Sarah merenung skrin telefon dengan mata dikecilkan curiga. Sudah masuk beberapa hari Zane tidak menghiraukan dia. Setiap pesanan dan panggilan yang dibuat tidak dipedulikan apalagi di jawab. Sudah lupa ke janji lelaki tu pada dia..
Hmm...
Sarah menopang bawah dagu di meja. Telefon yang diletakkan atas meja dibiarkan tergeletak tidak dipegang semenjak menanti balasan mesej dari abangnya itu.
Zane kata nak bawa dia pergi melihat apartment baru yang lelaki tu ingin berikan pada dia. Tapi sampai ke hari ini langsung tiada khabar berita.
Suasana kafe pada tengah hari itu sibuk. Kebanyakan pengunjung di situ adalah penuntut dari universiti berhampiran. Ramainya mereka datang untuk meluangkan masa sambil menikmati minuman segar dari kafe tersebut. Dan tidak jauh dari tiga meja yang menghadap kaunter pelayan, duduknya pasangan kekasih muda di situ.
"Apa yang kau tenungkan dekat skrin tu dari tadi Sarah?"tegur Lee, teman lelaki Sarah.
"Kau rasa kenapa orang yang sentiasa balas dan angkat call aku dah mula tak hiraukan aku? "
"Siapa? Aku ke? Rasanya aku jawab aje setiap call kau, tak pernah pulak aku miss dari balas chat kau."
Sambil buat muka, Sarah angkat mata lalu merenung bosan wajah kacak teman lelakinya itu dengan tidak berminat. Seriously?
"Bukan kau la...tapi Zane."
"Ahh... Sugar brother kau tu? "sengih Lee sewaktu menyuap potongan kek ke dalam mulut."Orang busy...biasa la tu."Lee sedia maklum mengenai abang tiri Sarah semenjak berhubungan dengan gadis itu. Dia juga mengetahui bahawa Zane adalah orang yang selama ini menyara kehidupan mewah Sarah. Pendek kata dari atas hingga bawah, semuanya disediakan oleh lelaki itu. Kalau bukan mengenangkan hubungan sedarah mereka, memang tidak la Lee akan membiarkan hal tu. Namun dia juga menumpang kesenangan Sarah itu. Tidak la dia keluarkan wang banyak jika dating Bersama Sarah.
"Dia janji nak belikan aku apartmen baru yang aku nakkan tu. Tapi sampai hari ni langsung tak cakap apa-apa." Sarah menarik muncung.
"Call la dia..."
"Kau ingat aku tak call ke?" Sarah menjuling mata kejengkelan. Letih betul la kalau bercakap dengan teman lelakinya ni.
"Maybe ada something yang dah distract Zane sampaikan dia tak ada masa untuk fikirkan tentang kau, sayang."Lee menyuap garpu yang dicucuk dengan potongan buah di depan mulut Sarah." Nanti dia dah teringat, tahu la Zane nak call kau. Tunggu aje la dia."
Pertama-tama Sarah memandang buah yang disua oleh Lee itu untuk seketika. Lalu barulah dia mencapai telefon dari meja sebelum menolak tangan itu jauh dari dia.
YOU ARE READING
55. His Favorite Mistress
RomansaDihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah. Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...