2 | Tomorrow

289 32 1
                                    

                    DIHYA BERJALAN KELUAR  melalui pintu belakang pub

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                    DIHYA BERJALAN KELUAR  melalui pintu belakang pub. Boleh jelas kedengaran suara bising dari dalam pub lagi semasa pintu tersebut dikuak keluar. Suasana malam dingin menyambutnya dengan sejuk yang tajam sebaik saja dia berdiri di situ.

Langit malam kelihatan gelap, dipenuhi awan tebal yang perlahan-lahan menurunkan salji yang halus dan lembut. Setiap titisan salji yang jatuh seakan menari-nari dalam cahaya lampu jalan yang samar, mengubah lorong belakang pub itu menjadi satu panorama putih yang tenang dan damai.

Lorong itu sempit dan agak kotor, dikelilingi dengan dinding bata yang berwarna kelabu kusam. Di sudut-sudut dinding, terdapat sisa-sisa poster yang sudah pudar, bersama beberapa bekas botol bir dan tin makanan ringan yang bersepah. Satu-satunya sumber cahaya ialah lampu neon biru yang suram di atas pintu belakang pub, mencipta bayang-bayang yang panjang dan aneh pada dinding.

Puntung rokok dicelah jari kanan dibawa ke bibir. Tanpa belas, asap itu disedut panjang. Dihya menarik nafas dalam-dalam, melepaskan asap rokok melayang lembut di udara sejuk. Dia mengenakan jaket kulit hitam yang sudah pudar warnanya, dengan topi yang melindungi kepalanya dari salji. Tiada suara lain yang kedengaran kecuali deruan angin yang dingin dan bunyi salji yang menghempas lembut pada tanah.

Dihya berdiri di situ beberapa minit, memerhatikan salji yang jatuh turun. Menandakan sudah hendak masuk ke tahun baru dan bertambahnya jumlah interest hutangnya. Kalau orang lain sibuk berhibur, dia dekat sini bekerja mencari wang untuk membayar hutang siang dan malam.

Inipun gaji dia hanya mampu membayar bunga sahaja. Belum lagi hutang keseluruhan yang ayah dia tinggalkan. Nak makan sekali sehari aje pun dah semput, inikan lagi nak berhibur?

Jangan harap la. Memang tak merasa!

Berangan aje la mampu. 

Kesibukan pub hari ini tak ada la banyak mana, pelanggan pulak tak buat hal sangat, tapi dia masih memerlukan waktu untuk bersendirian, dengan harapan dapat menghilangkan tekanan. Itu yang dia keluar ke belakang pub. Tempat biasa dia luangkan waktu rehatnya. Sejenak itu, Dihya menikmati ketenangan yang tidak dapat ditemukan di dalam pub. Cadar salji yang semakin menebal membenamkan segala kebisingan dunia luar, membolehkan Dihya termenung panjang.

Termenung mengenang memori lama yang masih berbekas sehingga sekarang.

                   "Lepaskan! Lepaskan aku!!!!" bergelut dari balik  cengkaman di leher, Dihya pandang lelaki bertatu dengan parut di tepi pipi hadapannya.

                    "Berani kau calarkan muka aku b*tina s! @l! Bapak tak guna kau dah jual kau dekat aku!"

                    "Perse+@n! Aku bukan pelacur!! Kalau dia hutang dengan kau! Biar dia yang jadi pelacur kau!!"

                    "Kau memang nak mati kan!" satu tumbuk kan hinggap di tepi muka Dihya. "Bapak kau hutang banyak dengan aku!"

                    "Dia bukan bapak aku! Haiwan tu bukan bapak aku! Aku tak ada kena mengena dengan dia! Lepaskan aku!!!" sedaya upaya Dihya cuba bergelut. Dari mencakar, menendang, mencubit apalagi menumbuk semuanya telah dia lakukan. Tetapi lelaki hadapannya ini enggan melepaskan cengkaman maut dari lehernya. Membuatkan dia tidak dapat bernafas.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now