarang klu mengenai apa yang sebenarnya telah terjadi. Bagaimana dia boleh cedera? Apa keadaan sebenar yang telah Menimpa dirinya? Bagaimana dia boleh berakhir di hospital? Dan berapa lama dia tidak sedarkan diri? Dia tidak pasti.

Apa yang Dihya ingat, perkara pertama yang dia perlu lakukan ada keluar dari situ. Dia tiada wang untuk membayar kos perubatannya itu. Dan dia tak boleh biarkan samseng-samseng tu datang mencarinya semula.

                      "Cik dah bangun?" seorang jururawat berjalan masuk ke dalam wad itu.

Dan ketika barulah Dihya menyedari bahawa dia berada di dalam ruangan rawatan persendirian. Yang mana membuatkan dia alert yang dia benar-benar dalam masalah besar. Ruang persendirian? Siapa yang dah hilang akal sangat sampai mahu menempatkan dia ke dalam bilik wad persendirian!?

                      "Cik alami sebarang ketidakselesaan dimana-mana ke?" soal jururawat semula setelah dia berdiri di sebelah katil itu untuk memeriksa keadaan Dihya.

                      Masih dalam keadaan mamai dan kebingungan Dihya gagahkan diri untuk bersuara sedangkan tekaknya begitu sakit dan kering." Apa yang berlaku pada saya?" tangannya naik memegang leher kerana berasa sakit apabila cuba hendak bercakap.

                      "Cik telah alami kemalangan. Cik dikatakan telah meluru ke jalan raya yang sibuk sebelum ditempuh dengan sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan yang sama. Ekoran dari rempuh an itu cik telah alami kecederaan parah di bahagian kepala, tulang rusuk dan bahu kiri cik. Hentakan yang terjadi di kepala cik tu telah buatkan cik tidak sedarkan diri dan ada darah beku. Tapi pembedahan telahpun berjaya di jalankan tanpa sebarang isu. "

Apa? Pembedahan!?

Membuang mata kuyu Dihya. Dia menelan liur dengan susah payah sambil berkerut kening. Sampai parah begitu sekali kecederaan dia?

                     "Berapa lama saya tak sedarkan diri? "

                     "Hampir dua bulan."

                     "Dua bulan?" tiba-tiba jantung di dalam dadanya berdenyut sakit. Selama itu dia menetap di hospital? Itu bermakna kos hospital dia juga telah mencanak naik! "Kalau macam tu... Kos hospital-" Dihya tidak dapat meneruskan ayat terakhirnya.

Memahami akan reaksi Ihya, jururawat itupun tersenyum nipis.

                      "Ianya telah dibiayai oleh pemilik kereta yang telah merempuh cik pada malam tu. Mereka yang telah menguruskan segalanya sepanjang cik dirawat di sini. Untuk tu boleh saya tahu siapa nama cik dan maklumat peribadi cik yang lain sebagai rekod kami?"

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now