💛Dihya Maelani🧡

256 31 0
                                    

Dihya Maelani adalah seorang wanita berusia 28 tahun yang dikenali dengan sifatnya yang pendiam dan tenang, tidak kira apa jenis keadaan sekalipun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dihya Maelani adalah seorang wanita berusia 28 tahun yang dikenali dengan sifatnya yang pendiam dan tenang, tidak kira apa jenis keadaan sekalipun. Sikap tenangnya ini sering kali menjadi punca sama ada buatkan dia dalam bahaya atau membantu dia dari dalam bahaya, terutama sekali dalam situasi pergaduhan besar atau konflik di sekeliling.

Walaupun datang dari latar belakang keluarga yang miskin, Dihya memiliki kepintaran yang luar biasa. Kemampuan intelektualnya setanding dengan mereka yang menuntut di universiti, menunjukkan bahawa dia bukan sahaja cerdas dari segi akademik tetapi juga mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah dengan baik. Kepintaran ini bukan sahaja membantu dia dalam menghadapi cabaran hidup, tetapi juga memberikan dia kelebihan dalam membuat keputusan yang bijak.

Walaupun sering menjadi mangsa keadaan semasa kecil, di mana dia sering dipergunakan oleh ibu bapanya dan hampir menjadi mangsa eksploitasi akibat hutang ayahnya, Dihya tetap menunjukkan ketahanan yang kuat. Pengalaman hidup yang pahit ini membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang tabah dan berdaya saing, walaupun melalui pengalaman yang sangat sukar.

Sejak kecil, Dihya seringkali menjadi "kenderaan" kepada ibu bapanya, yang menggambarkan betapa mereka bergantung kepadanya untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka. Ini mungkin termasuk situasi di mana dia terpaksa mengorbankan kebebasan atau kehendaknya sendiri untuk memenuhi kehendak keluarga.

Pengalaman ini meninggalkan kesan mendalam kepada psikologi Dihya, membentuknya menjadi seseorang yang tidak mudah mengeluh dan sentiasa berusaha untuk mencari jalan keluar daripada situasi yang sukar.

Walaupun dia hampir dijadikan pelacur kerana hutang ayahnya, Dihya menunjukkan keberanian dan tekad yang luar biasa untuk tidak membiarkan dirinya menjadi mangsa keadaan.

DIHYA MELANGKAH masuk ke dalam apartment setinggannya yang terletak di kawasan pinggir kota, sebuah tempat yang sering dilupakan oleh mereka yang hidup dalam kemewahan.

Keadaan di sini boleh dikatakan melampaui batas kemiskinan dan kedaifan. Bangunan itu, sebuah struktur lama yang hampir roboh, terletak di antara barisan rumah yang juga tidak jauh bezanya dari segi keadaannya. Cat dindingnya yang pudar mengelupas, tingkap-tingkap yang pecah disekat dengan papan lapis, dan pintu utama yang sering kali berderit adalah beberapa ciri yang membentuk suasana suram apartment ini.

Dengan wang upah yang diperoleh bekerja sebagai bartender hanya ini saja yang dapat dia mampu sewa. Inipun duit makan pun terpaksa dicatu untuk cukup sebulan. Kalau tidak memang kelaparan la jawabnya.

Ketika Dihya melangkah masuk ke dalam unitnya, dia disambut oleh aroma lembap yang menembusi dinding-dinding lama. Lantai yang kotor dan berdebu menjadikan setiap langkah yang diambilnya berderit, memberi kesan bahawa tempat ini seolah-olah memprotes kehadiran manusia. Ruang tamu yang kecil hanya menempatkan beberapa perabotan usang: sebuah sofa kulit yang koyak di sudut, sebuah meja kayu yang telah kehilangan sebahagian besar lapisannya, dan sebuah televisyen lama yang kadang-kadang berfungsi dengan baik kadang itu juga perlukan pukulan baru boleh menyala.

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now