5 | Malam di Pub The Rusty Anchor

1.6K 53 0
                                        

Dihya Maelani berdiri di belakang kaunter bar The Rusty Anchor

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Dihya Maelani berdiri di belakang kaunter bar The Rusty Anchor. Malam itu, pub itu sibuk seperti biasa, dengan bunyi ketawa dan muzik rock lama memenuhi ruang. Dihya, dengan apron biru yang kotor dan rambutnya dikumpulkan dalam sanggul sederhana, menghadap bar, bersedia untuk malam yang panjang.

Pub The Rusty Anchor terkenal dengan suasana santai tetapi ekslusif. Di bahagian dalam, lampu neon yang berwarna-warni menghiasi dinding, sementara meja-meja kayu bulat dan kerusi-kerusi bar yang kusam memberi suasana yang klasik dan mesra. Dihya memandang sekeliling, menyedari bahawa malam ini pub itu dipenuhi dengan pelbagai jenis pelanggan.

"Hey, Dihya! Satu lagi pusingan bir untuk meja di hujung sana!" teriak Alex, seorang pelayan pub yang juga teman baik Dihya. Alex sedang menghidangkan minuman ke meja lain dan sempat memberikan senyuman ceria sebelum bergegas.

Dihya mengangguk dan mula menuangkan bir segar ke dalam gelas, sambil memerhatikan pelanggan di meja tersebut. Tiga lelaki separuh umur, kelihatan agak mabuk, sedang bergurau dan bercakap dengan kuat. Mereka melemparkan senyuman lebar kepada Dihya ketika dia menghampiri meja mereka.

"Terima kasih, Dihya!" salah seorang lelaki itu, yang dikenali sebagai Dan, mengucapkan terima kasih dengan nada ceria. Dan adalah seorang pelanggan tetap yang sering mengunjungi pub ini.

Dihya membalas dengan anggukan, walaupun dia merasakan kepenatan. Seperti kebiasaannya dia tidak berkata apa-apa.

Sebab begini la dirinya. Sejak kejadian yang menimpa dirinya 9 tahun yang lalu, semenjak itu Dihya berubah menjadi pendiam. Bercakap sekadar perlu. Sekiranya tidak penting, dia akan membisu.

Sementara itu, di meja yang lebih jauh, seorang wanita muda dengan rambut merah cerah sedang duduk sendirian. Wanita muda itu kelihatan bosan, sesekali memandang jam tangannya. Dihya mendekati wanita itu, yang dikenali sebagai Maya, seorang pelajar kolej yang sering datang untuk menenangkan diri selepas hari-hari yang sibuk.

"Ini minumannya. Perlukan apa-apa lagi ke?" tanya Dihya sambil meletakkan segelas koktel di depan Maya.

Maya memandang Dihya dengan senyuman kecil. "Terima kasih, Dihya. Tak ada. Inipun dah okay."

Dihya mengangguk, tidak bertanya apa-apa lagi. Dia berpaling untuk melayani pelanggan lain ketika mendengar jeritan Alex dari jauh.

"Oi, Dihya! Sekali lagi! Seorang lagi pelanggan di meja tengah memerlukan bantuan," jerit Alex, yang sekarang kelihatan terburu-buru.

Dihya segera bergegas ke meja tengah di mana seorang lelaki berbadan besar dan berpenampilan elegan sedang menunggu dengan sabar. Lelaki itu dikenali sebagai Mr. Hill, seorang pengusaha tempatan yang kerap mengunjungi pub itu untuk bersantai selepas hari yang panjang.

"Ya?Boleh saya ambil pesanannya?"

Mr. Hill mengangguk. "Bolehkah saya dapatkan satu lagi gin dan tonic? Dan mungkin satu set makanan ringan untuk dimakan sama dengan minuman ini."

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang