Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HEADS UP*
THIS CHAPTER CONTAINS SCENES THAT MAY BE DISTURBING OR UPSETTING TO READER.
*MATURE CONTENT AND IMPROPER LANGUAGE*
Walaupun Zane didekati oleh host wanita yang seksi dan jelita, lelaki itu sedikitpun tidak mengendahkannya, malah perhatiannya terarah pada Dihya yang beriak dingin tiada garis emosi di wajah. Hal itu menarik perhatiannya.
"Rasanya ini kali pertama tuan datang ke pub kami?Sebab ini adalah pertama kali saya lihat tuan berada di sini."bicara host di atas pangkuan Zane. Tangannya naik mengusap sekitar bahu dan dada bidang milik lelaki itu dengan manja. Boleh tahan juga customer malam ni. Nampak macam lelaki loaded dan kacak pulak tu. Pakej betul.
Dihya mendengar perbualan tersebut, tetapi tiada niat hendak mengerling ke arah mereka. Kalau ada yang melayan elok juga, tak adalah dia perlu susahkan diri untuk melakukan kerja itu selain menghidangkan minuman sahaja. Lagipun sejak tadi sebenarnya dia boleh rasakan renungan tajam dari lelaki itu.
Zane mengangkat pandangannya dan memandang Dihya dengan tatapan tajam. "Ke tepi.."arahnya kepada host di atas riba ketika itu.
"Ya?"senyuman menggoda di bibir terus memudar taktala mendengar arahan Zane. Host tersebut terkedu.
"Rasanya dekat sini tak ada sesiapa yang pekak. Aku kata ke tepi. Bangun dari aku." ujar Zane dengan renungan penuh amarannya.
Dengan kekok, host itupun bangun dari pangkuan Zane. Agak terkejut dengan reaksi Zane. Dia kemudian mendekati Robert di kerusi bertentangan lalu duduk di atas pangkuannya. Sesekali itu sempat dia menjeling tidak puas hati ke Zane. Bolehnya lelaki tu tolak servis dari dia.
Seusai menyediakan minuman, Dihya menyerahkan gelas kaca berisi whiskey kepada Zane. Ketika inilah mereka saling bertentang mata. Dia menunggu Zane mencapai gelas itu tetapi tidak. Zane malah terus merenung matanya.
Kenapa pandang-pandang?Lelaki ni mahu dia yang suakan cawan ke mulut tu ke?Dihya berkira-kira sejenak samaada dia patut berikan minuman ini atau menunggu sahaja cawan itu dicapai. Matanya turun memandang gelas ditangan sebelum ke wajah Zane.
Zane masih tidak bergerak. Lelaki itu hanya terus menerus memandang Dihya.
So...nak dia yang berikan minuman la ni?Fine....Lantas Dihya menyondong sedikit ke depan. Gelas itu dibawa dekat dengan bibir Zane.
Tidak menolak mahupun menghalang, Zane hanya membiarkan saja tindakan Dihya membawa minuman itu ke mulutnya. Dan dia dengan patuh menyisip sedikit minuman itu. Seusai itu baru la dia bersuara.
"Your eyes speak louder than your own voice. What's your name?"ujar Zane kerana hairan apabila Dihya langsung tidak cuba hendak menarik perhatiannya.