Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Setelah hari yang panjang dan melelahkan di pejabat, Zane melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke pintu masuk pub yang dikenalnya sangat baik. Deru enjin kereta yang semakin menjauh meninggalkan ruang sepi malam yang dipenuhi dengan bunyi latar kota yang sibuk. Pub itu, sebuah tempat yang terletak di sudut yang agak tersembunyi di tengah kota, menjadi tempat pelarian Zane daripada kepenatan rutin hariannya.
Pintu kaca besar pub itu terbuka, dan Zane melangkah masuk ke dalam ruang yang dipenuhi cahaya lembut dari lampu berwarna-warni. Musik yang dimainkan di latar belakang mengalun perlahan, mencipta suasana yang santai tetapi tetap meriah. Di sekelilingnya, ramai pengunjung sedang berbual dan menikmati minuman mereka, tetapi Zane tidak perlu menunggu lama untuk tiba di kawasan yang selalu menjadi pilihan utamanya: ruang VVIP.
Ruang VVIP itu terletak di bahagian tingkat dua pub, dilindungi dengan tirai tebal berwarna merah merun yang memisahkannya dari kawasan umum. Ketika Zane melangkah melalui tirai tersebut, suasana di dalamnya langsung berubah. Sebuah ruang mewah terbuka di hadapannya dengan pencahayaan lembut yang menyorot meja-meja yang dihiasi dengan kain meja hitam dan lampu meja yang redup. Kumpulan sofa kulit hitam yang berbaris di sekitar meja memberikan suasana yang eksklusif dan selesa. Ruang itu terasa seperti dunia yang berasingan, di mana ketenangan dan kemewahan saling bertemu.
Zane mengetahui soal pub itupun dari kenalannya. Menurut mereka pub itu menarik untuk dikunjungi. Maka Zane yang memang suka mencuba dan mengubah suasana baru dari kebiasaan pun pergi mengunjungi pub Rusty Anchor. Dan seperti yang diberitahu pub itu memang menarik.
"Hah...datang pun. Ingatkan tak datang."tegur Robert, CEO syarikat kenalan Zane. Lelaki bercermin mata bingkai petak itu tersenyum sebaik saja Zane menyertai mereka di tempat duduk VVIP itu.
Sambil membuka butang kot, Zane mengerling tiga lelaki yang sudah menyelesakan diri di situ dengan hidangan dan minuman yang ada. Setelah itu dia duduk.
"Seem like you guys having a blast?"botol kosong dan pinggan berisi sisa makanan sudah penuh di meja.
Zane memilih tempat di salah satu sofa yang menghadap ke arah pentas kecil di sudut ruang, di mana kadangkala muzik live dimainkan. Malam itu, bagaimanapun, ruang tersebut lebih tenang dengan hanya muzik latar yang halus menemani perbualan yang berlaku. Sambil menunggu minumannya, Zane memerhatikan sekitar ruang tersebut. Perabot yang elegan dan lampu-lampu kecil yang berkilauan memberi suasana yang tenang dan eksklusif, membuatkan beliau terasa seolah-olah berada dalam satu dunia lain yang jauh dari hiruk-pikuk kehidupan sehariannya.
"Kau yang lambat..."sengih Eric duduk di kerusi sebelah kanan dengan kedua belah tangan berdepa atas headrest. "Order la apa yang kau mahukan. Nanti waiter akan bawakannya ke sini. And let me tell you...this place is a bomb. Every drink that you wish for were available."
Renungan dingin Zane terarah pada Eric sebelum berhenti di lelaki berambut kerinting pendek kerusi berhadapannya. Anak bongsu kepada seorang daripada pemegang saham syarikatnya. "Tak ada host yang temankan kau hari ni Jason?"tegurnya kerana perasan keadaan bilik itu lengang dan hanya ada mereka saja.