16 | So Lucky

154 18 1
                                    

Senyap dan sejuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyap dan sejuk.

Itu keadaan dalam kereta yang mereka naiki. Sam menaiki kereta berasingan dengan Kyren. Sementara Zane dan Dihya menaiki kereta lelaki itu. Meninggalkan pemandu kereta tersebut dalam keadaan kekok dan tidak selesa.

                     "Should I put leash on you?"Zane menaip sesuatu pada skrin telefon. Mata di balik kaca mata hitam tersembunyi tetapi kening itu jelas berkerut.

Dihya di samping diam mengerling keluar cermin tingkap kereta. Melihat kereta dan bangunan yang melewati sepanjang perjalanan mereka itu dengar apa yang Zane tanya.

Lelaki itu silap kalau beranggapan yang dia akan diamkan diri.

                     "Am I a dog to you?"soalnya perlahan. Mata masih terarah di luar.

                     "Then am I a joke for you?"soal Zane pula senada dengan Dihya.

Dihya memalingkan kepala ke kiri. Menilik tepi wajah kacak itu dengan kening berkerut. Dah kenapa?Takkan la hanya kerana dia keluar rumah aje Zane nak naik angin satu badan. Lagipun dia bukan buat apa-apa yang salah!

                    Pada masa yang sama Zane turut memalingkan muka ke Dihya. Lelaki itu menanggalkan kaca matanya dari wajah lalu berkata. "Kenapa?Tak puas hati dengan apa yang saya kata tadi?"

                    Soalan itu tidak dihiraukannya. Bukannya tak puas hati. Cuma hairan. "Siapa pulak yang dah buat tuan tak puas hati hari ni?"duga Dihya. Matanya meneliti dalam akan tatapan Zane. Biasanya Zane seorang lelaki yang kelihatan tenang tidak kira apa pun situasinya. Namun hari ni Zane kelihatan seperti seseorang yang terganggu akan sesuatu.

                     "Hah?"terpempan Zane dengan soalan itu. Kenapa Dihya tanya begitu?

                     "Tak mungkin tuan marah hanya kerana saya keluar kan?"Dihya menyeluk tangan ke dalam poket hoodie. Teringat hendak mencapai kotak rokoknya. Namun apabila dia teringat semula akan Zane yang enggan melihat dia merokok terus terbatal niatnya itu.

Zane berdengus kecil. Matanya naik turun memerhatikan Dihya di tepinya ketika itu. Boleh pulak Dihya tanya soalan tu kalau dah tahu!

                     "Kamu dah janji untuk tetap di dalam rumah kamu kalau kamu duduk di rumah sendiri. Tapi kenapa kamu masih jugak keluar?"

Dihya menahan nafas.

                     Dah tu nak expect apa dari dia yang dah biasa bekerja?Yang sudah biasa bergerak tidak berehat dalam satu masa tu?Takkan la nak suruh dia jadi grizzly bear yang sedang berhibernasi pulak?Memang tak mahu la dia. "Sebab nature  saya seorang yang suka melakukan sesuatu dan bekerja. Saya tak betah duduk diam tak buat apa-apa. Cuba kalau tuan ada dekat tempat saya?Tuan sanggup tinggalkan kerja tuan tu hanya untuk duduk diam?" Dihya balas tanpa rasa  teragak-agak. 

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now